“Saya tak pernah lompat” Abdullah

29 09 2008


26 Sep 2008 3:51PM

KL: Perdana Menteri, Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi menafikan bahawa beliau akan mengambil cuti berikutan keputusannya untuk mengawalkan peralihan tampuk kepimpinan parti dan kerajaan.

“Saya akan bercutikah? Macam mana anda tahu?

“Tidak. Saya tidak akan bercuti. Saya ada banyak kerja untuk dibuat,” kata beliau selepas mempengerusikan mesyuarat khas Majlis Tertinggi Umno di sini pagi ini.

Mesyuarat itu juga memutuskan untuk menangguhkan Perhimpunan Agung Tahunan Umno dan pemilihan Disember ini sehingga Mac depan.

Abdullah dilantik sebagai Perdana Menteri dan memangku jawatan Presiden Umno pada Oktober 2003.

Beliau turut ditanya sama ada bersedia melakukan pengorbanan demi kebaikan dan kepentingan parti dengan melepaskan jawatan yang disandangnya. Baca baki entri ini »





Akui terima habuan seks, PKR pusat mahu Zul dipecat

28 09 2008
ZUL Hassan (kiri) dan ahli perniagaan Fairul Azrim Ismail ketika berada di Jabatan Agama Islam Perak, Ipoh untuk membuat laporan pada Selasa lalu. Di kanan ialah Ketua Parti Keadilan Rakyat Bahagian Parti, Usaili Alias.

ZUL Hassan (kiri) dan ahli perniagaan Fairul Azrim Ismail ketika berada di Jabatan Agama Islam Perak, Ipoh untuk membuat laporan pada Selasa lalu. Di kanan ialah Ketua Parti Keadilan Rakyat Bahagian Parti, Usaili Alias.

Ahad September 28, 2008

IPOH: Naib Presiden Parti Keadilan Rakyat (PKR), Dr. Lee Boon Chye menggesa kerajaan negeri Perak memecat ahli Majlis Daerah Perak Tengah, Zul Hassan ekoran kenyataannya yang mengaku ada menerima habuan khidmat seks, tetapi disifatkan sebagai “sedekah.”

Dr. Lee berkata, dari segi moral tindakan berkenaan tidak betul bagi seseorang yang memegang jawatan penting dalam kerajaan dan terlibat dalam skandal seks.

“Apabila sesuatu yang tidak senonoh ditawarkan anda seharusnya menolak tawaran itu,” kata beliau selepas merasmikan kempen menderma darah di sini hari ini.

Kata beliau, Majlis Kerajaan Negeri juga wajar menggugurkan Zul daripada keanggotaan dalam Majlis Daerah Perak Tengah dengan segera sebaik apabila ia mengadakan mesyuarat dalam waktu terdekat.

Bagaimanapun beliau enggan menyatakan sama ada PKR sendiri akan mengambil tindakan terhadap Zul yang juga ahli parti tersebut.

Zul dan ahli perniagaan Fairul Azrim Ismail baru-baru ini membuat laporan di Jabatan Agam Islam Perak terhadap Mohammad Imran Abdullah yang didakwa mendorong mereka melakukan perbuatan berdosa itu melibatkan seorang wanita dari China di sebuah apartmen di Batu Ferringhi, Pulau Pinang pada 14 Ogos lalu.

Mohamad Imran merupakan pengadu dalam kes rasuah Zul dan empat yang lain. Baca baki entri ini »





2,000 sertai perarakan aman anti-ISA

28 09 2008


Kira-kira 2,000 menyertai perarakan aman di ibunegara malam ini, mendesak supaya dimansuhkan Akta Keselamatan Negeri (ISA) dan dibebaskan tahanan di bawah akta tersebut.

anti isa dataran merdeka 270908 01Pada mulanya, dua kumpulan – Barisan Bertindak Hak Hindu (HIndraf) dan gabungan NGO yang diketuai oleh Pakatan Penulis untuk Kebebasan Media (Wami) – merancang untuk mengadakan majlis memasang lilin di Dataran Merdeka pada kira-kira jam7.30 malam.

Apabila polis mengawal Dataran Merdeka, kumpulan Hindraf yang berjumlah kira-kira 500 orang, berarak menuju ke kuil yang terletak di depan pusat perhentian bas Puduraya kira-kira 1 km dari situ.

anti isa dataran merdeka 270908 raja petra fansKetika berarak ke sana, orang ramai turut menyertai mereka dan jumlahnya kemudian bertambah mencecah kira-kira 2,000 orang, dengan ramai yang membawa lilin.

Satu lagi kumpulan, yang berarak sambil membawa tanglung, kemudiannya turut menyertai kumpulah Hindraf tersebut. Baca baki entri ini »





Rumah ibu bapa dilontar bom petrol, Teresa dakwa usaha takutkan beliau

27 09 2008

TERESA Kok menunjukan nota ugutan dan contoh bom petrol yang dilontar di kediaman ibu bapanya di Jalan Ipoh di sini, selepas mengadakan sidang media mengenai insiden itu hari ini. Bagaimanapun kejadian kira-kira 2.55 pagi tadi tidak mencederakan penghuni rumah itu kerana bom petrol itu tidak meletup. -fotoBERNAMA

KUALA LUMPUR: Ahli Parlimen Seputeh, Teresa Kok mengganggap kejadian membaling bom molotov cocktail di rumah ibu bapanya di Jalan Ipoh di sini awal pagi tadi bertujuan untuk menakut-nakutkan dirinya dan menghalangnya daripada menjalankan tugasnya sebagai wakil rakyat.

“Mungkin tindakan ini berpunca dari perasaan dendam terhadap saya dan keluarga selepas media dan blog tertentu menghina dan menggambarkan saya sebagai anti-Melayu, anti-Islam dan bersifat perkauman, dengan mereka-reka cerita yang palsu, sebelum dan selepas saya ditahan di bawah akta ISA,” katanya.

Teresa ditahan di bawah ISA pada pada 12 September dan dibebaskan selepas seminggu disiasat.

Laporan polis telah dibuat bagi meminta siasatan segera dijalankan, agar mereka yang terlibat dapat dibawa ke muka pengadilan, kata Teresa pada sidang media di rumah ibu bapanya di Taman Rainbow.

Sidang media itu turut dihadiri Ketua Penerangan Parti Keadilan Rakyat (PKR), Tian Chua; Penasihat DAP, Lim Kit Siang dan wakil PAS.

Teresa berkata, dengan adanya ancaman itu, beliau berharap polis dapat menjamin keselamatan beliau dan juga keluarganya yang kini jelas terancam. Baca baki entri ini »





Langkah Umno tangguh AGM jaga ‘parti, maruah dan kepanasan’

26 09 2008

Jumaat September 26, 2008

KUALA LUMPUR: Keputusan menangguhkan Perhimpunan Agung Tahunan (AGM) Umno ke Mac depan dilihat dapat meredakan sedikit masalah dan pergolakan yang wujud dalam parti itu ketika ini.

“Penangguhan ke Mac tahun depan dapat redakan keadaan yang kelihatan seperti sedikit panas dalam beberapa ketika ini,” kata Ketua Penerangan Umno, Tan Sri Muhammad Muhd. Taib ketika ditemui selepas menghadiri mesyuarat Majlis Tertinggi (MT) Umno di sini hari ini.

Katanya, ahli MT gembira dengan keputusan yang dicapai pada mesyurat kali ini kerana ia merupakan penyelesaian terbaik bagi mengatasi segala spekulasi yang timbul.

“Kami sangat gembira… ini adalah keputusan yang dibuat oleh Perdana Menteri dan Timbalan Perdana Menteri untuk selesaikan semuanya,” katanya.

Ditanya bagaimana dengan penerimaan ahli MT mengenai keputusan yang dicapai, beliau percaya keputusan itu dipersetujui sebulat suara oleh semua pihak.

“Saya fikir semua orang sokong, sokong semuanya. Sokong mengenai pelan peralihan yang Perdana Menteri cakap hari ini, sokong kekalkan tarikh mesyuarat bahagian dan juga sokong Perhimpunan Agung ditangguh ke Mac,” katanya. Baca baki entri ini »





PAS: Selesaikan perbezaan segera

26 09 2008

PAS dicadangkan agar mengadakan satu perbincangan khas untuk menghuraikan segala perbezaan pendapat di kalangan pimpinan mereka sekarang.

Ini kerana dibimbangi perbezaan pendapat berhubung dengan pembentukan kerajaan baru ini membawa kepada perpecahan kepada PAS.

Laporan penuh dalam Siasah Jumaat ini.





Kerajaan Pakatan majoriti Islam – Anwar

26 09 2008

Thursday, September 25, 2008
KUALA LUMPUR, 25 Sept: Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim menegaskan bahawa majoriti ahli parlimen Islam dan bumiputera tetap akan dipertahankan sekiranya Pakatan Rakyat dapat membentuk kerajaan baru kelak.

“Saya berikan ketegasan bahawa majoriti ahli parlimen Muslim dan bumiputera itu dapat dipertahankan.

“Pakatan rakyat termasuk DAP menerima kenyataan ini. Tidak jadi masalah sama sekali,” kata Anwar dalam satu sidang media di luar Mahkamah Sesyen Kuala Lumpur hari ini.

Sebelum ini Di MARANG, Terengganu, Presiden PAS, Datuk Seri Abdul Hadi Awang menegaskan parti itu bersedia untuk mengubah kerajaan dengan syarat kerajaan yang lebih baik daripada yang sedia ada. Baca baki entri ini »