23 10 2008

PULAU PINANG 24 Sept. – Persatuan Pengguna Pulau Pinang (CAP) menyeru agar kerajaan mengharamkan serta-merta penggunaan bahan kimia polistirena yang digunakan untuk membuat bekas makanan.

Presiden CAP, S. M. Mohamed Idris berkata, polistirena terdapat dalam dua bentuk iaitu pepejal dan cecair yang digunakan untuk membuat bekas makanan, cawan serta pinggan.

Polistirena juga, katanya, digunakan untuk membuat bekas plastik dan kertas bagi memastikan bekas makanan itu tahan lebih lama.

‘‘Kajian membuktikan bahawa polistirena merembes stirena iaitu sejenis bahan kimia dalam bekas makanan yang boleh menyebabkan kanser.

‘‘Stirena dikelaskan oleh Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) sebagai bahan karsinogen Kumpulan 2B iaitu salah satu agen penyebab kanser kepada manusia.

‘‘Penghasilan polistirena ini membabitkan penggunaan benzena iaitu karsinogen manusia yang bersangkut paut dengan penyakit leukemia,” katanya pada sidang akhbar di sini hari ini.

Dalam hal ini, katanya, kerajaan harus memandang serius memandangkan bekas makanan yang mengandungi polistirena banyak digunakan oleh peniaga disebabkan harganya yang murah.

‘‘Polistirena biasanya dirujuk sebagai plastik No. 6 dan merupakan ketiga paling banyak digunakan malah penggunaannya di seluruh dunia mencecah jutaan tan setahun. Baca baki entri ini »

Advertisements