PM: Kenyataan terbaru Ahmad tidak boleh diterima sama sekali, diputus hari ini 09-09-2008 12:02:32 AM

8 09 2008


AKSI Ahmad Ismail ketika sidang media untuk menjelaskan
pendiriannya tidak akan meminta maaf berhubung kenyataannya yang “orang
Cina hanya menumpang” di Pulau Pinang, hari ini
.


(Dikemas kini) PUTRAJAYA:
Perdana Menteri, Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi menegaskan, beliau
“sangat tidak gembira” dengan kenyataan Ketua Umno Bahagian Bukit
Bendera, Datuk Ahmad Ismail (gambar) hari
ini yang menyalahkan Gerakan dan tetap mempertahankan kenyataannya yang
berbau perkauman berhubung masyarakat Cina di negara ini.
Baca baki entri ini »





Perutusan khas Presiden sempena Ramadan al-mubarak

31 08 2008

Ahad 31 Ogos 2008 | 28 Sha’ban 1429 Hijrah

Perutusan khas sempena Ramadan al-mubarak
Dato’ Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang
Sun | Aug 31, 08 | 6:55:49 am MYT

Umat Islam seluruh dunia termasuk di Malaysia menyambut kedatangan bulan yang paling mulia dalam kalendar Islam, Ramadan al-Mubarak dengan penuh kegembiraan dan keinsafan.
Iklan

Ia bukan sekadar bulan diwajibkan berpuasa tetapi lebih penting pada bulan ini hukum dan perlembagaan tertinggi buat umat manusia, al-Quran, diturunkan Allah SWT.

“Bulan Ramadhan, yang di dalamnya diturunkan al-Quran sebagai petunjuk bagi manusia dan keterangan-keterangan yang menjelaskan petunjuk dan (menjelaskan) perbezaan (antara yang benar dan salah).” (maksud al Baqarah: 185)

Melalui al-Quran, maka Allah menyelesaikan segala kemelut dan permasalahan manusia khasnya bagi mereka yang mahu menjunjung dan melaksanakannya.

Oleh itu bulan Ramadan ini bukan sekadar bulan ruhiyah (spiritual) bagi mereka yang tekun menghayatinya tetapi ia sebenarnya bulan siyasiyah (politik) kerana di bulan inilah hukum dan peraturan lengkap bagi manusia diperturunkan Allah SWT kepada Rasul-Nya s.a.w.

Di samping kita mengejar manfaat dan kelebihan Ramadan sebagai bulan ruhiyah kita juga wajar menghayatinya sebagai bulan siyasiah bagi mengembelengkan seluruh tenaga dalam meyakinkan segenap lapisan masyarakat bahawa formula untuk menyelamatkan agama, bangsa dan negara kita hanyalah apabila kita kembali kepada al-Quran yang diturunkan pada bulan ini di samping berpegang teguh kepada Sunnah Rasul-Nya.

Di bulan penuh barakah ini jangan sekali-kali kita lupa nasib saudara-saudara kita di bumi Islam yang sedang bergolak khasnya di Palestin, Iraq dan Afghanistan, di samping mereka yang sedang bertarung nyawa di Chechnya, Selatan Filipina, Selatan Thai dan lain-lain.

Titipkanlah doa di bulan yang penuh rahmat ini, mudah-mudahan Allah SWT memberikan kemenangan dan kejayaan kepada mereka setelah sekian lama hidup dan menderita dalam kesengsaraan, darah dan air mata.

Semoga Ramadan ini mampu membangkitkan kesedaran kita untuk mempertingkatkan amal ibadat menuju keredaan Allah di samping menyedarkan kita bahawa hanya Islam penyelamat kita di dunia dan di akhirat, lantas marilah kita sama-sama kembali kepadanya.

Saya mengambil kesempatan ini untuk mengucapkan “Ramadan Kareem” kepada semua umat Islam, mudah-mudahan kekuatan dan semangat yang terbentuk sepanjang Ramadan ini akan terus memperteguhkan iltizam kita untuk sama-sama membela, mempertahan dan memperjuangkan Islam hingga ke akhir hayat. – mks.

Presiden PAS_





Detik mula perubahan ke arah kerajaan baru 16 September

28 08 2008

Khamis 28 Ogos 2008 | 25 Sha’ban 1429 Hijrah

Detik mula perubahan ke arah kerajaan baru 16 September
Mohd Rashidi Hassan

Thu | Aug 28, 08 | 9:43:10 am MYT


Hari ini Dato’ Seri Anwar Ibrahim akan hadir kali kedua ke Bangunan
Parlimen, selepas 10 tahun untuk mengangkat sumpah sebagai Ahli
Parlimen Permatang Pauh, sekaligus menjadi Ketua Pembangkang yang baru.

Iklan

Anwar dipaksa meninggalkan Parlimen secara paksa 10 tahun lalu ketika
menjawat jawatan Timbalan Perdana Menteri dan Menteri Kewangan
Malaysia, dalam kerajaan Barisan Nasional.

Bezanya, kemasukkan beliau ke Parlimen kali ini bukan setakat hendak menjadi Ketua Pembangkang atau TPM sahaja.

Beliau mempunyai matlamat yang besar dan jelas, iaitu mahu
menjadi Perdana Menteri bagi kerajaan baru yang dinamakan Kerajaan
Pakatan Rakyat.

Keputusan Pilihan Raya Kecil (PRK) Permatang Pauh semalam mencetuskan implikasi politik yang besar kepada negara.

Kemenangan besar Anwar bukan sahaja membuktikan bahawa Permatang
Pauh merupakan ‘safe heaven’ baginya, malah ianya merupakan titik tolak
yang besar kepada perubahan politik negara.

Hakikat yang tidak dapat sanggah iaitu, memenangi pilihan raya
kecil dengan majoriti yang lebih besar bagi calon parti pembangkang,
merupakan sesuatu yang amat sukar dalam sejarah politik negara.

Anwar dan gerombolannya daripada Pakatan Rakyat sudah menghampiri tarikh 16 September yang sering dicongak oleh kawan dan lawan.

Rakyat Permatang Pauh mewakili seluruh rakyat Malaysia,
memberikan ‘signal’ yang paling jelas kepada Barisan Nasional bahawa
era pemerintahannya selama 50 tahun bakal berakhir tidak lama lagi.

Liku perjuangan politik Anwar

Anwar melalui perjalanan politik yang penuh berliku. Tidak
keterlaluan untuk dikatakan bahawa setakat ini tiada ada seorang pun
ahli politik di Malaysia yang mengharungi liku kerjaya politik seteruk
Anwar Ibrahim.

Semua tuduhan dilemparkan terhadap Anwar. Kaki liwat! Agen
Amerika! Kaki kelentong! Perasuah! Agen bangsa asing! Perosak bangsa
Melayu! Pengancam agama Islam! Pemusnah negara! Dahsyat…amat dahsyat
sekali kecaman dan tuduhan BN terhadap Anwar.

Bukan bermakna penulis atau mana-mana penyokong Pakatan Rakyat
terlalu taksub kepada Anwar. Tetapi tuduhan BN ini amat dahsyat dan
melampau. Semua tuduhan ini menyebabkan rakyat muak dengan BN.
Tuduhan-tuduhan melampau inilah yang sebenarnya menyebabkan BN ‘over
kill’!

Dalam politik..biasalah hentam menghentam, kritik mengkritik
dan sebagainya. Tetapi berpada-padalah sedikit. Janganlah melampau
sangat.

Ini tidak. Jelas dilihat walaupun rakyat Permatang Pauh yang
menghadapi PRK, namun kempen dan serangan media yang menjadi ‘barua’ BN
seolah-olahnya berpesta dengan pelbagai tuduhan terhadap Anwar dan
Pakatan rakyat.

Kempen BN dan media pengampu terpaksa menghadapi PRK Permatang Pauh, sama seperti mereka menghadapi Pilihan Raya Umum!

Pelbagai tuduhan, fitnah dan kecaman dilemparkan BN terhadap
Anwar dan Pakatan Rakyat, sama ada menerusi televisyen, akhbar, radio,
internet dan apa juga saluran yang mereka boleh usahakan.

Kempen besar-besaran BN untuk menyekat Anwar dilakukan bukan
setakat untuk menghalangnya masuk ke Parlimen sahaja, bahkan mereka
tahu bahawa Anwar boleh menjadi penyebab utama tumbangnya keangkuhan BN
selama 50 tahun.

Hakikat sebenarnya pemimpin BN tidak pernah sedar bahawa mereka
bukan berhadapan dengan Anwar seorang diri. BN sebenarnya berhadapan
dengan ‘force’ besar iaitu kuasa rakyat.

Rakyat yang mahukan perubahan. Rakyat yang menolak segala
bentuk tohmahan dan serangan politik yang melampau oleh media pengampu
BN.

Rakyat sebenarnya mengubah paradigma dan persepsi bahawa BN sahaja yang boleh memerintah.

Lihatlah dengan jelas, apa sahaja tohmahan, adu domba, kecaman
dan usaha-usaha jahat BN serta media ‘barua’ untuk mengugat lima negeri
yang diterajui Pakatan Rakyat, semuanya gagal.

Kuasa rakyat, kehendak rakyat dan sokongan rakyat sememangnya
mahukan negara berubah ke arah pembentukan Kerajaan Pakatan Rakyat di
peringkat Persekutuan.

Hasil kemenangan Anwar

Sekarang ini Barisan Nasional menghadapi masalah paling
besar. Hasrat Umno untuk kekal berkuasa dengan mengekslpoitasikan isu
Melayu dan agama diketepikan rakyat.

Gerakan sepatutnya berfikir semula untuk meneruskan hasrat keluar BN.
MCA yang terbahagi kepada dua pendapat, semakin cenderung meninggalkan
BN

Kedudukan Perdana Menteri, Dato’ Seri Abdullah Ahmad Badawi
terumbang ambing, Dato’ Seri Mohd Najib Tun Razak hampir pasti tidak
berpeluang menjadi PM. Parti Umno yang sedang menghadapi mesyuarat
bahagian dan pemilihan Majlis Tertinggi sekarang semakin hampir
terkubur.

Tun Dr Mahathir Mohamad mungkin memikirkan secara serius untuk
berhijrah keluar negara, manakala Khairy Jamaluddin Abu Bakar, Mohamed
Ezam Md Nor dan para kroni mereka harus bersedia menelan segala muntah
dan sumpah seranah yang dihamburkan kepada Dato’ Seri Anwar Ibrahim.

Ada seorang lagi pembelit besar yang tiba-tiba menyerang Anwar
tanpa memikir risiko yang bakal menimpanya. Dato’ S. Nallakaruppan. Adeii Nalla..yenge poringge..? (Mana lu mau pergi). Mana lu mau taruk lu punya muka sekarang!

Hari ini pemimpin-pemimpin utama Umno/ BN terpaksa berhadapan secara ‘live’ dengan Anwar dan rakan-rakan dalam Pakatan Rakyat.

Sejak dari PRU 8 Mac lepas, laluan mereka di Parlimen tidak lagi mudah. Mereka semakin sukar sekarang ini.

Mulai hari ini, usaha membentuk Kerajaan Pakatan Rakyat semakin hampir.
Itulah kehendak rakyat sebenarnya. Insya-Allah, Anwar mampu melakukan!
– mks.

Detik mula perubahan ke arah kerajaan baru 16 September





Anwar angkat sumpah MP esok

27 08 2008
Anwar angkat sumpah MP esok
Aug 27, 08 12:21pm

kemaskini 7:25pm
Yang Dipertua Dewan Rakyat Tan Sri Pandikar Amin Mulia mengumumkan
bahawa Datuk Seri Anwar Ibrahim, ahli parlimen baru Permatang Pauh,
akan mengangkat sumpah esok.

Beliau mengesahkan telah menerima
surat daripada Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) pagi ini berhubung
keputusan pilihanraya kecil itu yang memihak kepada penasihat PKR.

anwar ibrahim pc 120508 03Pandikar Amin menambah, Anwar telah dimaklumkan tentang majlis mengangkat sumpah pagi esok.

Anwar
kembali ke dewan yang mulia itu selepas 10 tahun apabila meraih
kemenangan besar malam tadi dengan menewaskan calon BN Datuk Arif Shah
Omar Shah sebanyak 15,671 undi.

Mantan menteri kewangan itu,
akan terus dilantik sebagai ketua pembangkang selepas mengangkat
sumpah, berdepan dengan rakan kabinet lamanya Datuk Seri Abdullah Ahmad
Badawi dalam pembentangan Bajet 2009, Jumaat.

Ketua Whip PKR,
Mohd Azmin Ali dilaporkan berkata surat memaklumkan kesepakatan PAS dan
DAP melantik Anwar Anwar mengetuai ahli-ahli parlimen Pakatan Rakyat
kepada yang dipertua dewan 4 petang tadi.

Kemunculan bekas
timbalan perdana menteri ini paling dinanti-nantikan oleh banyak pihak,
khususnya selepas ura-uranya merancang pembentukan kerajaan baru
menjelang 16 September ini.

Lebih ramai pelawat termasuk bukan
penyokong PKR dijangka ke bangunan Parlimen esok untuk mengikuti secara
dekat langkah pertama Anwar ke Dewan Rakyat.

Permulaan sesi
sidang dewan ke-12 selepas pilihanraya umum Mac lalu menyaksikan
kunjungan pelbagai pihak, termasuk aktivis dan penulis blog, apabila
buat pertama kali pembangkang mempunyai 82 ahli parlimen.

Mengulas
kehadiran orang ramai, Pandikar Amin dilaporkan berkata keselamatan
bangunan itu tidak akan diperketatkan dan “macam biasa.”

Menteri
Dalam Negeri Datuk Seri Syed Hamid Albar memberi jaminan tidak ada
tambahan anggota polis atau sekatan jalan raya bagi menghadapi situasi
itu.





Tuan Guru Nik Aziz tegaskan sumpah Saiful cara Kristian

17 08 2008

Tuan Guru Nik Aziz tegaskan sumpah Saiful cara Kristian
Dilulus terbit pada Sunday, August 17 @ 12:34:06 MYT oleh SongkokPutih

Artikel Oleh Mohd Rashidi Hassan

IPOH, 17 Ogos (Hrkh) – Mursyidul Am PAS, Tuan Guru Dato’ Nik Aziz Nik Mat menafikan laporan yang dipaparkan dalam akhbar arus perdana hari ini, bahawa Saiful Bukhari Azlan bersumpah dengan cara Islam.

Dalam sidang media sempena Muktamar PAS di Stadium Indera Mulia dekat sini, Ustaz Nik Aziz menegaskan, sumpah menggunakan al-Quran bercanggah dengan Islam.

Katanya, apa yang dibuat Saiful dua hari lepas, menyamai apa yang dilakukan oleh orang-orang Kristian yang bersumpah menggunakan Bible.

Tegasnya, Islam hanya menerima sumpah dengan menyebut Wallahi, Wabillahi, Watallahi.

Menteri Besar Kelantan itu juga menempelak Umno yang mempercayai bersumpah dengan cara menggunakan al-Quran.

Katanya, sumpah juga tidak perlu dibuat dalam masjid kerana ianya sama seperti ajaran Kristian yang bersumpah di gereja.

Katanya, orang Islam tidak perlu bersumpah di masjid, sebaliknya boleh bersumpah di mana-mana sahaja asalkan ianya sumpah yang menepati Islam.

Beliau juga hairan mengapa Umno menerima sumpah Saiful dan terikut-ikut dengan amalan agama yang bercanggah dengan Islam.

Ustaz Nik Aziz juga mempertikaikan motif sebenar Saiful bersumpah menjelang hari penamaan calon Permatang Pauh, yang katanya mempunyai maksud yang tersirat.

Beliau amat berharap pengundi-pengundi Melayu yang beragama Islam tidak terpengaruh dengan propaganda media yang memanipulasi sumpah Saiful.

“Saya berdoa dan berharap Dato’ Seri Anwar diberikan kemenangan,” ujarnya





Obama Apa Harapan Keamanan

26 07 2008

War & Jihad Swaramuslim

Obama Sulit Bersikap Adil terhadap Palestina

Katagori : Laporan
Oleh : Redaksi 24 Jul, 08 – 4:30 pm


Obama Pertegas Loyalitas pada Israel

Keraguan
umat Islam terhadap Calon Presiden AS Barack Obama dapat menyelesaikan
masalah Palestina secara adil dan menyeluruh semakin terbukti, apalagi
berharap Obama akan mampu menghentikan kekejaman tentara Israel
terhadap bangsa Palestina, menjadi suatu hal hampir mustahil.

Menurut laporan koresponden Al Jazeera di Ramallah, kunjungannya ke
Israel dan Palestina yang dimulai Rabu (23/7) dijadwalkan akan
berlangsung selama 36 jam. Sekitar 35 jam dialokasikan untuk pertemuan
dengan sejumlah petinggi Israel, seperti PM Ehud Olmert, Menhan Ehud
Barak, Presiden Shimon Perez, Benyamin Netanyahu serta pertemuan dengan
komunitas yahudi, disamping mengunjungi Museum Holocaust dan Tembok
Ratapan.

Sementara, hanya sekitar 40 menit saja dialokasikan dari waktu
kunjungannya untuk bertemu dengan pemimpin Palestina. Itupun hanya
Presiden Mahmoud Abbas dan PM Salam Fayedh di Ramallah. Sementara para
pemimpin Palestina dari Hamas tidak ada dalam agenda kunjungannya,
karena dianggap sebagai pemimpin kelompok teroris.

Koresponden Al Jazeera, mengatakan Obama diperkirakan tidak akan
mengeluarkan statemen penting terkait dengan Palestina, namun yang
lebih ia fokuskan adalah masalah perlunya dilakukan pencegahan agar
Iran tidak memiliki rudal-rudal yang mampu mengancam keamanan Israel.

Obama bahkan secara terbuka ketika menanggapi ledakan bom di Jerusalem
pada Selasa (22/7) mengatakan bahwa AS mendukung Israel. “AS akan tetap
mendukung Israel dalam perangnya melawan terorisme dan haknya untuk
mempertahankan diri dari aksi-aksi teror,” ujarnya.

Obama
juga mengikuti tradisi politik AS yakni akan selalu tunduk kepada
Yahudi dan siap membela negara Zionis Israel. New York Sun Editorial di
awal tahun 2008 ini mengungkap bagaimana sikap Obama terhadap Israel.

“Saya memiliki komitmen yang jelas dan kuat atas keamanan Israel sekutu
terkuat kita di wilayah itu dan satu-satunya di wilayah itu negara
dengan demokrasi yang mapan. Dan itu akan menjadi titik awal saya,”
ujarnya.

Obama juga mengatakan jika dia menjadi presiden Amerika maka negaranya
akan membantu Israel. Hal ini dikatakan Obama kepada Dewan Demokrasi
Yahudi Nasional (The National Jewish Democratic Council/NDJT) bulan
Februari 2007.

“Mereka yang telah bekerja dengan saya di Chicago pada Dewan dan
sekarang ada di Senat AS akan menyaksikan bahwa saya bukan cuma omong
besar, saya akan melakukan apapun jika menyangkut keamanan Israel. Saya
pikir ini hal yang fundamental. Saya kira ini menyangkut kepentingan AS
kerena hubungan kami yang istimewa, karena Israel tidak hanya telah
membangun demokrasi di wilayah itu tapi juga merupakan sekutu terdekat
dan loyal kepada kita,” kata Obama lagi.

Kandidat Presiden dari Partai Demokrat ini mengatakan dia akan
melakukan apapun semampunya untuk menjamin keamanan Israel dan
melindungi hubungan yang ada antara Amerika Serikat dan Israel. “Saya
berjanji kepada Anda bahwa saya akan melakukan apapun yang saya bisa
dalam kapasitas apapun untuk tidak hanya menjamin keamanan Israel tapi
juga menjamin bahwa rakyat Israel bisa maju dan makmur dan mewujudkan
banyak mimpi yang dibuat 60 tahun lalu,” kata Obama dalam sebuah acara
yang disponsori oleh Kedutaan Besar Israel di Washington untuk
menghormati hari jadi negara Israel yang ke-60. Dia diperkenalkan oleh
duta besar Israel kepada AS, Sallai Meridor

Sikapnya terhadap Hamas juga tidak berbeda dengan presiden Bush. “Saya
sudah mengatakan bahwa mereka adalah organisasi teroris, yang tidak
boleh kita ajak negosiasi kecuali jika mereka mengakui Israel,
meninggalkan kekerasan, dan kecuali mereka mau diam oleh perjanjian
sebelumnya antara Palestina dan Israel,” tandasnya.

Walhasil, umat Islam tidak perlu berharap Obama akan bersikap lebih
adil kepada umat Islam terutama kaum muslim Palestina. Tidak perlu juga
berharap Obama akan menghentikan Israel membantai umat Islam di
Palestina, karena sikap politik AS sudah jelas, siapapun yang menjadi
presiden AS tetap mendukung kepentingan Yahudi dan menjamin keamanan
negara Israel. [syarif/alj/www.suara-islam.com]

U.S. Democratic presidential contender Sen. Barack Obama, D-Ill., ...U.S. Democratic presidential contender Sen. Barack Obama, D-Ill., ...U.S. Democratic presidential contender Sen. Barack Obama, D-Ill., ...US Democratic presidential candidate Senator Barack Obama (D-IL) ...
Yahoo Foto

Obama Pertegas Loyalitas pada Israel
Capres
AS dari Partai Demokrat, Barack Obama mengakhiri kunjungannya di
Palestina dan Israel. Dalam jumpa persnya setelah berkunjung ke
pemukiman Yahudi Sdreot, Selatan Israel pada Kamis (24/7), Barrack
Obama kembali menunjukan loyalitas dan kesetiaannya terhadap negara
zionis Israel. Dalam jumpa pers tersebut, dia mengatakan jika dirinya
terpilih menjadi presiden AS, akan tetap mendukung Jerusalem sebagai
ibukota abadi bagi Israel. Obama juga berjanji akan memberi dukungan
yang kuat bagi eksistensi dan keamanan Israel.

Obama akan tetap mengikuti kebijakan politik para pendahulunya yang
tidak mengakui eksistensi HAMAS dan dia tidak mau berunding dengan
kelompok perlawanan Palestina ini. “Sulit bagi Israel untuk berunding
dengan sekelompok orang yang tidak mau mengakui eksistensi Israel,”
kata Obama dalam jumpa pers tersebut. “Hamas bukan representasi dari
rakyat Palestina,” imbuhnya.

Obama juga menyempatkan diri untuk mengunjungi museum korban Holocoust
di Jerusalem. Dalam kesempatan tersebut, Obama meletakan karangan bunga
sebagai ungkapan belasungkawa terhadap para korban.

Berbeda ketika bertemu dengan para pemimpin Palestina, Barrack Obama
tidak memberikan pernyataan pers apapun setelah bertemu Presiden
Palestina, Mahmoud Abbas dan PM Salem Fayyad di Ramallah. Namun Jubir
Kepresidenan Palestina, Nabel Abu Redenah mengatakan bahwa Obama dalam
pembicaraan itu hanya berjanji bahwa jika dirinya terpilih menjadi
Presiden, maka akan berupaya secara maksimal untuk menggerakan proses
perdamaian Palestina- Israel.

Menanggapi berbagai statemen Obama tersebut, Juru bicara HAMAS, Dr.
Samy Abu Zuhri menyatakan statemen Obama merupakan bukti bahwa
kebijakan politik AS terkait masalah Palestina tidak akan ada perubahan
dan selalu memihak Israel. HAMAS juga memprotes Obama yang dinilai
mengesampingkan hak-hak dasar bangsa Palestina untuk melakukan
perlawanan

Hal senada juga disampaikan seorang pemimpin HAMAS, Ismail Ridwan yang
mengatakan Obama melakukan standar ganda dalam menyikapi masalah
Palestina. Menurutnya, pernyataan Obama menunjukan sikap politik AS
akan tetap memihak Israel dan mengesampingkan hak-hak rakyat Palestina.
[syarif/alj/www.suara-islam.com]

Barack Obama at the Wailing WallSenator Barack Obama walks into the Hall of Remembrance at Yad Vashem Holocaust memorialBarack Obama rekindles the eternal flame in the Hall of Remebrance at the Yad Vashem Holocaust Memorial in Jerusalem
Obama Mengunjung Wailing Wall (Tembok Ratapan)





Mubahalah

10 07 2008

Mubahalah

Al-Mubahalah
bermaksud al-Mula’anah (saling melaknat), iaitu dua pihak yang
bertelagah masing-masing berdoa kepada Allah dengan sungguh-sungguh
agar Allah menurunkan laknat ke atas pihak yang berbohong atau
berdusta di antara mereka berdua. Contoh Mubahalah ialah dengan
masing-masing berdoa; “Ya Allah! Laknatkanlah orang yang berdusta
di antara kami berdua dalam masalah antara kami ini”.

Pensyari’atan
Mubahalah disebut di dalam ayat Allah;


فَمَنْ
حَآجَّكَ فِيهِ مِن بَعْدِ مَا جَاءكَ
مِنَ الْعِلْمِ فَقُلْ تَعَالَوْاْ
نَدْعُ أَبْنَاءنَا وَأَبْنَاءكُمْ
وَنِسَاءنَا وَنِسَاءكُمْ وَأَنفُسَنَا
وأَنفُسَكُمْ ثُمَّ نَبْتَهِلْ فَنَجْعَل
لَّعْنَةُ اللّهِ عَلَى الْكَاذِبِينَ

Sesiapa
membantahmu dalam hal itu (wahai Muhammad) selepas datang kepadamu
ilmu, maka katakanlah kepadanya; ‘Marilah! kita ajak anak-anak kami
dan anak-anak kamu, isteri-isteri kami dan isteri-isteri kamu, kami
sendiri dan kamu juga, kemudian kita bermubahalah (yakni saling
berdoa bersungguh-sunguh) agar Allah menimpakan laknatNya ke atas
orang-orang berdusta” (Ali Imran; 61).

Menurut ulamak
Tafsir; sebab turun ayat di atas dan ayat-ayat sebelumnya dari awal
surah Ali Imran ialah rombongan orang-orang Nasrani dari Najran yang
datang ke Madinah, lalu berhujjah dengan Nabi s.a.w. tentang Nabi Isa
a.s. di mana mereka mendakwa beliau adalah jelmaan Tuhan atau anak
Tuhan. Lalu hujjah-hujjah mereka dipatahkan oleh Nabi s.a.w. dengan
mengemukakan penjelasan Allah tentang Nabi Isa a.s. dalam surah Ali
Imran, antaranya firman Allah (bermaksud); “Sesungguhnya
perumpamaan (penciptaan) Isa bagi Allah sama seperti penciptaan Adam.
Dia menciptakannya dari tanah, kemudian Dia berkata kepadanya;
‘Jadilah’, maka ia pun jadi” (Ali Imran; 59). Walaupun telah
dibentangkan hujjah-hujjah yang kukuh, mereka tetap berkeras dengan
kepercayaan mereka. Akhirnya, Allah menurunkan ayat memerintahkan
Nabi Muhammad mengajak mereka bermubahalah iaitu dengan firmanNya di
atas (yakni ayat 61 dari surah Ali Imran di atas). Tatkala diajak
untuk bermubahalah oleh Nabi s.a.w., mereka meminta tangguh beberapa
hari untuk bermesyuarat sesama mereka. Di kalangan mereka ada seorang
alim Nasrani bernama ‘Abdul-Masih. Mereka bertanya pandangannya. Ia
menjawab; “Demi Allah, wahai kaum Nasrani. Kamu sekelian mengetahui
bahawa Muhammad itu memang benar seorang Nabi yang diutuskan. Ia
datang kepada kamu dengan membawa kata pemutus bagi urusan sahabat
kamu (yakni Isa a.s.). Kamu juga mengetahui bahawa tidak ada kaum
yang melaknat Nabi mereka melainkan Allah akan memusnahkan mereka
hingga ke akar umbi sama ada yang dewasa atau yang masih kecil…”.
Akhirnya mereka menolak untuk bermubahalah dan memilih untuk berdamai
dengan Nabi dan membayar jizyah. (Rujuk kisah ini dalam Tafsir Ibnu
Kathir).

Dari ayat di atas disimpulkan bahawa harus berhujjah
untuk menegakkan urusan agama, dan sesiapa menentang dan menolak
sesuatu dari Syari’at harus kita bermubahalah dengannya sebagaimana
mengikuti perintah Allah kepada Nabi Muhammad s.a.w.. (Tafsir
al-Qasimi).

Menurut Imam Ibnul-Qayyim dalam Zadul-Ma’ad;
Menjadi Sunnah dalam perdebatan dengan golongan kebatilan apabila
telah ditegakkan hujjah Allah terhadap mereka, lalu mereka masih
enggan kembali (kepada kebenaran) sebaliknya tetap berdegil untuk
menentang (kebenaran), hendaklah mereka diajak untuk bermubahalah.
Mubahalah itu telah diperintahkan Allah kepada NabiNya dan Allah
tidak berkata; “Mubahalah itu khusus untuk kamu sahaja, tidak harus
bagi umat kamu”. (Zadul-Ma’ad, 3/643)

Ada di kalangan
ulamak menegaskan; tidak harus bermubahalah melainkan dalam urusan
yang penting – mengikut Syarak- yang berlaku padanya kesamaran dan
pertentangan yang sukar diselesaikan kecual dengan bermubahalah.
Disyaratkan terlebih dahulu bagi urusan itu ditegakkan hujjah,
dilakukan usaha untuk menghilangkan kekeliruan serta diberikan
nasihat dan ancaman (kepada orang yang terlibat). Apabila segalanya
tidak mendatangkan manfaat, maka barulah digunakan mubahalah sebagai
cara terakhir yang terpaksa dilakukan (yakni darurat). (Tafsir
al-Qasimi).

Najran
dan peristiwa Mubahalah:

Di
semenanjung tanah Arab, Najran adalah wilayah yang paling penting
bagi orang-orang Nasrani, terletak bersempadan dengan dengan Yaman
dan Hijaz, sebuah daerah pertanian yang subur, terkenal dengan
perusahaan menenun sutera, pembikinan senjata dan barangan kulit.
Bumi ini adalah laluan pendagang yang terdekat mengarah ke hirah,
melahirkan banyak penyair yang terkemuka. Penduduk Najran sewaktu
ketika dahulu sebelum beragama Nasara mereka adalah penganut-penganut
agama orang-orang Arab. Di bumi inilah berlaku peristiwa pembakaran
beramai-ramai ‘Ashab Ul-Ukhdud’ yang diceritakan Al-Quran.

