Tiada tambatan ringgit

22 09 2008

MULA TUGAS… Najib Tun Razak bersama Menteri Kewangan Kedua, Nor Mohamed Yakcop; dua timbalannya, Husni Ahmad Hanadzlah dan Kong Cho Ha serta Ketua Setiausaha Perbendaharaan, Wan Abdul Aziz Wan Abdullah (dua dari kiri) selepas majlis taklimat di Kementerian Kewangan, Putrajaya, semalam.

PUTRAJAYA 22 Sept. Kerajaan tidak bercadang melaksanakan semula kaedah tambatan ringgit kepada dolar Amerika Syarikat (AS) dalam menghadapi keadaan ekonomi global yang tidak menentu.

Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak berkata, kerajaan komited untuk membenarkan pasaran menentukan nilai mata wang negara.

Menurutnya, nilai ringgit pada masa ini adalah stabil dan beliau yakin kestabilan mata wang negara itu mampu menghadapi senario ekonomi semasa.

Ya, kami yakin dan ia (ringgit) mencerminkan nilai sebenar mata wang ini, katanya pada sidang akhbar selepas menghadiri taklimat pertama sebagai Menteri Kewangan di kementerian barunya itu di sini hari ini.Beliau ditanya mengenai cadangan bekas Perdana Menteri, Tun Dr. Mahathir Mohamad agar tambatan ringgit diperkenalkan semula bagi mengurangkan kesan kejatuhan nilai dolar AS terhadap ringgit.

Sabtu lalu, Dr. Mahathir memberitahu, jika nilai ringgit ditambat pada kadar tertentu, ia akan dapat menstabilkan kadar tukaran mata wang asing dan memberikan keuntungan kepada negara.

Pada 1997, kadar tukaran ringgit ditetapkan pada RM3.80 bagi setiap dolar AS sebagai sebahagian langkah kawalan modal berpilih bagi mengelakkan ekonomi negara terus meleset.

Bagaimanapun, amalan itu dimansuhkan pada 21 Julai 2005 dan sejak itu nilai ringgit ditentukan dengan mengapungkannya secara terurus berbanding beberapa mata wang asing terpilih.

Selepas pemansuhan itu, nilai ringgit telah meningkat perlahan-lahan sejajar dengan pertumbuhan ekonomi dan pengembangan perdagangan selepas ditolak sebarang turun naik mata wang.


Tindakan

Information

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s




%d bloggers like this: