Pemuda PAS: Gambar Anwar bukan patung

7 10 2008

Jimadie Shah Othman | Oct 7, 08 12:33pm

kemaskini 3:32pm Pemuda PAS Selangor berpendapat replika gergasi imej Datuk Seri Anwar Ibrahim di Batu Caves tidak termasuk dalam kategori patung yang diharamkan dalam ajaran Islam.

“Dalam Islam, apa-apa pun, kalau berunsur pemujaan tidak boleh. Kedua, (kalau) berhala, tidak dipuja pun tidak boleh.

“Tetapi, (replika) itu hanyalah gambar besar untuk memperingati pemimpin. (Imej) itu bukan patung. Itu hanyalah gambar besar,” kata ketua dewan itu Sallehen Mukhyi.

Mengulas kenyataan Naib Presiden Umno Datuk Seri Mohd Ali Rustam yang menyatakan replika gergasi itu menunjukkan PKR mendewa-dewakan pemimpinnya, Sallehen berkata:

poster gergasi anwar ibrahim batu caves 061008″Yang beliau (Mohd Ali ) sensitif sangat kenapa? Meletak kalungan bunga di Tugu Peringatan Negara itu pun menyalahi akidah, (hukum) itu telah diputuskan oleh Majlis Fatwa Kebangsaan, dan itu memang jelas berbentuk manusia, (perkara) itu beliau tidak sibuk pula.

Mohd Ali semalam turut menimbulkan persoalan sama ada pembinaan replika itu diterima oleh PAS sebagai rakan dalam Pakatan Rakyat.

Bercakap kepada Malaysiakini hari ini, Sallehen berkata, projek mendirikan gambar itu inisiatif penyokong Anwar sendiri dan oleh itu, sudah tentu kepimpinan tertinggi PAS tidak dimaklumkan.

“Malah saya rasa, Anwar sendiri pun tidak tahu (sebelum timbul kontroversi),” katanya.

Mengulas pandangan Mufti Perlis Dr Mohd Asri Zainul Abidin semalam yang dilaporkan berkata, gambar besar itu “membawa unsur keberhalaan dan perlu dihapuskan dengan segera”, Sallehen berkata:

“Boleh jadi mufti (Perlis) patut datang tengok sendiri (replika itu).”

Sementara itu penduduk setempat bersedia untuk merobohkannya jika kontroversi berlarutan berhubung penegakan replika gergasi itu, kata pengelola projek tersebut R Viriya.

“Saya tidak mahu isu ini menjadi besar. Kalau dikaitkan dengan isu perkauman, saya pun tidak mahu buat.

“Saya hanya mahu mengucapkan Selamat Hari Raya kepada orang Melayu dan (lagi pun) Deepavali pun sudah dekat,” katanya kepada Malaysiakini hari ini.

Deepavali akan disambut pada 27 Oktober.

Beliau mengulas kesediaan wakil rakyat PKR Batu Caves, Amiruddin Shari untuk menurunkan replika itu apabila permit kelulusannya yang dikeluarkan Majlis Perbandaran Selayang tamat tempohnya tidak lama lagi.

Viriya menambah, sebelum replika itu didirikan pada 28 September lalu, beliau pernah merujuk kepada rakan-rakannya yang berketurunan Melayu tetapi mereka menjelaskan “tidak salah” membina imej sedemikian.

Katanya lagi, beliau tidak mendapat sebarang aduan membantah daripada penduduk setempat dan hanya mengetahui kontroversi replika itu melalui media.

“Tiada teguran (daripada penduduk), hanya (pemimpin) Umno (di media) sahaja yang tegur,” katanya.

Tambahnya, yang juga timbalan pengerusi persatuan penduduk Kampung Indian Settlement di Batu Caves, projek ini asalnya usaha sekumpulan penduduk di situ.

“Projek ini kita buat sendiri, ramai yang menyumbang. (Replika) ini bukan projek persatuan penduduk,” kata Viriya.


Tindakan

Information

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s




%d bloggers like this: