Anwar kini ancaman ekonomi dan keselamatan negara

17 09 2008


PUTRAJAYA 17 Sept. — Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi berkata ketua pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim kini sudah menjadi satu ancaman kepada ekonomi dan keselamatan negara.

Perdana Menteri berkata tindak tanduk Anwar selama ini bukan sahaja menjejaskan kestabilan politik tetapi juga kestabilan ekonomi.

“Ekoran tindak tanduk Anwar itu, terdapat pengurus dana yang membuat laporan kononnya Malaysia bukan tempat yang baik untuk membuat pelaburan kerana suasana politik negara yang tidak menentu,” katanya dalam sidang akhbar di pejabatnya di sini hari ini.

Ditanya mengenai tindakan yang bakal diambil oleh kerajaan terhadap Anwar ekoran ancaman tersebut, Abdullah berkata kerajaan akan melakukan apa yang perlu.

Abdullah berkata Anwar telah banyak membuat pembohongan mengenai kedudukan ekonomi negara termasuk kononnya tiada kemasukan pelaburan asing langsung (FDI), dan negara tidak mempunyai daya saing. – BERNAMA.

Sementara Malaysiakini menyatakan Anwar sekali lagi berdepan dengan ISA

Baca baki entri ini »