Kaum
Nasrani berjaya mengekalkan kekuasaan meraka di Najran selepas
menumpaskan Zu Nuwwas dari kaum Yahudi yang telah menyerang bumi
tersebutdan kejayaan ini membawa penguasaan mereka di selatan Habsyah
dan di utara Rom. Inilah detik-detik kaum Nasrani Najran berada di
puncak keangkuhan mereka sebagaimana keangkuhan kaum Yahudi
sebelumnya. Mereka telah membina sebuah Ka’abah di Najran di
sebabkan kedengkian mereka terhadap Ka’abah di Makkah. Yaqut telah
menyebutkannya di dalam ‘Mu’jam Ul-Buldan’ (Jilid 8 : muka
surat 264):

Dan
Ka’abah Najran ini dikatakan telah dibina oleh Banu Abdul Madan bin
Ad-Diyan Al-Harisi mengikut bentuk binaan Ka’abah, mereka memulia
dan mengagung Ka’abah tersebut serta menamakannya ‘Ka’abah
Najran’ di dalamnya para asaqifah beribadat.

Penguruasan
‘Ka’abah Najran’ dibahagikan kepada tiga jabatan yang
dipertanggungjawabkan kepada tiga orang. Jabatan yang mengurus urusan
luar mengurus luar mengenai hubungan di antara qabilah dengan mereka
sebagaimana yang kita namakan pada hari ini kementerian luar
disandang oleh ‘As-Sayyid’ yang namanya ialah ‘wahab’, di
mana ia merangkap sebagai pemimpin di dalam peperangan yang kita
namakan menteri peperangan atau menteri pertahanan. Jabatan yang
mengurus urusan dalaman yang kita namakan pada hari ini kita namakan
kementerian dalam negeri yang di sandang oleh ‘Al-‘Aqib’ yang
namanya adalah ‘Abul Maseh’, jabatan yang mengurus urusan
keagamaan yang kita namakan pada hari ini menteri agama yang
disandang oleh ‘Al-Usquf’ yang namanya adalah ‘Abu Marisah’.

Kaum
Nasrani Najran telah mengutus ketiga-tiga mereka bertemu Rasulullah
s.a.w.a. dan baginda telah berhasrat untuk bermubahalah dengan
mereka, tetapi mereka telah memohon perdamaian dengan baginda,
walaubagaimanapun Rasulullah telah menulis sepucuk surat kepada
mereka dengan mengenakan beberapa syarat. Selepas Abu bakar
menyandang jawatan khalifah dihapuskan yang demikian itu, ketika umar
mengambil alih jawatan tersebut, beliau telah memuliakan mereka dan
membeli harta mereka.

Sebab
Berlaku Peristiwa Mubahalah


Allah SWT memerintahkan kepada Nabi Muhammad bila masih ada orang
yang membantah kebenaran berita tentang kejadian Isa, sesudah
mendapat penjelasan hendaklah mereka diajak bermubahalah untuk
membuktikan siapa yang benar dan berdoa supaya Allah SWT menjatuhkan
laknat-Nya kepada orang yang berdusta. Mubahalah ini sebagai
pencerminan dari kebenaran kepercayaan itu.
Allah SWT
memerintahkan kepada Nabi Muhammad saw, agar mengundang keluarga
masing-masing baik dari pihaknya maupun dari pihak mereka, yang
terdiri dari anak-anak dan isteri, untuk mengadakan mubahalah ini.

Di dalam ayat disebutkan lebih dahulu isteri dan anak-anak nabi
dalam mubahalah, karena seseorang lebih mengkhawatirkan diri
keluarganya dari pada dirinya sendiri. Hal ini mengandung pengertian
bahwa Nabi Muhammad saw, telah percaya dengan penuh keyakinan bahwa
bencana yang tidak dikehendaki, sebagai akibat dari muhabalah itu
tidak akan menimpa keluarganya dan dirinya. Kemudian ayat ini yang
dikenal sebagai ayat mubahalah.
Mengenai terjadinya ajakan
mubahlah tersebut telah diriwayatkan melalui berbagai macam sumber,
bahwa Nabi Muhammad saw, telah mengajak orang-orang Nasrani dari suku
Najran untuk mengadakan mubahalah, tetapi mereka menolak.


Imam
Bukhari dan Imam Muslim juga telah meriwayatkan sebuah hadis bahwa Al
‘Aqib dan As Sayid mengunjungi Rasulullah saw. Kemudian beliau
berkeinginan untuk mengadakan mubahalah dengan mereka. Maka salah
seorang di antara mereka berkata kepada kaumnya: “Janganlah kamu
bermuhabalah dengan dia. Demi Allah apabila ia betul-betul seorang
Nabi lalu dia bemubahalah dengan kita, niscaya kita tidak akan
berbahagla selamanya, dan tidak akan ada generasi yang akan
melanjutkan keturunaan kita. Kemudian mereka berkata kepada Nabi saw:
“Kami akan memberikan apa yang engkau minta sebab itu utuslah
kepada kami seorang laki-laki yang terpercaya” Kemudian Nabi saw
bersabda: “Berdirilah hai, Aba Ubaidah”, maka setelah ia
berdiri Nabipun bersabda: “Inilah orang yang terpercaya
dikalangan umat ini” .


Abu
Nu’aim meriwayatkan pula sebuah hadis dari Ibnu ‘Abbas dalam kitab Ad
Dalail melalui sanad dari Ata’dan Ad Dahak dari lbnu Abbas bahwasanya
delapan orang Nasrani dan penduduk Najran mendatangi Rasulullah saw
Di antara mereka terdapat ‘Aqib dan As Sayid. Kemudian Allah SWT
menurunkan ayat ini. Lalu mereka berkata: “Beri tangguhlah kami
tiga hari”. Lalu mereka pergi kepada Bani Quraizah, Bani Nadir
dan Bani Qainuqa’ dari kalangan orang-orang Yahudi. Kemudian mereka
memberi isyarat untuk berdamai saja dan tidak mengadakan mubahalah
dengan Nabi. Kemudian mereka berkata: “Dia adalah nabi yang
telah diberitakan kedatangannya di dalam kitab Taurat”. LaIu
mereka mengadakan perdamaian dengan Nabi saw dengan perjanjian
membayar 1.000 potong pakaian pada bulan Safar dan 1.000 potong lagi
disertai sejumlah uang pada bulan Rajab.
Dan diriwayatkan bahwa
Nabi Muhammad saw, telah mengajukan Ali, Fatimah dan kedua putra
mereka, Hasan dan Husain selain diri beliau sendiri, untuk
bermuhabalah dan Nabipun keluar bersama-sama mereka seraya bersabda:
“Apabila saya berdoa hendaklak kamu membaca, Amin”.

Tafsir
al-Zamakhsyari

Diriwayatkan
bahawa apabila mereka (kaum Nasrani dari Najran) diajak (oleh
Rasulullah) untuk ber
mubahalah,
mereka
berkata: “Kami akan pulang dan kami akan membuat keputusannya.”
Manakala mereka pergi, mereka berkata kepada ‘Aqib, seorang yang
pintar di kalangan mereka: “Wahai hamba al-Masih apa pandangan
anda?” Dia menjawab: “Demi Allah sesungguhnya kalian mengetahui
wahai kaum Nasrani, bahawa sesungguhnya Muhammad adalah seorang Nabi
yang diutuskan. Dia telah mendatangi kalian dengan keterangan
daripada Tuhan kalian. Demi Allah tidak ada satu kaum pun (yang
pernah ber
mubahalah
dengan seorang Nabi) sehingga yang kecil dan besar mereka dapat
hidup. Sekiranya kalian lakukan, nescaya kalian akan binasa. Dan
sekiranya kalian enggan ber
mubahalah
maka dia akan membiarkan agama kalian dan kalian kekal dengan agama
kalian. Lantaran itu ucaplah selamat tinggal kepada lelaki itu dan
kembalilah ke tempat kalian.”

Maka
merekapun datang kembali menemui Rasulullah
shallallahu
‘alaihi wa alihi
yang
pada ketika itu beliau sedang mendukung Husain, memegang tangan
Hasan, Fatimah berjalan di belakangnya dan ‘Ali di belakang
Fatimah. Baginda bersabda: “Tidakkah aku telah menyeru kalian, maka
berimanlah.”

Lalu
uskuf (bisyop) kaum Najran tersebut menjawab: “Wahai bangsa
Nasrani! Sesungguhnya aku sedang
melihat
kepada muka-muka mereka
,
sekiranya Allah mahu menghilangkan bukit dari tempatnya, nescaya Dia
akan menghilangkannya melalui
kemuliaan
muka-muka mereka
.
Justeru itu janganlah kalian ber
mubahalah,
nanti kalian akan binasa, dan tidak tinggal lagi seorang Nasrani pun
di bumi ini hingga di Hari Kiamat.”

Lalu
mereka berkata: Wahai Abu Qasim (gelaran kepada Nabi Muhammad), kami
fikir kami tidak akan ber
mubahalah
dengan anda sebaliknya kami mengakui anda di atas agama anda
sementara kami kekal di atas agama kami.” Nabi
shallallahu
‘alaihi wasallam

menjawab: “Sekiranya kalian enggan ber
mubalahah,
maka masuklah Islam. Ke atas kalian (hak-hak) sebagaimana di atas
mereka (Islam).”

(Lantas mereka menolaknya), kemudian
baginda bersabda: “Aku melepaskan kalian.” Mereka menjawab: “Kami
tidak mampu untuk memerangi Arab, justeru itu kami membuat perdamaian
dengan anda supaya anda tidak memerangi kami, menakut-nakutkan kami
dan memaksa kami supaya meninggalkan agama kami. Sebagai balasan kami
akan memberikan kepada anda setiap tahun dua ribu Hillah, seribu pada
bulan Safar, dan seribu pada bulan Rajab, dan tiga puluh baju besi
biasa.”

Maka
Rasulullah mengadakan perjanjian damai dengan mereka dengan
syarat-syarat tersebut. Baginda bersabda: “Demi diriku di
Tangan-Nya, sesungguhnya kebinasaan telah jelas ke atas ahli Najran
(suku kaum Nasrani tersebut). Dan sekiranya mereka ber
mubahalah,
nescaya mereka bertukar menjadi kera dan babi serta lembah ini
menjadi api membakar mereka. Allah akan melenyapkan Najran dan
penduduk-penduduknya sekali sehingga burung yang hinggap di atas
pokok.” Manakala genap setahun mereka dibinasakan (kerana tidak
menepati janji mereka).