Raja Petra ditahan 2 tahun di Kamunting

23 09 2008

PETALING JAYA: Raja Petra Kamarudin yang ditahan pada 12 September di bawah Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA) dihantar ke Pusat Tahanan Kamunting, Taiping untuk tahanan selama dua tahun.

Arahan tahanan dikeluarkan malam tadi, kata peguam-peguamnya pagi tadi.

Ia disahkan oleh Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Syed Hamid Albar.

“Sah, kerana dia mengancam keselamatan dan ketenteraman awam melalui penulisan dan blognya dengan menghina agama Islam dan Nabi Muhammad,” kata beliau ketika dihubungi mStar Online tengah hari tadi.

Ketika ditemui pemberita di Rantau Panjang hari ini, Syed Hamid berkata: “Semalam, saya telah menandatangani penahanan Raja Petra untuk dua tahun ke Kamunting setelah berpuas hati dengan alasan yang cukup untuk menahannya.”

Syed Hamid berkata, penahanan Raja Petra itu berasaskan kepada penulisannya yang mempunyai unsur menghina dan boleh membangkitkan kemarahan umat Islam.

“Oleh itu pihak polis telah mencadangkan dan membaca kertas asas dan oleh itu kita mempunyai alasan kukuh untuk terus menahan Raja Petra bagi tempoh itu,” katanya.

Bagaimanapun, beliau berkata kerajaan akan membuat kajian pertamanya iaitu tiga bulan pertama untuk melihat sikap Raja Petra ketika ditahan.
“Selepas itu kita membuat semakan untuk enam bulan berikutnya sama ada Raja Petra boleh dibebaskan atau tidak,” katanya.

Beliau meminta masyarakat memahami kenapa kerajaan bertindak menggunakan ISA kerana apa yang lebih penting adalah menjadikan mereka sebagai masyarakat yang boleh menyumbang kepada pembangunan negara.

Menurutnya ketika ini beliau juga belum menerima manamana syor untuk membebaskan manamana tahanan ISA yang lain.

“Kalau ada syor untuk membebaskan tahanan ISA yang lain saya akan lihat kerana yang lebih penting mereka akan berubah dan boleh kembali dan samasama membangunkan negara,” katanya.

Permohonan habeas corpus bagi pembebasan Raja Petra didengar di Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur hari ini.

Raja Petra, pengendali blog Malaysia Today memfailkan permohonan habeas corpus di Mahkamah Tinggi pada 16 September lalu agar beliau dibebaskan daripada ditahan mengikut ISA.

Ini adalah kali kedua Raja Petra ditahan di bawah ISA.

Beliau pertama kali ditahan pada April 2001 kerana penglibatannya dalam gerakan reformasi dan ditahan selama 53 hari di Pusat Tahanan Kamunting.

Raja Petra merupakan antara tiga orang yang ditahan di bawah ISA pada 12 September lalu.

Dua yang lain ialah Exco Kerajaan Selangor, Teresa Kok yang juga Ahli Parlimen Seputeh dan pemberita Sin Chew Daily, Tan Hoon Cheng.

Kedua-dua mereka telah pun dibebaskan.
mStar


Tindakan

Information

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s




%d bloggers like this: