Mesej jelas rakyat mohon YDP Agong pastikan pilihan raya bersih dan adil

11 11 2007

Mesej jelas rakyat mohon YDP Agong pastikan pilihan raya bersih dan adil

Saidah Hairan | Foto Wan Zahari Salleh
Sat | Nov 10, 07 | 7:36:46 pm MYT
Perhimpunan dan perarakan aman lebih 100 ribu rakyat menuju ke Istana Negara berjaya diadakan walaupun banyak sekatan jalan raya di seluruh negara dilakukan oleh pihak polis.

<!––>

Sila layari www.englishsection.com untuk Laman Utama English Section atau www.harakahdaily.net/wap/ untuk melayari HarakahDaily.Net menggunakan telefon bimbit GPRS (General Packet Radio Service) anda.<!–

Advertisement

–>

ImageSekatan di daerah Gombak bermula di jalan Setapak hingga Titiwangsa bermula malam Sabtu. Manakala pagi tadi, jalan dari Kampung Padang Balang, Gombak dan Sentul sesak untuk menuju ke bandaraya.

Unit Amal Malaysia diiringi Seri Kandi telah bergerak ke beberapa lokasi seperti di Masjid Jamek, Sogo dan Masjid Negara jam 11.30 pagi.

Selepas itu beberapa orang pimpinan AJK PAS Pusat antaranya, Ustaz Mujahid Yusof Rawa; Ketua Dewan Muslimat PAS, Ustazah Nuridah, Wan Hasrina Wan Hassan, Dr Lo’Lo’, Dr Mariah Mahmood, Mohamad Sabu mula bergerak ke Masjid Negara.

Lebih 5000 orang peserta perhimpunan aman berkumpul dan menunggu team dari Masjid Jamek, Kampung Baru dan Sogo untuk bersama berarak ke Istana Negara.

Walaupun hujan lebat namun peserta perhimpunan aman tidak berganjak daripada perkarangan masjid Negara. Unit Amal Malaysia gagah berdiri mengawal suasana manakala Seri Kandi tetap bersemangat walaupun dalam suasana hujan lebat.

ImageBelum sempat Ketua Pemuda PAS, Salahuddin Ayub menyampaikan pesanan, peserta himpunan di Masjid Negara melaungkan takbir, Allahu Akhbar! apabila melihat perarakan gelombang kuning berada di hadapan Masjid Negara.

Kesungguhan Setiausaha Agong PAS, Dato’ Kamaruddin Jaffar, Ustaz Idris Ahmad mendahului perarakan, walaupun dalam suasana hujan yang lebat. Laungan Allah Hu Akhbar!, Bersih, Bersih, Bersih dan ingatan jaga disiplin serta keselamatan daripada Unit Amal Malaysia terus bergema.

Perarakan terhenti lebih kurang 100 meter daripada Istana Negara apabila enam trak FRU dan satu `water canon’, polis telah menghalang di kedua-dua belah jalan raya.

Laungan takbir dan laungan Daulat Tuanku terus bergema. 30 minit peserta perhimpunan menanti dengan penuh kesabaran, Setiausaha KeADILan Selangor, Tan Sri Khalid Ibrahim, Lim Guang Eng, Ustaz Nasharudin Mat Isa, Presiden PAS, Dato’ Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang; Dato’ Kamarudin Jaffar telah mengadakan perbincangan dengan pegawai polis, Sulaiman. v Dalam perbincangan itu, Khalid Ibrahim meminta pihak polis bersabar dan tidak melakukan serangan kepada peserta memandangkan temu janji untuk menyerahkan memorandum jam 5 petang.

Perbincangan dipersetujui tujuh orang pimpinan boleh masuk ke Istana untuk menyerahkan memorandum.

ImageSementara menanti kehadiran Penasihat KeADILan, Dato’ Seri Anwar Ibrahim; Lim Kit Siang, Datin Seri Dr Wan Azizah Wan Ibrahim, FRU telah bersiap sedia menghalakan muncung `Water Canon’.

Seorang pegawai polis memberi amaran kepada pimpinan parti, FRU akan membuat serangan disebabkan peserta perhimpunan bising melaungkan beberapa slogan.

Lebih kurang jam 4 petang, Anwar, Lim Kit Siang, Dr Wan Azizah, Salahuddin Ayub, Azmin Ali tiba di perkarangan Istana Negara.

Bagaimanapun, serahan memorandum itu hanya disampaikan kepada Pegawai Istana di hadapan pagar Istana Negara.

Perhimpunan di hadapan Istana Negara tidak mencetuskan sebarang pertelingkahan dan tangkapan. – mr


Tindakan

Information

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s




%d bloggers like this: