TEKANAN DARAH TINGGI

28 06 2008

TEKANAN DARAH TINGGI

KETAHUI TEKANAN DARAH ANDA – ELAKKAN KOMPLIKASI

Apa Dia Tekanan Darah?

Tekanan darah ialah tekanan yang
dikenakan terhadappembuluh arteri semasa peredaran darah ynag
disebabkan oleh denyutan jantung.

Bagaimana Tekanan Darah Diukur?

Tekanan darah ada dua ukuran dan biasanya dirakam seperti berikut:-

120 / 80 mmHg

Nombor atas (120) menunjukkan tekanan ke atas pembuluh arteri akibat denyutan jantung. Ia dipanggil tekanan sistolik.

Nombor bawah (80) menunjukkan tekanan semasa jantung berehat di antara pengepaman. Ia dipanggil tekanan diastolik.

Masa yang paling baik untuk mengukur tekanan darah adalah semasa anda rehat dan dalam keadaan duduk atau baring.

Tekanan Darah Berubah-ubah

Kadar tekanan darah tidak sama
sepanjang masa. Ia sering berubah-ubah mengikut keperluan badan anda.
Jika tekanan darah anda tinggi, doktor anda akan memeriksa semual
tekanan darah anda untuk beberapa kali bagi menentukan kadar tekanan
darah anda yang sebenar.

Apa Dia Tekanan Darah Tinggi?

Jika kadar tekanan darah
sentiasa lebih tinggi daripada kadar biasa untuk suatu jangkamasa yang
lama, maka keadaan ini dikenali sebagai Tekanan Darah Tinggi.

Tekanan darah optima
130 / 80 mmHg

Tekanan darah tinggi

Lebih daripada 130 / 85 mmHg. Misalnya, jika tekanan melebihi 180 / 110 mmHg kadar tekanan darah anda adalah terlalu tinggi.

Kenapa Anda Perlu Mengetahui Tentang Darah Tinggi?

Tekanan darah tinggi
kebiasaannya tidak menunjukkan sebarang tanda dan gejala. Anda mungkin
mengalami tekanan darah tinggi dan pada masa yang sama merasa diri anda
sihat. Hanya satu cara untuk mengetahui sama ada anda menghidap darah
tinggi atau tidak adalah dengan memeriksa tekanan darah anda secara
berkala.

Apakah Akibat Tekanan Darah Tinggi?

Jika tekanan darah anda kekal tinggi, ia boleh menyebabkan komplikasi seperti:

  • Serangan jantung

  • Angin ahmar

  • Kegagalan jantung

  • Kerosakan buah pinggang

Jika Tekanan Darah Anda Optima (130 / 80 mmHg)

Anda perlu terus mengawal tekanan darah anda, dengan cara:

  • Memeriksa tekanan darah anda secara berkala;

    • 2 kali setahun jika kadarnya normal

    • lebih kerap jika didapati
      kadarnya tinggi atau jika anda mempunyai ahli keluarga mengidap darah
      tinggi, angin ahmar atau serangan jantung.

  • Tidak merokok

    • Nikotin dari asap rokok akan
      memasuki darah dan menyebabkan jantung berdenyut lebih cepat. Nikotin
      juga menyempitkan saluran salurnadi halus dan memaksa jantung mengepam
      lebih kuat.

  • Makan secara sihat, dengan mengurangkan pengambilan :-

    • Garam
      Garam
      berlebihan di dalam darah boleh menyebabkan lebih banyak air terpaksa
      disimpan di dalamnya. Ini akan meningkatkan tekanan darah.

    • Lemak
      Lemak berlebihan akan terkumpul di sekeliling dinding salurnadi dan menjadikannya tebal dan kejang.

  • Kekalkan berat badan unggul.

  • Bersenam secara berkala.

  • Elakkan pengambilan alkohol.

Jika Anda Menghidap Tekanan Darah Tinggi :-

  • Makan ubat secara berkala seperti yang dinasihatkan.

  • Jangan berhenti makan ubat tanpa nasihat doktor/pegawai farmasi.

  • Jumpa doktor anda secara berkala bagi mengawal tekanan darah anda.

Diterbitkan oleh Bahagian Pendidikan Kesihatan, Kementerian Kesihatan Malaysia.


Tindakan

Information

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s




%d bloggers like this: