Langkah Umno tangguh AGM jaga ‘parti, maruah dan kepanasan’

26 09 2008

Jumaat September 26, 2008

KUALA LUMPUR: Keputusan menangguhkan Perhimpunan Agung Tahunan (AGM) Umno ke Mac depan dilihat dapat meredakan sedikit masalah dan pergolakan yang wujud dalam parti itu ketika ini.

“Penangguhan ke Mac tahun depan dapat redakan keadaan yang kelihatan seperti sedikit panas dalam beberapa ketika ini,” kata Ketua Penerangan Umno, Tan Sri Muhammad Muhd. Taib ketika ditemui selepas menghadiri mesyuarat Majlis Tertinggi (MT) Umno di sini hari ini.

Katanya, ahli MT gembira dengan keputusan yang dicapai pada mesyurat kali ini kerana ia merupakan penyelesaian terbaik bagi mengatasi segala spekulasi yang timbul.

“Kami sangat gembira… ini adalah keputusan yang dibuat oleh Perdana Menteri dan Timbalan Perdana Menteri untuk selesaikan semuanya,” katanya.

Ditanya bagaimana dengan penerimaan ahli MT mengenai keputusan yang dicapai, beliau percaya keputusan itu dipersetujui sebulat suara oleh semua pihak.

“Saya fikir semua orang sokong, sokong semuanya. Sokong mengenai pelan peralihan yang Perdana Menteri cakap hari ini, sokong kekalkan tarikh mesyuarat bahagian dan juga sokong Perhimpunan Agung ditangguh ke Mac,” katanya.
Menurut beliau, penangguhan Perhimpunan Agung yang dijadual Disember ini ke Mac tahun depan telah diusulkan oleh Presiden Umno, Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi dan timbalannya, Datuk Seri Mohd Najib Tun Razak.

Beliau juga tidak menolak kemungkinan penangguhan Perhimpuan Agung Umno ke Mac depan ada kaitan dengan proses peralihan kuasa yang akan diawalkan.

“Pak Lah juga umum mengenai peralihan kuasa, tapi beliau tak umumkan bila.

“Jadi saya fikir ia ada kena-mengena penangguhan itu dengan peralihan kuasa, kita kena tunggulah,” katanya.

Ditanya sama ada keputusan penangguhan itu dibuat bagi menjaga maruah Abdullah kerana menerima gesaan dari banyak pihak agar beliau berundur, beliau berkata: “Penangguhan itu adalah bagi menjaga kesemuanya… parti, maruah dan juga ‘kepanasan’.”

Sementara itu Naib Presiden Umno, Datuk Seri Mohd. Ali Rustam ketika ditemui berkata penangguhan tersebut mendapat sokongan sebulat suara.

“Saya fikir pihak bahagian akan menerimanya. Mesyuarat peringkat bahagian akan diteruskan seperti biasa iaitu pada Oktober nanti.

“Hanya Perhimpunan Agung sahaja akan ditangguhkan ke Mac depan,” katanya.

Bagi Ketua Pergerakan Pemuda Umno, Datuk Seri Hishamuddin Tun Hussein beliau menyokong penuh keputusan yang dicapai oleh MT Umno.

“Kita patuh dan yang paling penting ialah keputusan tersebut adalah untuk kekuatan parti.

“Saya lihat mesyuarat hari ini berjalan dengan cukup baik dan kami menyokongnya,” katanya.

Ketua Pergerakan Wanita Umno, Tan Sri Rafidah Aziz yang turut bersetuju dengan keputusan tersebut berkata, perkara itu tidak harus menerima bantahan.

“Tak patutlah. Kita dah buat keputusan yang menyeluruh, tak patut ada sesiapa yang membantah,” katanya.


Tindakan

Information

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s




%d bloggers like this: