Mustafa Ali Temui Ayahanda Mursyidul Am

18 09 2008

Mustafa Ali akui faham teguran Mursyidul Am
Harakahdaily
Thu | Sep 18, 08 | 3:49:43 pm MYT

KOTA BHARU, 18 Sept (Hrkh) – Pesuruhjaya PAS Terengganu, Dato’ Mustapa Ali menjelaskan faham segala teguran Mursyidul Am, Tuan Guru Dato’ Nik Abdul Aziz Nik Mat terhadapnya baru-baru ini.
Iklan

“Jadi apa sebab Tok Guru tegur saya itu saya fahamlah. Dan selepas itu saya ambil sikap tidak jawab Tok Guru. Saya sebagai anak, Tok Guru boleh panggil saya pada bila-bila masa sahaja.

“Jadi saya terus terang apabila keluar dalam Harakah kata Tok Guru tegur saya itu sebenarnya saya sudah menghantar mesej kepada Setiausaha Politiknya, Haji Annual Bakri Haron.

“Saya kata sampaikan terima kasih saya kepada Tok Guru. Jadi rasanya ada sesuatu yang Tok Guru tegur saya dan saya sendiri rasa tidak jelas. Jadi hari ini jelaslah,” katanya kepada media selepas pertemuan dengan Menteri Kelantan di JKR 10, hari ini. Baca baki entri ini »

Advertisements




Tiada Angan-Angan Mat Jenin Dalam Politik-TG.Nik Aziz

16 09 2008

Tukar kerajaan bukan angan-angan Mat Jenin – Nik Aziz

Muhammad Yusri Amin
Tue | Sep 16, 08 | 6:22:22 pm MYT

KOTA BHARU, 16 Sept (Hrkh) – Dato’ Seri Abdullah Ahmad Badawi kata kerajaan baru karut. Manakala ada pemimpin parti lain pula sebut jangan jadi angan-angan Mat Jenin.

Mengulas perkembangan itu, Mursyidul Am PAS, Tuan Guru Dato’ Nik Abdul Aziz Nik Mat berkata, pertukaran kerajaan bukan sekadar gimik politik.

“Usaha ke arah membentuk kerajaan baru pada 16 September dengan diketuai Parti KeADILan Rakyat tidak boleh disifatkan sebagai angan-angan Mat Jenin. Baca baki entri ini »