Pemuda PAS: Gambar Anwar bukan patung

7 10 2008

Jimadie Shah Othman | Oct 7, 08 12:33pm

kemaskini 3:32pm Pemuda PAS Selangor berpendapat replika gergasi imej Datuk Seri Anwar Ibrahim di Batu Caves tidak termasuk dalam kategori patung yang diharamkan dalam ajaran Islam.

“Dalam Islam, apa-apa pun, kalau berunsur pemujaan tidak boleh. Kedua, (kalau) berhala, tidak dipuja pun tidak boleh.

“Tetapi, (replika) itu hanyalah gambar besar untuk memperingati pemimpin. (Imej) itu bukan patung. Itu hanyalah gambar besar,” kata ketua dewan itu Sallehen Mukhyi.

Mengulas kenyataan Naib Presiden Umno Datuk Seri Mohd Ali Rustam yang menyatakan replika gergasi itu menunjukkan PKR mendewa-dewakan pemimpinnya, Sallehen berkata:

poster gergasi anwar ibrahim batu caves 061008″Yang beliau (Mohd Ali ) sensitif sangat kenapa? Meletak kalungan bunga di Tugu Peringatan Negara itu pun menyalahi akidah, (hukum) itu telah diputuskan oleh Majlis Fatwa Kebangsaan, dan itu memang jelas berbentuk manusia, (perkara) itu beliau tidak sibuk pula.”
Baca baki entri ini »





Liwat: Anwar tidak mengaku salah…10 September sebutan semula

8 08 2008

Liwat: Anwar tidak mengaku salah…10 September sebutan semula

Datuk Seri Anwar Ibrahim mengaku tidak bersalah atas dakwaan dengan sengaja melakukan persetubuhan di luar tabii dengan Mohd Saiful Bukhari Azlan, 23, di Unit No 11-5-1 Kondominium Desa Damansara antara jam 3.01 petang hingga 4.30 petang, pada 26 Jun 2008.

Beliau membuat pengakuan itu apabila pertuduhan ke atasnya dibacakan di hadapan Hakim Mahkamah Sesyen Jenayah 1, SM Komathy.

Menurut pertuduhan, Anwar didakwa di bawah Seksyen 377B Kanun Keseksaan yang membawa hukuman maksimum 20 tahun penjara dan sebatan.

Ketika ditanya pengakuannya, Anwar yang berdiri di kandang orang kena tuduh berkata: “Tuduhan ini adalah berniat jahat dan khianat dan saya tidak bersalah yang arif.”

Hakim kemudiannya membuat keputusan membenarkan Anwar diikat jamin dengan dikenakan jaminan persendirian sebanyak RM20,000.

Mahkamah menetapkan 10 September depan untuk perbicaraan.

Pihak pendakwaan diketuai oleh Datuk Idris Harun manakala pasukan pembelaan diketuai oleh peguam Sulaiman Abdullah. – 7/8/2008

——————

TERKINI… Penasihat Parti Keadilan Rakyat (PKR) Datuk Seri Anwar Ibrahim tiba di Kompleks Mahkamah Jalan Duta kira-kira jam 9.45 pagi Khamis dengan diringi oleh kira-kira 100 orang penyokongnya.

Kawalan keselamatan di kompleks berkenaan diperketatkan dan tiada sebarang kejadian tidak dingini berlaku.

Kira-kira 15 minit selepas ketibaannya, Anwar kelihatan memasuki Mahkamah Sesyen Jenayah 1 sambil diringi oleh beberapa pemimpin pembangkang seperti Lim Kit Siang, Ketua Menteri Pulau Pinang, Lim Guan Eng, Exco Kerajaan Kelantan, Datuk Husam Musa, isteri Anwar, Datuk Seri Dr. Wan Azizah Wan Ismail serta anak-anaknya.

Semasa melewati orang ramai yang berada di mahkamah, Anwar yang terkenal dengan gaya selamba sahaja melambai-lambaikan tangannya dan kedengaran berkata “welcome to new drama’. – 7/8/2008

————————-

Liwat: Anwar dihadap ke mahkamah hari ini

Pejabat Peguam Negara akan mendakwa Penasihat Parti Keadilan Rakyat (PKR), Datuk Seri Anwar Ibrahim di Mahkamah Sesyen di Jalan Duta, hari Khamis yang melibatkan kes liwat.

Notis bertulis untuk Anwar hadir di mahkamah telah disampaikan kepada beliau tengah hari Rabu oleh polis.

Timbalan Ketua Polis Negara, Tan Sri Ismail Omar dalam kenyataannya berkata, polis telah selesai menjalankan siasatan kes jenayah seksual yang melibatkan Anwar itu.

“Polis telah menjalankan siasatan kes jenayah seksual melibatkan persetubuhan yang bertentangan dengan aturan tabii yang melibatkan Anwar, dengan berlandaskan prinsip undang-undang dan prosedur sedia ada wujud dalam sistem perundangan negara,” katanya.

Menurut beliau, hasil daripada siasatan itu tersebut, pihak polis telah menyerahkan kertas siasatan ke pejabat Peguam Negara untuk mendapatkan nasihat dan keputusan.

Pejabat Peguam Negara, katanya memutuskan untuk mendakwa Anwar di mahkamah.

Sementara itu, polis tengahari Rabu telah menyerahkan sapina kepada Anwar bagi menghendakinya hadir ke Mahkamah Sesyen Jalan Duta Kuala Lumpur, hari Khamis.

Sapina tersebut diserahkan oleh Ketua Bahagian Siasatan Jenayah Ibu Pejabat Polis Brickfields, Deputi Supritendan Jude Pareira kepada Anwar di kediamannya di Segambut Dalam jam 12.05 tengah hari.

Peguam Anwar, Sankara N. Nair ketika ditemui pemberita di hadapan rumah Anwar, enggan mengulas lanjut tujuan anak guamnya dikehendaki hadir ke mahkamah tersebut sama ada sapina itu ada kaitan dengan pendakwaan terhadap Anwar berhubung kes liwat yang dihadapinya.

Sejak jam 10 pagi kelihatan beberapa pegawai polis berpakaian biasa berada di luar perkarangan kediaman Anwar.

Deputi Supreitenden Jude Pariera yang tiba dengan kenderaan polis berada di dalam rumah Anwar kira-kira 15 minit bagi menyerahkan sapina berkenaan. – 6/8/2008