2,000 sertai perarakan aman anti-ISA

28 09 2008


Kira-kira 2,000 menyertai perarakan aman di ibunegara malam ini, mendesak supaya dimansuhkan Akta Keselamatan Negeri (ISA) dan dibebaskan tahanan di bawah akta tersebut.

anti isa dataran merdeka 270908 01Pada mulanya, dua kumpulan – Barisan Bertindak Hak Hindu (HIndraf) dan gabungan NGO yang diketuai oleh Pakatan Penulis untuk Kebebasan Media (Wami) – merancang untuk mengadakan majlis memasang lilin di Dataran Merdeka pada kira-kira jam7.30 malam.

Apabila polis mengawal Dataran Merdeka, kumpulan Hindraf yang berjumlah kira-kira 500 orang, berarak menuju ke kuil yang terletak di depan pusat perhentian bas Puduraya kira-kira 1 km dari situ.

anti isa dataran merdeka 270908 raja petra fansKetika berarak ke sana, orang ramai turut menyertai mereka dan jumlahnya kemudian bertambah mencecah kira-kira 2,000 orang, dengan ramai yang membawa lilin.

Satu lagi kumpulan, yang berarak sambil membawa tanglung, kemudiannya turut menyertai kumpulah Hindraf tersebut. Baca baki entri ini »





Rumah ibu bapa dilontar bom petrol, Teresa dakwa usaha takutkan beliau

27 09 2008

TERESA Kok menunjukan nota ugutan dan contoh bom petrol yang dilontar di kediaman ibu bapanya di Jalan Ipoh di sini, selepas mengadakan sidang media mengenai insiden itu hari ini. Bagaimanapun kejadian kira-kira 2.55 pagi tadi tidak mencederakan penghuni rumah itu kerana bom petrol itu tidak meletup. -fotoBERNAMA

KUALA LUMPUR: Ahli Parlimen Seputeh, Teresa Kok mengganggap kejadian membaling bom molotov cocktail di rumah ibu bapanya di Jalan Ipoh di sini awal pagi tadi bertujuan untuk menakut-nakutkan dirinya dan menghalangnya daripada menjalankan tugasnya sebagai wakil rakyat.

“Mungkin tindakan ini berpunca dari perasaan dendam terhadap saya dan keluarga selepas media dan blog tertentu menghina dan menggambarkan saya sebagai anti-Melayu, anti-Islam dan bersifat perkauman, dengan mereka-reka cerita yang palsu, sebelum dan selepas saya ditahan di bawah akta ISA,” katanya.

Teresa ditahan di bawah ISA pada pada 12 September dan dibebaskan selepas seminggu disiasat.

Laporan polis telah dibuat bagi meminta siasatan segera dijalankan, agar mereka yang terlibat dapat dibawa ke muka pengadilan, kata Teresa pada sidang media di rumah ibu bapanya di Taman Rainbow.

Sidang media itu turut dihadiri Ketua Penerangan Parti Keadilan Rakyat (PKR), Tian Chua; Penasihat DAP, Lim Kit Siang dan wakil PAS.

Teresa berkata, dengan adanya ancaman itu, beliau berharap polis dapat menjamin keselamatan beliau dan juga keluarganya yang kini jelas terancam. Baca baki entri ini »





Raja Petra ditahan 2 tahun di Kamunting

23 09 2008

PETALING JAYA: Raja Petra Kamarudin yang ditahan pada 12 September di bawah Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA) dihantar ke Pusat Tahanan Kamunting, Taiping untuk tahanan selama dua tahun.

Arahan tahanan dikeluarkan malam tadi, kata peguam-peguamnya pagi tadi.

Ia disahkan oleh Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Syed Hamid Albar.

“Sah, kerana dia mengancam keselamatan dan ketenteraman awam melalui penulisan dan blognya dengan menghina agama Islam dan Nabi Muhammad,” kata beliau ketika dihubungi mStar Online tengah hari tadi.

Ketika ditemui pemberita di Rantau Panjang hari ini, Syed Hamid berkata: “Semalam, saya telah menandatangani penahanan Raja Petra untuk dua tahun ke Kamunting setelah berpuas hati dengan alasan yang cukup untuk menahannya.”

Syed Hamid berkata, penahanan Raja Petra itu berasaskan kepada penulisannya yang mempunyai unsur menghina dan boleh membangkitkan kemarahan umat Islam.

“Oleh itu pihak polis telah mencadangkan dan membaca kertas asas dan oleh itu kita mempunyai alasan kukuh untuk terus menahan Raja Petra bagi tempoh itu,” katanya.

Bagaimanapun, beliau berkata kerajaan akan membuat kajian pertamanya iaitu tiga bulan pertama untuk melihat sikap Raja Petra ketika ditahan. Baca baki entri ini »





Anwar kini ancaman ekonomi dan keselamatan negara

17 09 2008


PUTRAJAYA 17 Sept. — Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi berkata ketua pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim kini sudah menjadi satu ancaman kepada ekonomi dan keselamatan negara.

Perdana Menteri berkata tindak tanduk Anwar selama ini bukan sahaja menjejaskan kestabilan politik tetapi juga kestabilan ekonomi.

“Ekoran tindak tanduk Anwar itu, terdapat pengurus dana yang membuat laporan kononnya Malaysia bukan tempat yang baik untuk membuat pelaburan kerana suasana politik negara yang tidak menentu,” katanya dalam sidang akhbar di pejabatnya di sini hari ini.

Ditanya mengenai tindakan yang bakal diambil oleh kerajaan terhadap Anwar ekoran ancaman tersebut, Abdullah berkata kerajaan akan melakukan apa yang perlu.

Abdullah berkata Anwar telah banyak membuat pembohongan mengenai kedudukan ekonomi negara termasuk kononnya tiada kemasukan pelaburan asing langsung (FDI), dan negara tidak mempunyai daya saing. – BERNAMA.

Sementara Malaysiakini menyatakan Anwar sekali lagi berdepan dengan ISA

Baca baki entri ini »





Mubarak Ramadhan-Hapuskan I.S.A

15 09 2008

Perhatikan wajah2 tak berdosa ini. Apakah pernah kita berfikir?

Setelah hampir dua jam tersesat di sekitar bandar Klang, krew Harakah akhirnya tiba ke destinasi yang dihajatkan. Ketibaan kami disambut tuan rumah, Dayang Hamid, 35 tahun yang memegang status ‘ibu tertinggal’ angkara ISA sejak dua tahun lalu.

Biarpun pertama kali bersua, sifat ramah mesranya menjadikan pertemuan itu sungguh harmoni. Tanpa sebarang perabot indah, apatah lagi mewah, Dayang kelihatan cukup tabah dan tenang membesarkan lima anaknya di rumah kecil yang disewanya RM 400 sebulan. Baca baki entri ini »





Usah guna ISA terhadap orang awam, mahu bincang dengan PM – Zaid

14 09 2008

14-09-2008 11:06:48 PM

(Dikemas kini) KOTA BAHARU: Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA) tidak harus digunakan terhadap orang awam seperti wartawan dan ahli-ahli politik, kata Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Zaid Ibrahim (gambar).

Menteri yang bertanggungjawab berkaitan soal perundangan dan kehakiman itu berkata, akta tersebut seharusnya hanya digunakan terhadap pengganas ataupun ke atas mereka yang cuba menggulingkan kerajaan menerusi kekerasan.

Kata beliau, sudah tiba masa bagi kerajaan Persekutuan kembali kepada matlamat asal penggubalan ISA, yang digubal untuk mengawal komunis, ataupun pada hari ini untuk menangani pengganas ataupun mereka yang hendak menggulingkan kerajaan menggunakan kekerasan.

“Saya tidak meminta supaya ISA dimansuhkan tetapi hanya menggunakannya apabila wujud ancaman ke atas keselamatan negara seperti pengganas dan bukan orang awam,” kata beliau kepada wartawan di rumahnya di sini hari ini. Baca baki entri ini »





Keadaan terjamin, tiada tangkapan baru ISA – Syed Hamid

13 09 2008

Keadaan terjamin, tiada tangkapan baru ISA – Syed Hamid
13-09-2008 08:55:05 PM
Oleh ZANARIAH ABD MUTALIB

Syed Hamid AlBar

Syed Hamid AlBar

TUMPUAN… Datuk Seri Syed Hamid Albar pada sidang media di Ibu Pejabat Polis Bukit Aman, Kuala Lumpur petang tadi bagi mengesahkan pembebasan Tan Hoon Cheng, wartawan Sin Chew Daily yang ditahan di bawah Akta Keselamatan Dalam Negeri . Tan, 33, yang dihantar ke Ibu Pejabat Polis Bukit Aman pagi tadi, dibebaskan pada kira-kira 2.30 petang. Tan ditahan polis Bukit Aman di rumahnya di Alma, Bukit Mertajam malam tadi untuk membantu siasatan berhubung laporannya mengenai ucapan bekas Ketua Umno Bahagian Bukit Bendera, Datuk Ahmad Ismail yang mencetuskan isu perkauman. –fotoBERNAMA

KUALA LUMPUR: Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Syed Hamid Albar berkata, mengambil kira keadaan semasa, pihak berkuasa tidak membuat penahanan lain di bawah Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA).

“Kita dah buat tangkapan dan setakat ini, tiada lagi tangkapan lain yang akan dibuat,” kata beliau pada sidang media di Bukit Aman petang ini. Baca baki entri ini »