Anwar angkat sumpah MP esok

27 08 2008
Anwar angkat sumpah MP esok
Aug 27, 08 12:21pm

kemaskini 7:25pm
Yang Dipertua Dewan Rakyat Tan Sri Pandikar Amin Mulia mengumumkan
bahawa Datuk Seri Anwar Ibrahim, ahli parlimen baru Permatang Pauh,
akan mengangkat sumpah esok.

Beliau mengesahkan telah menerima
surat daripada Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) pagi ini berhubung
keputusan pilihanraya kecil itu yang memihak kepada penasihat PKR.

anwar ibrahim pc 120508 03Pandikar Amin menambah, Anwar telah dimaklumkan tentang majlis mengangkat sumpah pagi esok.

Anwar
kembali ke dewan yang mulia itu selepas 10 tahun apabila meraih
kemenangan besar malam tadi dengan menewaskan calon BN Datuk Arif Shah
Omar Shah sebanyak 15,671 undi.

Mantan menteri kewangan itu,
akan terus dilantik sebagai ketua pembangkang selepas mengangkat
sumpah, berdepan dengan rakan kabinet lamanya Datuk Seri Abdullah Ahmad
Badawi dalam pembentangan Bajet 2009, Jumaat.

Ketua Whip PKR,
Mohd Azmin Ali dilaporkan berkata surat memaklumkan kesepakatan PAS dan
DAP melantik Anwar Anwar mengetuai ahli-ahli parlimen Pakatan Rakyat
kepada yang dipertua dewan 4 petang tadi.

Kemunculan bekas
timbalan perdana menteri ini paling dinanti-nantikan oleh banyak pihak,
khususnya selepas ura-uranya merancang pembentukan kerajaan baru
menjelang 16 September ini.

Lebih ramai pelawat termasuk bukan
penyokong PKR dijangka ke bangunan Parlimen esok untuk mengikuti secara
dekat langkah pertama Anwar ke Dewan Rakyat.

Permulaan sesi
sidang dewan ke-12 selepas pilihanraya umum Mac lalu menyaksikan
kunjungan pelbagai pihak, termasuk aktivis dan penulis blog, apabila
buat pertama kali pembangkang mempunyai 82 ahli parlimen.

Mengulas
kehadiran orang ramai, Pandikar Amin dilaporkan berkata keselamatan
bangunan itu tidak akan diperketatkan dan “macam biasa.”

Menteri
Dalam Negeri Datuk Seri Syed Hamid Albar memberi jaminan tidak ada
tambahan anggota polis atau sekatan jalan raya bagi menghadapi situasi
itu.


Tindakan

Information

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s




%d bloggers like this: