Guan Eng Pula Kunjungi Tok Guru – Penubuhan Kerajaan Pakatan Rakyat pada Aidil Adha?

17 10 2008

Ditulis oleh SM Noor & WanKay
Friday, 17 October 2008
Marang – Dalam tempoh dua minggu selepas ayahnya Penasihat Parti Tindakan Demokratik (DAP) Lim Kit Siang mengunjungi Presiden PAS Dato’ Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang, anaknya Setiausaha DAP Lim Guan Eng membuat kunjungan hormat ke rumah Tok Guru

“Kunjungan (ini) untuk berikan salam aidil fitri, dalam keadaan ada hubungan yang akrab dalam Pakatan Rakyat saya mengambil kesempatan ini,
”bukan sahaja kita berjumpa di Parlimen, sempena saya menghadiri Mesyuarat Raja-Raja disini, kunjungi rumah kediaman YB Tuan Guru,”kata Guan Eng ketika ditemui selepas kunjungan hormat tersebut, di Kampung Rusila, dekat sini.

Beliau yang juga Ketua Menteri Pulau Pinang berkata melalui kunjungan tersebut beliau dapat melihat walaupun Tok Guru telah menjadi Menteri Besar sebuah negeri, Tok Guru masih tinggal dalam keadaan yang sederhana.

”Saya rasa itu menunjukkan kepimpinan berjiwa rakyat dimana tidak ada apa-apa kelebihan (pangkat) hanya untuk berkhidmat untuk rakyat,”tambahnyaDalam respon berkaitan kunjungan Guan Eng, Tok Guru berkata kedatangan Guan Eng adalah satu kunjungan hormat sempena beliau datang ke Terengganu.

”Kedatangan beliau (Guan Eng) lebih bersifat kunjungan hormat, kunjungi hari raya,

“banyak kita berbincang (termasuk) perkara-perkara politik tentang kerjasama pakatan rakyat yang perlu dimantapkan lagi,”kata Tok Guru.

Mengulas hubungan antara PAS, DAP dan Pakatan Rakyat, beliau berkata hubungan diantara PAS dan DAP akan diteruskan dalam konteks Pakatan Rakyat dimana penyelarasan dibuat di negeri-negeri dikuasa Pakatan Rakyat dan juga di parlimen.

Apabila ditanya tentang tarikh penubuhan kerajaan Pakatan Rakyat, beliau ringkas menjawab “bila masa yang akan sesuai, bila rakan-rakan daripada UMNO dan Barisan Nasional masuk Pakatan Rakyat”.

Beliau mengakui PAS ada maklumat berkenaan jumlah mereka-mereka yang akan menyertai Pakatan Rakyat namun tidak mahu mendedahkannya kerana bimbang perkara-perkara yang tidak diingini akan berlaku.

Bagaimanapun beliau tidak menetapkan Hari Raya Aidil Adha sebagai tarikh akhir penetapan bagi penubuhan kerajaan baru sebagaimana yang digembar-gembur sesetengah pihak.

”Kemungkinan Raya Haji, kemungkinan selepas Raya Haji, kita akan usahakanlah, kalau boleh hendak berlaku sebelum Raya Haji, kalau tidak berlaku jangan kata (sebaliknya), itu biasalah,”ulasnya

Namun demikian beliau yang juga Ahli Parlimen Marang melihat wujud suasana yang positif kearah penubuhan kerajaan baru kerana pergolakan terkini dalam UMNO.

”Pertembungan dalam UMNO sendiri sudah tentu ada yang tidak puas hati dengan apa yang berlaku, ini sedikit sebanyak akan mengubah lanskap dan memberi kesan kepada politik Negara,”tambahnya.

Turut hadir dalam pertemuan tersebut adalah Bendahari PAS Terengganu YB Hj Mohd Abdul Wahid Endut yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Wakaf Mempelam.


Tindakan

Information

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s




%d bloggers like this: