Tenang sebelum ditembak

2 11 2008
IBU Amrozi, Tariyem duduk dalam rumahnya di Lamongan, Jawa Timur semalam.

IBU Amrozi, Tariyem duduk dalam rumahnya di Lamongan, Jawa Timur semalam.

TENGGULUN – Tiga pengebom Bali, Amrozi, Mukhlas dan Imam Samudera kelihatan tenang ketika mereka berada dalam bilik sebuah penjara semasa menanti hukuman tembak dilaksanakan, kata satu sumber semalam.

Sumber itu menyatakan ketiga-tiga mereka membaca al-Quran dalam sebuah penjara di Nusakambangan yang terletak di selatan Pulau Jawa dan dikenali sebagai ‘Alcatraz Indonesia.’

Menurut sumber itu, Mukhlas memberitahunya: “Saya mahu ia berlaku dengan segera (hukuman tembak).

“Saya mahu menemui bidadari.”

Seorang lagi pengebom yang juga saudara Mukhlas, Amrozi yang digelar sebagai pembunuh yang suka melemparkan senyuman berkata sambil ketawa: “Saya bersedia pada bila-bila masa.”

Ketiga-tiga pengebom Bali itu sudah menerima surat pemberitahun berhubung hukuman mati ke atas mereka pada pukul 9 malam waktu tempatan kelmarin.

Ketiga-tiga mereka akan ditembak mati dalam tempoh 72 jam selepas menerima notis pelaksanaan hukuman itu.Mereka dihukum mati ditembak selepas didapati bersalah terlibat dalam serangan bom di dua buah kelab malam di Kuta, Bali pada Oktober 2002 dengan mengakibatkan 202 orang terbunuh, kebanyakannya pelancong Australia.

Kelmarin, ketiga-tiga mereka dibenarkan untuk bersolat Jumaat di sebuah masjid dalam penjara itu bersama banduan lain.

(Dari atas ikut arah jam) Mukhlas, Amrozi dan Samudra.

(Dari atas ikut arah jam) Mukhlas, Amrozi dan Samudra.

Imam masjid itu, Hasan Makarim berkata, beliau melihat ketiga-tiga pengebom itu kelihatan tenang tetapi tidak berbual dengannya.

Persediaan untuk menghadapi hukuman mati itu juga sudah dilakukan oleh pihak berkuasa manakala lokasi pengebumian jenazah Mukhlas dan Amrozi turut disediakan di sebelah kubur bapa mereka, Nur Hasyhim di Tenggulun. – Agensi


Tindakan

Information

2 responses

10 11 2008
tong kiat lee

Ibu!,Rahim mu amat berharga.Jika kau bisa lahirkanlah seribu Amrozi..

20 11 2008
marda

assalammualaikum innalilahiwainnalilahi roziunnn>>>>> kami segenap terut berduka>>>pada keluarga AMROZI…….. ibu! lahirkanlah 2000 amrozi lagi agar negara ini terhindar dari manusia2 terkutuk!

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s




%d bloggers like this: