PM: Kenyataan terbaru Ahmad tidak boleh diterima sama sekali, diputus hari ini 09-09-2008 12:02:32 AM

8 09 2008


AKSI Ahmad Ismail ketika sidang media untuk menjelaskan
pendiriannya tidak akan meminta maaf berhubung kenyataannya yang “orang
Cina hanya menumpang” di Pulau Pinang, hari ini
.


(Dikemas kini) PUTRAJAYA:
Perdana Menteri, Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi menegaskan, beliau
“sangat tidak gembira” dengan kenyataan Ketua Umno Bahagian Bukit
Bendera, Datuk Ahmad Ismail (gambar) hari
ini yang menyalahkan Gerakan dan tetap mempertahankan kenyataannya yang
berbau perkauman berhubung masyarakat Cina di negara ini.

Pada sidang
akhbar ringkas pada majlis berbuka puasa di Wisma Putra di sini,
Abdullah berkata, kenyataan Ahmad itu adalah sesuatu yang tidak boleh
diterima sama sekali.

“Saya sangat tidak gembira dengan situasi
ini… saya akan mengambil tindakan tegas berhubung perkara ini…
semestinya,” kata beliau dipetik Bernama.

Abdullah
berkata demikian kepada pemberita selepas diminta mengulas kenyataan
Ahmad pada sidang akhbar di bangunan Umno Pulau Pinang hari ini yang
menyalahkan Gerakan dan tetap mempertahankan pendiriannya berhubung
kenyataannya yang berbaur perkauman bahawa masyarakat Cina merupakan
pendatang di negara ini.

Ahmad didakwa mengeluarkan kenyataan itu ketika berceramah pada kempen pilihan raya kecil Parlimen Permatang Pauh baru-baru ini.

Perdana
Menteri berkata, tindakan yang sewajarnya ke atas Ahmad akan diputuskan
selepas beliau dan Timbalannya Datuk Seri Najib Tun Razak bersemuka
dengan Ahmad esok (Selasa) bagi mendapatkan penjelasan daripadanya.

“Kami
akan minta beliau (Ahmad) menjelaskan mengapa keadaan sedemikian
berlaku dan tindakan akan diputuskan (selepas itu),” katanya.

Kelmarin,
Perdana Menteri berkata, Ahmad telah menjelaskan bahawa beliau membuat
kenyataan berdasarkan fakta sejarah dan bukannya berunsur perkauman
seperti yang dilaporkan sebuah akhbar tempatan.

“Beliau (Ahmad)
melahirkan rasa kesal yang amat sangat yang beliau juga rasa tidak
senang hati langsung kerana apa yang dia cakap itu yang padanya fakta
sejarah telah disalah-ertikan oleh sebuah surat khabar yang buat
pemberitaan sedangkan surat khabar lain tidak buat.

“Apa yang
berlaku itu kononnya amalan kebebasan untuk bercakap, menyuarakan
pandangan sesuka hati mengikut apa yang dirasai oleh orang yang
berkenaan yang membuat kenyataan. Ini tidak sepatutnya berlaku,”
katanya.

Sementara itu Abdullah enggan mengulas kenyataan bekas
Menteri Besar Selangor Datuk Seri Dr Mohamad Khir Toyo dalam blognya
bahawa peristiwa 13 Mei akan kembali berulang sekiranya peralihan kuasa
pucuk pimpinan negara tidak dilakukan dengan segera.

“Tak payahlah cerita pasal blog hari ini,” tegasnya.


Tindakan

Information

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s




%d bloggers like this: