Mahathir ‘bersetuju’ kembali ke pangkuan Umno selepas 4 bulan

9 09 2008

Mahathir ‘bersetuju’ kembali ke pangkuan Umno selepas 4 bulan
09-09-2008 07:03:09 PM

Oleh SA’ODAH ELIAS

(Dikemas kini) KUALA LUMPUR:
Tun Dr. Mahathir Mohamad yang keluar Umno empat bulan yang lalu telah
melahirkan hasrat untuk kembali ke pangkuan parti itu dengan mengambil
kira perkembangan-perkembangan semasa. 

Ketika
mendedahkan perkara itu di sini pagi ini, Naib Presiden Umno, Tan
Sri Muhyididn Yassin berkata, Dr. Mahathir sendiri memberitahu beliau
akan hasratnya untuk kembali ke Umno bagi membolehkannya memberikan
pandangan dalam usaha mengukuhkan semula Umno dan Barisan Nasional (BN)
berikutan pelbagai perkembangan tidak menggembirakan sejak akhir-akhir
ini.

Beliau memberitahu, Dr. Mahathir menyatakan
persetujuannya untuk kembali kepada Umno dalam pertemuan beberaja jam
antara kedua mereka Sabtu lalu.

Muhyiddin berkata,
beberapa veteran Umno termasuk Tengku Razaleigh Hamzah, Tan Sri
Sabbaruddin Chik dan Tan Sri Sanusi Junid telah berjumpa dengan Dr.
Mahathir dalam pertemuan di Cyberjaya Sabtu lepas.

Dr. Mahathir bagaimanapun tidak dapat dihubungi untuk mendapatkan komen beliau mengenai perkara itu.

Menurut
Muhyididn, hasrat Dr. Mahathir itu telah pun beliau sampaikan kepada
Timbalan Presiden Umno Datuk Seri Mohd Najib Razak. semalam, tetapi
belum berkesempatan bertemu Presiden Umno Datuk Seri Abdullah Ahmad
Badawi.

Menurut Muhyiddin. pertemuan itu diadakan
atas permintaan Dr. Mahathir sendiri yang ingin menyampaikan kepada
beliau rasa bimbangnya terhadap perkembangan dalam Umno, BN serta
beberapa perkembangan lain yang meninggalkan kesan negatif kepada
rakyat banyak.

“Saya katakan kepada beliau, untuk
beliau memberikan sumbangan secara lebih berkesan adalah lebih baik
untuk beliau menyertai semula Umno. Beliau kemudian bersetuju.

“Ya, saya bersetuju, katanya tetapi kemudian beliau menyatakan kebimbangan sama ada akan diterima semula oleh Majlis Tertinggi.

“Tetapi
saya jelaskan kepadanya bahawa ketika MT menerima keputusannya keluar
Umno dahulu, kita terima dengan hati yang berat. MT juga ada membuat
kenyataan ketika itu bahawa sekiranya beliau (Dr Mahathir) telah
bersedia untuk kembali kepada Umno, MT akan menerima dengan hati yang
terbuka,” katanya kepada pemberita di Ibu Pejabat MIDA di sini.

Pada
22 Mei lalu, Majlis Tertinggi (MT) Umno mengadakan mesyuarat
khas hampir tiga jam menerima keputusan Dr. Mahathir untuk keluar Umno
serta-merta.

Ketika mengumumkan keputusan MT pada hari tersebut,
Najib berkata: “Kita telah menerima surat rasmi Dr. Mahathir. Ini bukan
kehendak kita, ini kehendak beliau, jadi kita terima.”

“MT berharap Tun akan kembali ke Umno pada satu masa nanti,” kata beliau.

Dr. Mahathir yang memegang nombor keahlian Umno ‘1’ mengumumkan keluar Umno di Alor Star pada 19 Mei.

Turut keluar ialah isteri beliau, Tun Dr. Siti Hasmah Mohd. Ali dan anak mereka Mokhzani.

Bekas Setiausaha Agung dan Naib Presiden Umno, Tan Sri Sanusi Junid juga keluar Umno.

———————————————————-

MUHYIDDIN Yassin
ketika ditemui pada sidang media selepas mempengerusikan mesyuarat
Majlis Pembangunan Perkhidmatan Malaysia, Kuala Lumpur hari ini. Pada
sidang media ini beliau mengumumkan hasrat Dr. Mahathir Mohamad untuk
kembali ke Umno.
– foto BERNAMA

———————————————————-

Ditanya
sama ada pertemuannya dengan Dr Mahathir itu telah dirancang terlebih
dahulu, Muhyiddin yang juga Menteri Perdagangan Antarabangsa dan
Industri menjawab:

“Dalam semua perbuatan kita
mestilah ada perancangan. Bagi saya, saya menghormati Dr Mahathir
sebagai pemimpin yang telah banyak berjasa.

“Saya
tidak menolak jika dia hendak jumpa. Bukannya maca saya ini besar
sangat. Setidak-tidaknya dengan pertemuan itu saya dapat satu berita
yang baik, iaitu beliau bersedia untuk kembali kepada Umno.”

Dr.
Mahathir, katanya, tidak menetapkan sebarang syarat untuk kembali
kepada Umno selain daripada untuk memudahkan beliau menyalurkan
pandangan serta bantuannya untuk mengukuhkan kembali Umno dan BN.

Ditanya
bilakah Dr. Mahathir akan menyertai semula Umno, Muhyiddin berkata,
beliau menunggu pejabat bekas perdana menteri itu untuk menghantar
borang keahlian kerana ia adalah satu formaliti bagi sesiapa yang
hendak menjadi ahli.

“Saya harap ia akan dihantar
secepat mungkin. Ini bukan keputusan saya, tetapi keputusan parti,
tetapi saya tidak fikir MT ada masalah menerima semula beliau kerana
saya yakin MT masih menghormati beliau. Sebagai naib presiden saya
mengalu-alukan keputusan beliau itu,” tambah beliau.

Muhyiddin
menambah, Dr. Mahathir memang seorang yang krtikal terutama tentang
perkara-perkara yang dilihatnya sebagai tidak betul dan beliau percaya
tidak ada orang yang boleh menahan beliau daripada terus bersuara
termasuk untuk terus mengkritik pucuk pimpinan Umno.

“Bagaimanapun,
ini tidak bermakna kita terus tidak pedulikan apa yang dikatakannya
kerana beliau adalah seorang bekas pemimpin berpengalaman dan
berkedudukan tinggi di mata masyarakat. Beliau hanya bimbang dengan
keadaan dalam negara yang semakin buruk sejak pilihan raya umum yang
lalu.

“Kita tidak perlulah bersetuju dengan
pandangan beliau sepanjang masa, tetapi kita mesti menerima hakikat
bahawa beliau adalah seorang yang berkredibiliti tinggi. Setelah
beberapa jam mendengar pandangan beliau, saya faham dengan pendirian
beliau,” katanya.


Tindakan

Information

2 responses

10 09 2008
agas

Ada harapan cipta rekod dunia, jadi PM kali ke2 kot..

11 09 2008
aprilfooltaiktasu

▀▄▀▄▀▄▀▄▀▄▀▄▀▄▀▄▀▄▀▄▀▄▀▄▀▄▀▄▀▄▀▄▀▄▀▄▀▄▀▄▀▄
▀▄▀▄▀▄▀▄▀▄▀▄▀▄▀▄▀▄▀▄▀▄▀▄▀▄▀▄▀▄▀▄▀▄▀▄▀▄▀▄▀▄
▀▄▀▄▀▄▀▄▀▄▀▄▀▄▀▄▀▄▀▄▀▄▀▄▀▄▀▄▀▄▀▄▀▄▀▄▀▄▀▄▀▄
▀▄▀▄▀▄▀▄▀▄▀▄▀▄▀▄▀▄▀▄▀▄▀▄▀▄▀▄▀▄▀▄▀▄▀▄▀▄▀▄▀▄

BERITA BAIK!!!
Mari kita tengok blog ini. hebat sekali!

MARI MENCARI KEBENARAN

Masuk sini= http://mustahil-kristian-bisa-menjawab.notlong.com

▀▄▀▄▀▄▀▄▀▄▀▄▀▄▀▄▀▄▀▄▀▄▀▄▀▄▀▄▀▄▀▄▀▄▀▄▀▄▀▄▀▄
▀▄▀▄▀▄▀▄▀▄▀▄▀▄▀▄▀▄▀▄▀▄▀▄▀▄▀▄▀▄▀▄▀▄▀▄▀▄▀▄▀▄
▀▄▀▄▀▄▀▄▀▄▀▄▀▄▀▄▀▄▀▄▀▄▀▄▀▄▀▄▀▄▀▄▀▄▀▄▀▄▀▄▀▄
▀▄▀▄▀▄▀▄▀▄▀▄▀▄▀▄▀▄▀▄▀▄▀▄▀▄▀▄▀▄▀▄▀▄▀▄▀▄▀▄▀▄

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s




%d bloggers like this: