Bank Syariah Munculkan Revolusi Perbankan di Perancis

29 11 2008

Friday, 28 November 2008
dinar-dirham_nusantara Sebuah koran perancis pada halaman depannya memberitakan masukanya bank syariah dalam sistem keuangan Perancis dan menilainya sebagai revolusi dalam dunia perbankan negara ini. Sebagaimana dikutip oleh IRNA, koran Le Parisien cetakan Paris dalam edisi kemarin (28/11) menulis, pada saat krisis likuiditas dan kepercayaan melanda sistem finansial Barat, khususnya bank-bank Perancis, Paris menyetujui masuknya sistem perbankan syariah berdasarkan ajaran Islam dalam sektor ekonomi dan finansial negara ini.

Koran Le Parisien menambahkan, manfaat sistem ekonomi syariah yang berdasarkan akad Islam, kemitraan, dan membantu pertumbuhan ekonomi tanpa bunga, telah menjadi pusat perhatian para pejabat negara ini sejak beberapa waktu lalu saat gelombang krisis finansial melanda Perancis.

Rencananya bank syariah di Perancis akan beroperasi pada tujuh bulan pertama tahun depan. Kini sudah ada bank tiga syariah yang mengajukan proposal untuk mendirikan perwakilannya di Perancis, yaitu: Bank Syariah Qatar, Bank Syariah Kuwait, dan Bank Syariah AlBarkah Bahrain./irib





Mumbai diserang

28 11 2008

SEORANG anggota polis memimpin seorang warga tua terselamat selepas serangan bom di stesen kereta api Mumbai, lewat malam kelmarin.
SEORANG anggota polis memimpin seorang warga tua terselamat selepas serangan bom di stesen kereta api Mumbai, lewat malam kelmarin.

Lebih 100 maut hotel, stesen kereta api, hospital jadi sasaran

MUMBAI: Sekurang-kurangnya 110 orang terbunuh, manakala kira-kira 315 lagi cedera dalam serangan pengganas di sembilan tempat, termasuk dua hotel mewah dan dua hospital di bandar raya ini lewat malam kelmarin dengan sasaran pelancong Britain dan Amerika Syarikat.

Dalam serangan bersiri itu, sekurang-kurangnya 15 tebusan turut ditahan, manakala lebih 100 lagi, termasuk seorang wanita rakyat Malaysia dikhuatiri terperangkap dalam bilik masing-masing di Hotel Taj Mahal, sebuah hotel terkenal berusia 105 tahun.

Sehingga lewat petang semalam, komando India dikatakan sudah membebaskan semua tebusan di Hotel Taj Mahal, manakala tebusan lain di Hotel Trident dan Oberoi masih ditahan kumpulan pengganas terbabit.

terror in mumbai
terror in mumbai


Anggota militan berkenaan yang masuk ke sini dengan bot kelmarin, dilapor melepaskan tembakan secara rambang menggunakan senjata automatik AK47 dan melemparkan bom tangan sebelum merampas dua hotel berkenaan.

Sebuah kafe terkemuka, Cafe Leopold serta stesen keretapi paling sibuk di bandar raya ini, Terminal Chhatrapati Shivaji (CST), turut menjadi sasaran serangan itu yang didakwa dilakukan oleh kumpulan Deccan Mujahideen yang tidak begitu dikenali.

Siaran televisyen menunjukkan lelaki bersenjata itu menembak secara rambang dari sebuah trak ketika kenderaan berkenaan bergerak di sebuah jalan raya Mumbai.

Menurut saksi, penyerang itu yang memakai baju T dan jean nampak seperti lelaki keturunan Asia Selatan dan berusia dalam lingkungan 20-an, sebahagian besarnya orang India yang bertutur loghat Hindi atau Urdu.

Timbalan Ketua Menteri Maharashtra, R R Patil, dipetik Reuters sebagai berkata 100 atau 200 orang mungkin berada dalam hotel berkenaan ketika serangan itu.

“Kami tidak dapat memberi angka yang tepat kerana sebahagian besar tetamu mengunci diri mereka di dalam bilik.

“Ada kemungkinan 10 hingga 12 pengganas di dalam hotel. Tiada rundingan dilakukan dengan pengganas,” katanya

Malah, selepas 17 jam siri serangan itu berlaku, pasukan keselamatan India dan kumpulan pengganas sekali sekala dilihat masih berbalas tembak.

Konsul Jeneral Malaysia di sini, Wan Zaidi Wan Abdullah, berkata lapan pelancong Malaysia berada di bandar raya ini, tetapi hanya tujuh dapat dikesan kecuali wanita berkenaan, dikenali Hema Kasi Pillay, 51.

Ketua pegawai operasi sebuah syarikat dari Selangor itu, menginap di Hotel Taj Mahal sejak Selasa lalu dan masih belum mendaftar keluar sebelum hotel berkenaan diserang pengganas.

“Hema dikhuatiri masih terperangkap dalam hotel itu kerana namanya tidak ada dalam senarai tebusan yang diselamatkan pasukan komando India,” katanya ketika dihubungi Berita Harian.

Perdana Menteri Australia, Kevin Rudd pula mengesahkan seorang rakyatnya terkorban, tetapi angka kematian mungkin lebih ramai lagi. Dua orang turut cedera dalam kejadian itu.

Kementerian Luar Jepun turut mengesahkan sekurang-kurangnya seorang rakyatnya terkorban dan seorang cedera.

Sebuah stesen televisyen melaporkan, penyerang itu menjadikan rakyat Britain dan Amerika sebagai sasaran ketika mereka mengumpulkan tebusan, sementara polis berkata seorang paderi Yahudi juga ditahan kumpulan itu di sebuah apartmen di bandar raya ini.

Sementara itu, seorang lelaki yang hanya memperkenalkan dirinya sebagai Sahadullah, dilaporkan mengaku terbabit dalam serangan di Hotel Trident dan Oberoi bersama enam penyerang lain serta mendesak agar anggota militan Islam dibebaskan daripada penjara India.

“Bebaskan semua mujahideen dan jangan mengganggu orang Muslim di India,” katanya kepada televisyen India menerusi telefon. – Agens/BH





Michael Jackson peluk Islam

21 11 2008

michael-jackson-fkeclEny Kartikawati – detikhot
London Kabar menghebohkan datang dari si King of Pop Michael Jackson. Penyanyi yang akrab disapa Jacko itu disebut-sebut telah memeluk agama Islam.

Detikhot kutip dari The Sun, Jumat (21/11/2008), Jacko memeluk Islam dengan mengucapkan dua kalimat syahadat di rumah temannya di Los Angeles, Amerika Serikat. Nama Jacko pun berubah menjadi Mikaeel.

“Mikaeel adalah nama salah satu malaikat dalam Islam,” ujar seorang sumber. Jacko sebenarnya sempat ditawari nama Mustafa, namun ditolaknya . Baca baki entri ini »





Habib Riziq Shihab: Amrozi c.s. Min Ahlil Khair

17 11 2008
habib rizieq al syihab

habib rizieq al syihab

Polemik tentang meninggalnya Amrozi, Imam Samudra, dan Mukhlas menyedot perhatian umat Islam. Walau ketiganya meninggal setelah dieksekusi regu tembak, penilaian berbeda muncul dari beberapa tokoh Islam.

Majelis Ulama Indonesia, misalnya. MUI menilai bahwa kematian Amrozi c.s. bukan tergolong mati syahid. Sementara Pimpinan Ansharut Tauhid yang juga mantan Ketua Umum MMI, Abu Bakar Ba’asir menilai lain. Menurutnya, Amrozi c.s. mati syahid. Karena mereka meninggal dalam rangka melawan musuh Islam.

Perbedaan pandangan itu mungkin wajar jika dilihat dari sudut pandang perjuangan yang dilakukan Amrozi c.s. Baca baki entri ini »





Presiden Iran Desak Obama Pulihkan Hak Bangsa Palestina, Irak dan Afghanistan

8 11 2008

Jumat, 07 Nov 2008 14:27
Presiden Iran Mahmud Ahmadinejad menyampaikan ucapan selamat pada Barack Obama yang terpilih sebagai Presiden Amerika ke-44. Dalam pesannya, Ahmadinejad mengingatkan Obama untuk memanfaatkan kesempatan yang diberikan Tuhan padanya sebaik-baiknya, dengan mengubah kebijakan-kebijakan luar negeri AS yang buruk, yang dilakukan pendahulunya.

“Saya mengucapkan selamat atas mayoritas suara yang Anda (Obama) raih dalam pemilu. Anda tahu bahwa kesempatan-kesempatan yang diberikan Tuhan pada umat manusia tidak kekal, orang bisa memanfaatkan kesempatan itu untuk kemajuan umat manusia atau sebaliknya. Ambillah kesempatan itu dan buatlah namamu harum dalam sejarah,” kata Ahmadinejad.

Ia melanjutkan, “Bangsa-bangsa di dunia berharap kebijakan-kebijakan AS yang suka menghasut untuk mengobarkan perang, yang berdasarkan penjajahan, penindasan, kebohongan, pelecehan terhadap bangsa lain, diskriminasi dan hubungan yang tidak fair yang memicu kebencian semua bangsa dan negara-negara dunia terhadap para penguasa di AS, bisa berubah menjadi kebijakan-kebijakan yang berdasarkan pada keadilan, saling menghormati hak rakyat dan bangsa lain, persahabatan dan tidak ikut campur urusan negara lain,”

Dalam pesannya Ahmadinejad secara khusus mendesak agar Obama mengubah kebijakan AS yang tidak adil, terhadap rakyat dan bangsa Palestina, Irak dan Afghanistan. Ia menegaskan, Iran akan menyambut baik jika ada perubahan-perubahan yang fundamental, konkrit dan adil dalam sikap dan kebijakan-kebijakan AS terutama untuk kawasan Timur Tengah. (ln/prtv)





Hukuman mati tiga pengebom Bali: Keluarga diarah bersedia

7 11 2008

Wakil daerah, Amri Sata berjalan keluar dari rumah ibu dan abang Imam Samudra di Serang, setelah meminta mereka bersedia dengan hukuman yang akan dijatuhkan kepada militan itu. - foto AP

Wakil daerah, Amri Sata berjalan keluar dari rumah ibu dan abang Imam Samudra di Serang, setelah meminta mereka bersedia dengan hukuman yang akan dijatuhkan kepada militan itu. - foto AP

[DIKEMAS KINI] TENGGULUN: Keluarga kepada tiga pengebom Bali yang telah menyebabkan kematian 202 orang pada tahun 2002 diarahkan “bersiap-sedia” dengan hukuman mati yang bakal dijatuhkan kepada ketiga-tiga militan itu – ditembak oleh skuad khas, dalam waktu terdekat, bulan ini.

Menurut laporan AFP, para pendakwa dan polis hari ini telah melawat abang kepada dua pengebom, Amrozi, 47, dan Mukhlas, 48, di perkampungan Jawa Timur dan memberikan memberi amaran agar mereka bersedia untuk “berita buruk”.

“Kami datang ke sini hanya untuk memberitahu mereka (keluarga) agar bersedia dengan hukuman mati yang akan dilaksanakan terhadap militan itu,” kata Ketua Pendakwa Daerah Irnensis selepas bertemu dengan keluarga tersebut selama 30 minit.

Dia bagaimanapun enggan mengulas lanjut bila hukuman ke atas tiga pengebom tersebut – Amrozi, Mukhlas dan Imam Samudra akan dilaksanakan.

Salah seorang ahli keluarga pengebom itu, Ali Fauzi berkata, keluarganya sudah bersedia dengan hukuman itu.

“Pihak pendakwa telah arahkan kami bersedia dan berkata agar tidak menantikan surat mengenai hukuman tersebut. Kami tidak ada masalah tentang hal ini,” katanya.

Media tempatan turut melaporkan bahawa kunjungan yang sama juga telah dibuat ke rumah keluarga Samudra di bandar Jawa Barat, Serang semalam.

Semua hukuman mati di Indonesia dilaksanakan oleh skuad penembak dan biasanya dilakukan di lokasi dan waktu yang tidak dinyatakan. Pesalah selalunya akan diberitahu tentang hari hukuman mereka tiga hari sebelumnya.

Helikopter juga telah disediakan untuk membawa mayat militan-militan itu kelak dari penjara Nusakambangan ke rumah keluarga masing-masing.

Tiga pengebom tersebut sebelum ini pernah berkata, mereka rela “mati syahid” untuk mencapai impian mereka mewujudkan utopia Islamik di Asia Tenggara. Baca baki entri ini »





Wasiat dari Imam Samudra, Amrozi dan Mukhlas

5 11 2008





Tenang sebelum ditembak

2 11 2008
IBU Amrozi, Tariyem duduk dalam rumahnya di Lamongan, Jawa Timur semalam.

IBU Amrozi, Tariyem duduk dalam rumahnya di Lamongan, Jawa Timur semalam.

TENGGULUN – Tiga pengebom Bali, Amrozi, Mukhlas dan Imam Samudera kelihatan tenang ketika mereka berada dalam bilik sebuah penjara semasa menanti hukuman tembak dilaksanakan, kata satu sumber semalam.

Sumber itu menyatakan ketiga-tiga mereka membaca al-Quran dalam sebuah penjara di Nusakambangan yang terletak di selatan Pulau Jawa dan dikenali sebagai ‘Alcatraz Indonesia.’

Menurut sumber itu, Mukhlas memberitahunya: “Saya mahu ia berlaku dengan segera (hukuman tembak).

“Saya mahu menemui bidadari.”

Seorang lagi pengebom yang juga saudara Mukhlas, Amrozi yang digelar sebagai pembunuh yang suka melemparkan senyuman berkata sambil ketawa: “Saya bersedia pada bila-bila masa.”

Ketiga-tiga pengebom Bali itu sudah menerima surat pemberitahun berhubung hukuman mati ke atas mereka pada pukul 9 malam waktu tempatan kelmarin.

Ketiga-tiga mereka akan ditembak mati dalam tempoh 72 jam selepas menerima notis pelaksanaan hukuman itu. Baca baki entri ini »