Langkah Umno tangguh AGM jaga ‘parti, maruah dan kepanasan’

26 09 2008

Jumaat September 26, 2008

KUALA LUMPUR: Keputusan menangguhkan Perhimpunan Agung Tahunan (AGM) Umno ke Mac depan dilihat dapat meredakan sedikit masalah dan pergolakan yang wujud dalam parti itu ketika ini.

“Penangguhan ke Mac tahun depan dapat redakan keadaan yang kelihatan seperti sedikit panas dalam beberapa ketika ini,” kata Ketua Penerangan Umno, Tan Sri Muhammad Muhd. Taib ketika ditemui selepas menghadiri mesyuarat Majlis Tertinggi (MT) Umno di sini hari ini.

Katanya, ahli MT gembira dengan keputusan yang dicapai pada mesyurat kali ini kerana ia merupakan penyelesaian terbaik bagi mengatasi segala spekulasi yang timbul.

“Kami sangat gembira… ini adalah keputusan yang dibuat oleh Perdana Menteri dan Timbalan Perdana Menteri untuk selesaikan semuanya,” katanya.

Ditanya bagaimana dengan penerimaan ahli MT mengenai keputusan yang dicapai, beliau percaya keputusan itu dipersetujui sebulat suara oleh semua pihak.

“Saya fikir semua orang sokong, sokong semuanya. Sokong mengenai pelan peralihan yang Perdana Menteri cakap hari ini, sokong kekalkan tarikh mesyuarat bahagian dan juga sokong Perhimpunan Agung ditangguh ke Mac,” katanya. Baca baki entri ini »