Abdullah terkejut Muhyiddin pertikai pelan peralihan kuasa

11 09 2008

PUTRAJAYA: Perdana Menteri Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi hari ini melahirkan rasa terkejut dengan tindakan Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri Tan Sri Muhyiddin Yassin yang mempersoalkan tempoh peralihan kuasa dengan mendakwa dua tahun adalah terlalu panjang.

Abdullah berkata beliau pelik bagaimana seorang anggota Kabinet yang juga anggota majlis tertinggi Umno boleh berbuat demikian sedangkan perkara itu telahpun dipersetujui oleh Kabinet dan MT sebelum ini.

“Saya terkejut apabila seorang anggota Kabinet saya boleh mengeluarkan kenyataan seperti itu. Dia kini mengeluarkan kenyataan bertentangan dengan sesuatu yang telah pun dipersetujui Kabinet. Begitu juga keputusan itu juga telah dipersetujui MT,” kata Abdullah kepada pemberita selepas mempengerusikan mesyuarat Majlis Pelaksanaan MSC Malaysia di sini.

Semalam, Muhyiddin (gambar) yang juga naib Presiden Umno berkata Abdullah patut fikirkan semula mengenai pelan peralihan kuasanya untuk mengundurkan diri menjelang 2010 kerana tempoh masa itu terlalu lama.

Muhyiddin meminta Abdullah agar mengkaji semula pelan peralihan kuasa yang dipersetujuinya dengan timbalan beliau Datuk Seri Mohd Najib Razak kerana tempoh yang ditetapkan itu terlalu panjang.

Abdullah, dua bulan lalu, mengumumkan rancangan untuk menyerahkan jawatan pengerusi Barisan Nasional dan Presiden Umno kepada Najib pada Jun 2010.

Ini bermakna beliau akan tetap mempertahankan jawatan presiden pada pemilihan Umno akhir tahun ini.

Abdullah yang jelas kurang senang dengan bentuk soalan mengenai isu itu berkata beliau bukan mahu terus memegang kuasa kerana “suka-suka”.

“Saya bukan mahu kekal kerana suka-suka. Saya ingin beritahu anda bahawa masih banyak lagi tanggungjawab dan kerja yang perlu saya selesaikan. Banyak lagi program yang saya telah janji kepada rakyat yang hendak saya siapkan.

“Saya mesti pastikan reform kepada badan kehakiman, polis dan Badan Pencegah Rasuah berjalan lancar. Saya juga sudah berjanji akan hapuskan kemiskinan tegar dan saya mahu pastikan itu berjaya saya capai,” katanya.

Ditanya sama ada beliau akan meminta Muhyiddin untuk menjelaskan kenyataan yang dibuatnya di Singapura itu, Abdullah berkata: “Tidak perlulah tanya saya apa yang akan saya lakukan.”

Diminta mengulas cakap-cakap bahawa terdapat wakil rakyat Barisan Nasional di Negeri Sembila yang akan melompat parti, Abdullah menegur pemberita yang mengajukan soalan itu sambil berkata:

“Anda mahu saya beri komen terhadap khabar angin? Cukuplah. Anda semua mudah percaya khabar angin, kemudian cuba pula mengukuhkan lagi khabar angin itu dengan meminta orang lain memberikan ulasan mengenainya.”


Tindakan

Information

One response

12 09 2008
Pembebel

La, Muhyiddin kan orang Mahathir. Apa MAhathir kata, x hairan la dia juga boleh kata. Lu pikir sendiri la.

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s




%d bloggers like this: