Sokong Produk Muslim-Radix Fried Chicken

13 09 2008

Restoran Radix Fried Chicken (RFC) Sg Petani, Kedah

Waktu Perniagaan RFC:
Dibuka Dari Jam 10.30 Pagi Hingga 11.00 Malam (Setiap Hari)

Alamat:
Lot 95-97 Jalan Lagenda 1, Legenda Height,
Sungai Petani,Kedah Darul Aman (Sebelah Maybank Legenda Height)

No. Tel: 04-4254717

logo-rfc.PNG

gmbr-rfc-1.PNG

gmbr-rfc-2.PNG

gmbr-rfc-3.PNG

gmbr-rfc-4.PNG

Lokasi RFC ini terletak di Lagenda Heights di antara Bank Islam dan Maybank. Berdekatan dengan Tesco Sg Petani.

Berminat dengan perniagaan franchise RFC? Sila rujuk artikel di bawah.

RFC satu altenatif.

Selain daripada KFC kini muncul pula RFC yang memberikan pilihan yang sangat menarik pada massa. Restoran yang dimiliki oleh HPA merupakan tonggak kebangkitan produk halal yang disokong oleh 400,000 orang ahli-ahlinya. Sesuatu yang menarik ialah sumber bekalan ayamnya di ambil daripada HPA farm yang telah bertungkus lumus menghasilkan ayam halal dipasaran.

Bermula daripada penyediaan makanan ayam yang halal, bebas dari penggunaan antibiotik, bebas dari penggunaan beta agonist (enzim penggemuk dari babi) dan sembelihan yang terjaga hukum hakamnya sampailah kita menyediakan makanan yang siap dimakan.

RFC menggunakan radix cola sendiri menggantikan coca-cola dan rempahan yang digunakan untuk menghasilkan ayam RFC juga diproses dengan resepi tersendiri. Chili sos, tomato sos dan Thai Sos juga dihasilkan di kilang HPA yang terletak di Jejawi Sematang Perlis.

Apa yang menarik ialah ahli-ahli yang makan di RFC akan diberi nilai mata (NM) sesuai dengan peniagaan MLM HPA. Manakala restoran RFC pula akan di “franchise” kepada ahli-ahli HPA yang berminat menerusi 2 pakej iaitu:

1. pakej pertama : RM 1 juta

2. Pakej kedua : RM 500 ribu.

Menjelang tahun 2010 RFC berhasrat mempunyai 20 rangkaiannya diseluruh malaysia. InsyaAllah.

Mereka yang berminat boleh hubungi 0135309717 (Hj Fisal) untuk pertanyaan lanjut.

Terima Kasih kepada semua ahli HPA.

Sumber: http://jawiherbshop.blogspot.com/2008/05/rfc-satu-altenatif.html

=================================

Perkongsian Bijak RFC (PBR)

Sudah sampai masanya kami mempelawa mereka yang mempunyai modal dan berminat untuk membuka RFC dalam peluang PBR di empat lokasi iaitu :-
1. Perlis
2. Alor Setar
2. Pulau Pinang
3. kelantan
4. Terengganu.

Syarat awal yang diperlukan ialah:
1. Modal RM1 juta (minimum) bergantung pada keluasan tempat.
2. Mempunyai tempat yang stategik
3. Menjadi ahli HPA lebih dari 3 bulan dll.

Tempat-tempat yang lain masih belum dibuka lagi. Mereka yang berminat boleh menulis surat kepada HPA atau menghubungi pegawai kami :-

Pn Sobihah : 0195089842.

Pihak kami akan mengadakan temuduga segera kepada mereka yang berkelayakan.


Tindakan

Information

2 responses

14 04 2009
Kayda Hashim

Salam.

Sedikit pertanyaan mengenai modal. RM 1 juta ini dari dana kita sendiri atau pinjaman dr bank? Sbb untuk francais syarikat lain, contohnya modal dr dana sendiri mesti ada 1/2 juta, yg selebihnya boleh dibuat melalui pinjaman. Harap boleh terangkan sedikit ya.

Semoga kita sama sama dapat membangunkan dengan lebih maju lagi ekonomi umat islam di dunia ini khasnya di Malaysia ini sendiri.

Wasalam.

8 05 2010
ezzffyy suhaimi

salam, saya dari melaka berhasrat menjadi franchisee rfc membuka restoran rfc di bandar melaka ,satu tempat yg strategik. apakh bezany pakej rm 1juta dan pakej rm5ooribu? bolehkah pihak tuan email saya borang2 yang perlu diisi dan penerangan2 yang berkaitan dgn projek ini. wasallam

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s




%d bloggers like this: