Perutusan khas Presiden sempena Ramadan al-mubarak

31 08 2008

Ahad 31 Ogos 2008 | 28 Sha’ban 1429 Hijrah

Perutusan khas sempena Ramadan al-mubarak
Dato’ Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang
Sun | Aug 31, 08 | 6:55:49 am MYT

Umat Islam seluruh dunia termasuk di Malaysia menyambut kedatangan bulan yang paling mulia dalam kalendar Islam, Ramadan al-Mubarak dengan penuh kegembiraan dan keinsafan.
Iklan

Ia bukan sekadar bulan diwajibkan berpuasa tetapi lebih penting pada bulan ini hukum dan perlembagaan tertinggi buat umat manusia, al-Quran, diturunkan Allah SWT.

“Bulan Ramadhan, yang di dalamnya diturunkan al-Quran sebagai petunjuk bagi manusia dan keterangan-keterangan yang menjelaskan petunjuk dan (menjelaskan) perbezaan (antara yang benar dan salah).” (maksud al Baqarah: 185)

Melalui al-Quran, maka Allah menyelesaikan segala kemelut dan permasalahan manusia khasnya bagi mereka yang mahu menjunjung dan melaksanakannya.

Oleh itu bulan Ramadan ini bukan sekadar bulan ruhiyah (spiritual) bagi mereka yang tekun menghayatinya tetapi ia sebenarnya bulan siyasiyah (politik) kerana di bulan inilah hukum dan peraturan lengkap bagi manusia diperturunkan Allah SWT kepada Rasul-Nya s.a.w.

Di samping kita mengejar manfaat dan kelebihan Ramadan sebagai bulan ruhiyah kita juga wajar menghayatinya sebagai bulan siyasiah bagi mengembelengkan seluruh tenaga dalam meyakinkan segenap lapisan masyarakat bahawa formula untuk menyelamatkan agama, bangsa dan negara kita hanyalah apabila kita kembali kepada al-Quran yang diturunkan pada bulan ini di samping berpegang teguh kepada Sunnah Rasul-Nya.

Di bulan penuh barakah ini jangan sekali-kali kita lupa nasib saudara-saudara kita di bumi Islam yang sedang bergolak khasnya di Palestin, Iraq dan Afghanistan, di samping mereka yang sedang bertarung nyawa di Chechnya, Selatan Filipina, Selatan Thai dan lain-lain.

Titipkanlah doa di bulan yang penuh rahmat ini, mudah-mudahan Allah SWT memberikan kemenangan dan kejayaan kepada mereka setelah sekian lama hidup dan menderita dalam kesengsaraan, darah dan air mata.

Semoga Ramadan ini mampu membangkitkan kesedaran kita untuk mempertingkatkan amal ibadat menuju keredaan Allah di samping menyedarkan kita bahawa hanya Islam penyelamat kita di dunia dan di akhirat, lantas marilah kita sama-sama kembali kepadanya.

Saya mengambil kesempatan ini untuk mengucapkan “Ramadan Kareem” kepada semua umat Islam, mudah-mudahan kekuatan dan semangat yang terbentuk sepanjang Ramadan ini akan terus memperteguhkan iltizam kita untuk sama-sama membela, mempertahan dan memperjuangkan Islam hingga ke akhir hayat. – mks.

Presiden PAS_

Advertisements




Detik mula perubahan ke arah kerajaan baru 16 September

28 08 2008

Khamis 28 Ogos 2008 | 25 Sha’ban 1429 Hijrah

Detik mula perubahan ke arah kerajaan baru 16 September
Mohd Rashidi Hassan

Thu | Aug 28, 08 | 9:43:10 am MYT


Hari ini Dato’ Seri Anwar Ibrahim akan hadir kali kedua ke Bangunan
Parlimen, selepas 10 tahun untuk mengangkat sumpah sebagai Ahli
Parlimen Permatang Pauh, sekaligus menjadi Ketua Pembangkang yang baru.

Iklan

Anwar dipaksa meninggalkan Parlimen secara paksa 10 tahun lalu ketika
menjawat jawatan Timbalan Perdana Menteri dan Menteri Kewangan
Malaysia, dalam kerajaan Barisan Nasional.

Bezanya, kemasukkan beliau ke Parlimen kali ini bukan setakat hendak menjadi Ketua Pembangkang atau TPM sahaja.

Beliau mempunyai matlamat yang besar dan jelas, iaitu mahu
menjadi Perdana Menteri bagi kerajaan baru yang dinamakan Kerajaan
Pakatan Rakyat.

Keputusan Pilihan Raya Kecil (PRK) Permatang Pauh semalam mencetuskan implikasi politik yang besar kepada negara.

Kemenangan besar Anwar bukan sahaja membuktikan bahawa Permatang
Pauh merupakan ‘safe heaven’ baginya, malah ianya merupakan titik tolak
yang besar kepada perubahan politik negara.

Hakikat yang tidak dapat sanggah iaitu, memenangi pilihan raya
kecil dengan majoriti yang lebih besar bagi calon parti pembangkang,
merupakan sesuatu yang amat sukar dalam sejarah politik negara.

Anwar dan gerombolannya daripada Pakatan Rakyat sudah menghampiri tarikh 16 September yang sering dicongak oleh kawan dan lawan.

Rakyat Permatang Pauh mewakili seluruh rakyat Malaysia,
memberikan ‘signal’ yang paling jelas kepada Barisan Nasional bahawa
era pemerintahannya selama 50 tahun bakal berakhir tidak lama lagi.

Liku perjuangan politik Anwar

Anwar melalui perjalanan politik yang penuh berliku. Tidak
keterlaluan untuk dikatakan bahawa setakat ini tiada ada seorang pun
ahli politik di Malaysia yang mengharungi liku kerjaya politik seteruk
Anwar Ibrahim.

Semua tuduhan dilemparkan terhadap Anwar. Kaki liwat! Agen
Amerika! Kaki kelentong! Perasuah! Agen bangsa asing! Perosak bangsa
Melayu! Pengancam agama Islam! Pemusnah negara! Dahsyat…amat dahsyat
sekali kecaman dan tuduhan BN terhadap Anwar.

Bukan bermakna penulis atau mana-mana penyokong Pakatan Rakyat
terlalu taksub kepada Anwar. Tetapi tuduhan BN ini amat dahsyat dan
melampau. Semua tuduhan ini menyebabkan rakyat muak dengan BN.
Tuduhan-tuduhan melampau inilah yang sebenarnya menyebabkan BN ‘over
kill’!

Dalam politik..biasalah hentam menghentam, kritik mengkritik
dan sebagainya. Tetapi berpada-padalah sedikit. Janganlah melampau
sangat.

Ini tidak. Jelas dilihat walaupun rakyat Permatang Pauh yang
menghadapi PRK, namun kempen dan serangan media yang menjadi ‘barua’ BN
seolah-olahnya berpesta dengan pelbagai tuduhan terhadap Anwar dan
Pakatan rakyat.

Kempen BN dan media pengampu terpaksa menghadapi PRK Permatang Pauh, sama seperti mereka menghadapi Pilihan Raya Umum!

Pelbagai tuduhan, fitnah dan kecaman dilemparkan BN terhadap
Anwar dan Pakatan Rakyat, sama ada menerusi televisyen, akhbar, radio,
internet dan apa juga saluran yang mereka boleh usahakan.

Kempen besar-besaran BN untuk menyekat Anwar dilakukan bukan
setakat untuk menghalangnya masuk ke Parlimen sahaja, bahkan mereka
tahu bahawa Anwar boleh menjadi penyebab utama tumbangnya keangkuhan BN
selama 50 tahun.

Hakikat sebenarnya pemimpin BN tidak pernah sedar bahawa mereka
bukan berhadapan dengan Anwar seorang diri. BN sebenarnya berhadapan
dengan ‘force’ besar iaitu kuasa rakyat.

Rakyat yang mahukan perubahan. Rakyat yang menolak segala
bentuk tohmahan dan serangan politik yang melampau oleh media pengampu
BN.

Rakyat sebenarnya mengubah paradigma dan persepsi bahawa BN sahaja yang boleh memerintah.

Lihatlah dengan jelas, apa sahaja tohmahan, adu domba, kecaman
dan usaha-usaha jahat BN serta media ‘barua’ untuk mengugat lima negeri
yang diterajui Pakatan Rakyat, semuanya gagal.

Kuasa rakyat, kehendak rakyat dan sokongan rakyat sememangnya
mahukan negara berubah ke arah pembentukan Kerajaan Pakatan Rakyat di
peringkat Persekutuan.

Hasil kemenangan Anwar

Sekarang ini Barisan Nasional menghadapi masalah paling
besar. Hasrat Umno untuk kekal berkuasa dengan mengekslpoitasikan isu
Melayu dan agama diketepikan rakyat.

Gerakan sepatutnya berfikir semula untuk meneruskan hasrat keluar BN.
MCA yang terbahagi kepada dua pendapat, semakin cenderung meninggalkan
BN

Kedudukan Perdana Menteri, Dato’ Seri Abdullah Ahmad Badawi
terumbang ambing, Dato’ Seri Mohd Najib Tun Razak hampir pasti tidak
berpeluang menjadi PM. Parti Umno yang sedang menghadapi mesyuarat
bahagian dan pemilihan Majlis Tertinggi sekarang semakin hampir
terkubur.

Tun Dr Mahathir Mohamad mungkin memikirkan secara serius untuk
berhijrah keluar negara, manakala Khairy Jamaluddin Abu Bakar, Mohamed
Ezam Md Nor dan para kroni mereka harus bersedia menelan segala muntah
dan sumpah seranah yang dihamburkan kepada Dato’ Seri Anwar Ibrahim.

Ada seorang lagi pembelit besar yang tiba-tiba menyerang Anwar
tanpa memikir risiko yang bakal menimpanya. Dato’ S. Nallakaruppan. Adeii Nalla..yenge poringge..? (Mana lu mau pergi). Mana lu mau taruk lu punya muka sekarang!

Hari ini pemimpin-pemimpin utama Umno/ BN terpaksa berhadapan secara ‘live’ dengan Anwar dan rakan-rakan dalam Pakatan Rakyat.

Sejak dari PRU 8 Mac lepas, laluan mereka di Parlimen tidak lagi mudah. Mereka semakin sukar sekarang ini.

Mulai hari ini, usaha membentuk Kerajaan Pakatan Rakyat semakin hampir.
Itulah kehendak rakyat sebenarnya. Insya-Allah, Anwar mampu melakukan!
– mks.

Detik mula perubahan ke arah kerajaan baru 16 September





KuLi-Tiada lagi wibawa PM, Najib

27 08 2008
BN tewas: Tiada lagi wibawa PM, Najib
Aug 27, 08 12:41pm

Kemenangan PKR semalam di Permatang Pauh dengan majoriti lebih besar membuktikan lagi BN telah ditolak oleh ahli-ahlinya sendiri dan kewibawaan perdana menteri serta timbalannya terhakis sepenuhnya, kata Tengku Razaleigh Hamzah.

“Jumlah undi yang diperolehi BN kurang daripada bilangan ahli-ahli Umno di kawasan (parlimen) itu,” katanya.

Dalam kenyataannya mengulas kemenangan besar penasihat PKR Datuk Seri Anwar Ibrahim dalam pilihanraya kecil itu, ahli parlimen Gua Musang berkata BN tetap tewas walaupun seluruh sumber dan kepimpinannya dikerahkan untuk berdepan tokoh pembangkang itu.

Anwar menang dengan majoriti 15,671 undi – peningkatan lebih 2,000 undi berbanding yang diperolehi isterinya Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail sebanyak 13,388 pada pilihanraya umum Mac lepas.

Menurut satu analisis Bernama hari ini, daripada 58,459, sebanyak 26,942 pemilih anggota parti komponen BN, termasuk Umno seramai 19,442 anggota di kawasan parlimen berkenaan.

Gerakan pula mempunyai 2,900 anggota, MCA (2,400), MIC (1,700) dan PPP (500) anggota yang layak mengundi.

Bagaimanapun, calon BN Datuk Arif Shah Omar Shah berjaya mengutip 15,524 undi – membayangkan 11,418 lagi anggota BN tidak memangkah calon parti itu sendiri atau tidak keluar mengundi.

Tengku Razaleigh menambah, Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi harus memikul beban ketewasan ini.

“Mustahil untuk disembunyikan: beliau tidak memiliki lagi sekelumit kewibawaan yang perlu untuk mentadbir negara dari hari ke hari, apatah lagi mengatur arah baru yang kita semua perlukan untuk maju dalam dunia yang kompleks,” katanya, yang juga popular dipanggil Ku Li.





Anwar angkat sumpah MP esok

27 08 2008
Anwar angkat sumpah MP esok
Aug 27, 08 12:21pm

kemaskini 7:25pm
Yang Dipertua Dewan Rakyat Tan Sri Pandikar Amin Mulia mengumumkan
bahawa Datuk Seri Anwar Ibrahim, ahli parlimen baru Permatang Pauh,
akan mengangkat sumpah esok.

Beliau mengesahkan telah menerima
surat daripada Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) pagi ini berhubung
keputusan pilihanraya kecil itu yang memihak kepada penasihat PKR.

anwar ibrahim pc 120508 03Pandikar Amin menambah, Anwar telah dimaklumkan tentang majlis mengangkat sumpah pagi esok.

Anwar
kembali ke dewan yang mulia itu selepas 10 tahun apabila meraih
kemenangan besar malam tadi dengan menewaskan calon BN Datuk Arif Shah
Omar Shah sebanyak 15,671 undi.

Mantan menteri kewangan itu,
akan terus dilantik sebagai ketua pembangkang selepas mengangkat
sumpah, berdepan dengan rakan kabinet lamanya Datuk Seri Abdullah Ahmad
Badawi dalam pembentangan Bajet 2009, Jumaat.

Ketua Whip PKR,
Mohd Azmin Ali dilaporkan berkata surat memaklumkan kesepakatan PAS dan
DAP melantik Anwar Anwar mengetuai ahli-ahli parlimen Pakatan Rakyat
kepada yang dipertua dewan 4 petang tadi.

Kemunculan bekas
timbalan perdana menteri ini paling dinanti-nantikan oleh banyak pihak,
khususnya selepas ura-uranya merancang pembentukan kerajaan baru
menjelang 16 September ini.

Lebih ramai pelawat termasuk bukan
penyokong PKR dijangka ke bangunan Parlimen esok untuk mengikuti secara
dekat langkah pertama Anwar ke Dewan Rakyat.

Permulaan sesi
sidang dewan ke-12 selepas pilihanraya umum Mac lalu menyaksikan
kunjungan pelbagai pihak, termasuk aktivis dan penulis blog, apabila
buat pertama kali pembangkang mempunyai 82 ahli parlimen.

Mengulas
kehadiran orang ramai, Pandikar Amin dilaporkan berkata keselamatan
bangunan itu tidak akan diperketatkan dan “macam biasa.”

Menteri
Dalam Negeri Datuk Seri Syed Hamid Albar memberi jaminan tidak ada
tambahan anggota polis atau sekatan jalan raya bagi menghadapi situasi
itu.





Doa Tok Guru iringi kempen Anwar di Permatang Pauh

19 08 2008

Selasa 19 Ogos 2008 | 16 Sha’ban 1429 Hijrah

Doa Tok Guru iringi kempen Anwar di Permatang Pauh
Mohd Rashidi Hassan | rashidi@harakah.net.my

Tue | Aug 19, 08 | 10:32:02 am MYT

Mursyidul Am PAS, Tuan Guru Dato’ Nik Abdul Aziz Nik Mat berdoa agar Ketua Umum

KeADILan, Dato’ Seri Anwar Ibrahim diberikan kemenangan oleh Allah pada Pilihan Raya

Kecil Parlimen Permatang Pauh 26 Ogos depan.

Di sebalik keuzuran dan kesibukan beliau menghadiri Muktamar Tahunan PAS ke 54 di

Ipoh, Tok Guru bergegas ke Permatang Pauh seusai menunaikan solat subuh, untuk

menyatakan sokongan yang tidak berbelah bahagi kepada Anwar.

Menteri Besar Kelantan itu tiba di Pusat Penamaan Calon di Institut Perguruan Tuanku

Bainun yang terletak di sisi Lebuhraya Butterworth-Kulim Express (BKE) kira-kira jam

9.30 pagi, disambut pemimpin-pemimpin utama Pakatan Rakyat.

Akibat kesesakan lalu lintas, kenderaan rasmi yang membawa Tok Guru terpaksa

diletakkan berjauhan daripada pusat penamaan dan beliau dibawa masuk dengan menaiki

proton wira milik seorang penyokong PAS.

“Ambo (saya) terlekat dalam jam (kesesakan lalulintas) lama, dari pukul berapa tadi

tak boleh masuk,” ujarnya yang datang bertongkat ketika disambut penulis.

Image
“Ya Tok Guru, sejak subuh tadi, jam 6.30 pagi orang dah mula berkumpul,” kata

penulis.

“Pelik ni, ramai sungguh ore (orang),” kata Tok Guru merujuk kepada sambutan yang

diberikan kepada calon Pakatan Rakyat.

Menurut Tuan Guru Nik Abdul Aziz, dengan jadual beliau yang begitu padat, beliau

berasa amat letih untuk berjalan jauh.

Namun katanya di sebalik kekangan jadual dan kesihatan, beliau tetap berkunjung ke

Permatang Pauh kerana amat komited dengan agenda Pakatan Rakyat.

Selain Tok Guru, pemimpin PAS yang hadir memberikan sokongan ialah Naib-naib

Presiden, Dato’ Husam Musa dan Mohamad Sabu; Bendahari PAS Pusat, Dr Mohd Hatta Md

Ramli; AJK PAS Pusat, Dr Syed Azman Syed Ahmad Nawawi, Dr Dzulkefli Ahmad, Dr Lo’lo

Mohd Ghazali, Dr Siti Mariah Mahmood dan Dr Mujahid Yusof yang juga Pengarah PAS

untuk pilihan raya kecil tersebut.

Image
Mereka disertai oleh Pesuruhjaya PAS Pulau Pinang, Ustaz Salleh Man dan Ahli Dewan

Undangan Negeri (PAS) Permatang Pasir, Mohd Hamdan Abdul Rahman.

Bagi pihak KeADILan, Anwar diiringi isteri Dato’ Seri Dr Wan Azizah Ismail yang juga

Presiden KeADILan serta keluarga, Timbalan Presiden Dr Syed Husin Ali, Naib Presiden,

Mohamed Azmin Ali, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim serta lain-lain pemimpin utama

mereka.

Turut sama ialah veteran DAP, Dr Chen Man Hin; Penasihat DAP, Lim Kit Siang,

Pengerusi DAP, Karpal Singh, Ketua Menteri Pulau Pinang, Lim Guan Eng serta

lain-lain.

Solidariti rakyat

Image
Permatang Pauh menyaksikan lebih 50,000 penyokong Pakatan Rakyat yang terdiri

daripada pelbagai kaum dan agama berhimpun menyatakan sokongan padu kepada Anwar.

Jumlah ini jauh mengatasi kumpulan penyokong Barisan Nasional yang diketuai Timbalan

Perdana Menteri, Dato’ Seri Mohd Najib Tun Razak, yang dianggarkan kira-kira 5000

orang sahaja.

Penyokong Pakatan Rakyat, berhimpun dan mengibarkan bendera ketiga-tiga parti

komponen Pakatan Rakyat sejak jam 6.30 pagi, menyebabkan kesesakan di sepanjang jalan

lebuhraya BKE, dari arah Penanti dan Berapit, sepanjang beberapa km menuju ke pusat

penamaan calon.

Image
Sehingga pemimpin dan penyokong BN terpaksa berarak melintasi kiri kanan jalan yang

telah dipenuhi penyokong Pakatan Rakyat.

Situasi ini menyebabkan ramai kalangan pemimpin BN yang diteriak dengan pelbagai

sorakan terpaksa menerima hakikat yang getir hingga ‘merah padam muka’.

Sorakan ‘Altantuya’, ‘Hutang 200 juta (saman terhadap BN) poster tak bayar, ‘Rasuah’,

‘Correct, correct, correct’ (ditujukan kepada Dato’ Seri Adnan Mansor,

‘Pengkhianat (kepada Ezam Mohd Nor), bergema berulang-ulang kali.

Kegusaran pemimpin-pemimpin BN jelas kelihatan. Wajah-wajah cemas mereka melihat

segerombolan besar penyokong Anwar tidak dapat disembunyikan lagi.

“Rakyat sudah bosan dengan BN, penuh dengan fitnah dan penipuan,” kata David Leong

yang datang bersama beberapa orang rakan dari Alor Star dengan sebuah bas.

Image
“Makin dia bawa budak tu (saiful) sumpah, makin kami tak percaya,” ujar seorang imam

surau yang ditemui berhampiran Pusat Khidmat Dun Permatang Pasir.

Sekumpulan anak muda berbangsa India juga turut berarak dengan memukul gendang sambil

melaungkan ‘Makkal Sakhti’ sambil mengibarkan bendera KeADILan.

Perhimpunan rakyat di Permatang Pauh merupakan perhimpunan terbesar yang mencatatkan

paling ramai penyokong berhimpun dalam satu-satu pilihan raya.

“Perhimpunan ini amat besar, walaupun orang boleh kata penyokong yang ramai ini belum

tentu memberikan undi (kepada Anwar) tetapi round pertama ini kita sudah

menang,” kata Ketua Menteri Pulau Pinang, Lim Guan Eng.

Katanya, beliau turut berbangga dengan rakyat Pulau Pinang daripada PAS, DAP dan

KeADILan yang hadir beramai-ramai di pusat penamaan calon tersebut.

“Hari ini rakyat berbilang kaum menunjukkan solidariti yang amat luar biasa, saya

harap ia terus kekal,” kata Setiausaha Agung DAP itu.

Guan Eng turut mengambil kesempatan berbual mesra dengan Tok Guru bersama Tan Sri

Khalid dan berkongsi pandangan bagi mempererat dan memperkukuhkan Pakatan Rakyat.

Image
Kegusaran BN

Kepulangan Anwar ke Permatang Pauh diibaratkan sebagai ‘bagaikan sirih pulang ke

gagang’. Kawasan Parlimen yang ‘terpaksa dilepaskan’ sejak sepuluh tahun lalu akibat

kezaliman BN masih segar di kalangan rakyat.

BN amat gusar kerana bilangan penyokong Anwar, yang pernah mengetuai Umno Bahagian

Permatang Pauh begitu besar. Penyokong bekas TPM itu selepas krisis pemecatannya pada

tahun 1998 masih ramai dalam Umno.

Hakikat sokongan mereka diterjemahkan dengan sokongan terhadap Dato’ Seri Dr Wan

Azizah Wan Ismail yang mewakili Permatang Pauh selepas pemecatan Anwar.

Pada pilihan raya umum 8 Mac lepas, Wan Azizah meraih 30,338 undi menewaskan calon

BN, Dato’ Pirdaus Ismail yang mendapat hanya 16950 undi. Majoriti 13,398.

Manakala di ketiga-tiga DUN, Seberang Jaya, calon BN Dato’ Arif Shah Omar Shah

mendapat 9395 undi menewaskan calon KeADILan yang mendapat 8862 undi, kelebihan

majoriti 533 sahaja.

Image
Di Dun Permatang Pasir, calon PAS, Mohd Hamdan meraih 11004 undi menewaskan BN, Ahmad

Sahar Shuib yang memperolehi 5571 undi. Majoriti 5433 undi.

Di Dun Penanti, calon KeADILan, Mohamad Fairus Khairuddin meraih 7346 undi menewaskan

calon BN Abdul Jalil Abdul Majid yang mendapat 5127 undi. Majoriti 2216 undi.

Jika dihimpunkan undi yang diperolehi calon Pakatan Rakyat iaitu 27,745,

memperlihatkan Wan Azizah mendapat lebih 2575 undi.

Kelebihan undi ini dipercayai datangnya dari kalangan ahli Umno yang menyokong Wan

Azizah serta Anwar secara tersembunyi.

Kalangan mereka dikatakan secara zahirnya menentang pembangkang (KeADILan) tetapi

dijangka memberikan undi secara diam-diam kepada Anwar.

Jika sokongan media arus perdana terhadap calon BN dijadikan ukuran, ia akan menjadi

pertaruhan sia-sia BN. Arif Shah dan calon Angkatan Keadilan Insan Malaysia (Akim),

Hanafi Hamat bukan tandingan sebenar Anwar.

Hanafi yang ditemui penulis memberitahu, beliau adalah Presiden Akim yang

menggantikan Allahyarham Cikgu Musa Salleh.

Katanya, Akim adalah sekumpulan serpihan ahli PAS yang berasal dari Pasir Putih,

Kelantan.

Image
“Perjuangan kami tidak ada kena mengena dengan PAS atau mana-mana parti pembangkang,

kami berdiri sendiri memperjuangkan ideologi kami,” ujarnya, yang datang bersama seorang

pencadang dan seorang penyokong.

“Apa yang tuan harapkan daripada penyertaan dalam pilihan raya ini,” soal penulis.

“Kami mahu supaya rakyat Malaysia sejahtera,” jawab Hanafi, ringkas.

Penentu masa depan politik negara

Siapa pun yang menyertai pilihan raya kecil ini bukan menjadi persoalan. Malaysia

negara demokrasi, sesiapa sahaja boleh mencalonkan diri bertanding kata Presiden PAS,

Dato’ Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang ketika menjawab soalan wartawan di Ipoh, Ahad

lepas.

Sudah tentu rakyat yang menjadi pengundi di Permatang Pauh sudah membuat keputusan

untuk memilih siapa bakal Ahli Parlimen mereka.

Pilihan raya kecil ini sebenarnya amat penting bagi negara. Ia bakal menentukan masa

depan politik negara dan menjadi pertaruhan sama ada pembentukan Kerajaan Pakatan

Rakyat berjaya atau pun tidak.

Image
Harus diingat bahawa, Anwar menyertai pilihan raya kecil Permatang Pauh bukan

semata-mata hendak menggantikan Dr Wan Azizah sebagai Ketua Pembangkang.

Beliau mempunyai agenda yang amat besar. Agenda sebagai calon PM dari Pakatan Rakyat.

Pilihan raya kecil ini juga menjadi titik tolak atau asas yang boleh membawa

tumbangnya kerajaan BN setelah berkuasa selama lebih 50 tahun.

Undi rakyat di Permatang Pauh sebenarnya adalah mewakili 27 juta rakyat Malaysia bagi

menentukan masa depan negara.

Tekanan BN di kepada rakyat Permatang Pauh amat hebat. Mereka terpaksa all out

untuk menyelamatkan bahtera yang hampir karam. Mereka terpaksa melakukan apa sahaja

untuk menyekat kemasukan Anwar ke Parlimen.

Kemasukan Anwar ke Parlimen bakal mengundang bahaya yang amat besar yang bakal

menguburkan masa depan politik BN.

Jika rakyat memberikan kemenangan kepada Anwar, impian majoriti rakyat untuk

meletakkan Umno dan BN ke dalam muzium semakin hampir.

Hakikatnya ramai berpendapat bahawa kerusi Parlimen Permatang Pauh tetap menjadi

milik Anwar. Cumanya besar mana majoriti untuk membawa beliau ke Parlimen sedang

menjadi congakan.

Cukuplah…sudah 50 tahun Umno/BN berkuasa, kali ini berilah kepada Pakatan Rakyat

pula.

(Laporan penuh Pilihan Raya Kecil Permatang Pauh boleh diperolehi
melalui akhbar Harakah yang akan mula berada di pasaran hari Khamis, 21
Ogos ini – Editor)
_






Ahmadinejad: Pekan Depan Iran Luncurkan Satelit Buatan Sendiri

18 08 2008
Saturday, 16 August 2008
ahmedinejad

ahmedinejad

Presiden Republik Islam Iran, Mahmoud Ahmadinejad, mengabarkan peluncuran
satelit pertama buatan Iran ke luar angkasa. Sebagaimana dilaporkan

Kantor Berita IRNA, Ahmadinejad Jumat malam di hadapan para elit
intelektual Iran yang bermukim di Turki menyatakan bahwa Iran akan
meluncurkan setelit pertama buatan dalam negeri ke luar angkasa sekitar
akhir pekan depan. Dikatakannya pula, Tehran juga akan meluncurkan
roket dan pelontar ke luar angkasa.

Seraya menyinggung bahwa
pemboikotan Iran selama 28 tahun oleh AS justeru menghasilkan
kejutan-kejutan ilmiah di negeri ini, Presiden Ahmadinejad mengatakan,
“Tahun lalu, tercatat lebih dari tujuh ribu penemuan dipatenkan di
Iran.” Dikatakannya pula, “Rakyat Iran bukan tipe bangsa yang mudah
menyerah. Terkait tekonologi nuklir, bangsa ini terus mempertahankan
seluruh hak mereka.”

Lebih lanjut Ahmadinejad menuturkan, “Kini,
AS menyadari bahwa Iran tidak dapat dikucilkan. AS sendirilah yang
semakin terkucil. Para pejabat tinggi negeri ini selalu mendapat
pengawalan ekstra ketat dalam kunjungan ke berbagai negara. Sebaliknya,
para pejabat Iran dalam kunjungannya ke berbagai negara disambut baik
oleh masyarakat setempat. Sebab, mereka mencintai Republik Islam Iran.”
Setelah kunjungan resmi selama dua hari, Ahmadinejad, Sabtu pagi,
bertolak kembali ke Tehran.





Tuan Guru Nik Aziz tegaskan sumpah Saiful cara Kristian

17 08 2008

Tuan Guru Nik Aziz tegaskan sumpah Saiful cara Kristian
Dilulus terbit pada Sunday, August 17 @ 12:34:06 MYT oleh SongkokPutih

Artikel Oleh Mohd Rashidi Hassan

IPOH, 17 Ogos (Hrkh) – Mursyidul Am PAS, Tuan Guru Dato’ Nik Aziz Nik Mat menafikan laporan yang dipaparkan dalam akhbar arus perdana hari ini, bahawa Saiful Bukhari Azlan bersumpah dengan cara Islam.

Dalam sidang media sempena Muktamar PAS di Stadium Indera Mulia dekat sini, Ustaz Nik Aziz menegaskan, sumpah menggunakan al-Quran bercanggah dengan Islam.

Katanya, apa yang dibuat Saiful dua hari lepas, menyamai apa yang dilakukan oleh orang-orang Kristian yang bersumpah menggunakan Bible.

Tegasnya, Islam hanya menerima sumpah dengan menyebut Wallahi, Wabillahi, Watallahi.

Menteri Besar Kelantan itu juga menempelak Umno yang mempercayai bersumpah dengan cara menggunakan al-Quran.

Katanya, sumpah juga tidak perlu dibuat dalam masjid kerana ianya sama seperti ajaran Kristian yang bersumpah di gereja.

Katanya, orang Islam tidak perlu bersumpah di masjid, sebaliknya boleh bersumpah di mana-mana sahaja asalkan ianya sumpah yang menepati Islam.

Beliau juga hairan mengapa Umno menerima sumpah Saiful dan terikut-ikut dengan amalan agama yang bercanggah dengan Islam.

Ustaz Nik Aziz juga mempertikaikan motif sebenar Saiful bersumpah menjelang hari penamaan calon Permatang Pauh, yang katanya mempunyai maksud yang tersirat.

Beliau amat berharap pengundi-pengundi Melayu yang beragama Islam tidak terpengaruh dengan propaganda media yang memanipulasi sumpah Saiful.

“Saya berdoa dan berharap Dato’ Seri Anwar diberikan kemenangan,” ujarnya