Bantahan Kesalahan Selawat Syifa’

18 05 2007

Suara al-Sunnah
Buletin Jabatan Mufti Negeri Perlis
Bil. 1 April 2007

Perkataan Selawat Syifa’ sering kita dengar dan lihat dalam masyarakat kita. Selawat ini pada mulanya telah terbudaya di kalangan masyarakat Islam di Malaysia sebagai bacaan eksklusif dan peribadi, tetapi kelihatan menjadi semangkin popular sehingga ada yang menjadikannya zikir dan doa selepas solat fardhu atau sebagai pembuka ucapan secara kekal. Lafaz selawat yang dimaksudkan itu adalah seperti berikut:

اللهمّ صَلِّ على سَيِّدِنَا مُحَمَّد طِبِّ القُلُوْبِ وَدَوَائِهَا وَعَافِيَةِ الأبْدَان وَشِفَائِهَا وَنُوْرِ الأبصَارِ وَضِيَائِهَا وَعَلى آلِهِ وَصَحْبِهِ وَبَارِكْ وَسَلِّمْ

Maksudnya: “Ya Allah! Selawatkanlah ke atas penghulu kami (Nabi) Muhammad, penawar hati dan pengubatnya (hati), penyihat badan dan penyembuhnya (badan), pemberi cahaya penglihatan dan pemancarnya, juga ke atas ahli keluarga dan sahabat Baginda serta berkati sejahterakanlah.” (Prof. Dr. Harun Din & Amran Kasimin, Rawatan Pesakit Menurut al-Quran dan al-Sunnah, hal. 32)

Terjemahan yang didasarkan kepada kedudukan i’rab ini seolah-olah telah menyifatkan Nabi Muhammad saw dengan sifat maha perawat, maha pengubat, maha penyihat maha penyembuh, maha peberi cahaya, dan maha pemancarnya. Persoalannya, apakah harus menyifatkan Nabi Muhammad saw dengan sifat demikian, sedangkan ia adalah sifat-sifat khusus bagi Allah swt yang tidak boleh dikongsi oleh sebarang makhluk ? Apakah alasan yang mewajarkan penyifatan Nabi Muhammad saw dengan sifat-sifat tersebut?

Prinsip ilmu tauhid telah menetapkan bahawa Alah swt itu maha esa dan wajib diesakan pada sifat-sifatnya sebagaimana dia juga wajib diesakan pada rububiyyahnya dan uluhiyyahnya. (al-Uthaimin, Muhammad bin Soleh, Aqidah Ahl al-Sunnah wa al-Jamaah, Ter. Muhamad Yusuf Harun)

Nama-nama dan sifat-sifat yang khusus bagi Allah swt tidak boleh dikongsi dengan sebarang makhluk kerana perkongsian itu berakna mensyirikkan(menyekutukan) sifat makhluk dengan sifat al-Khaliq. (al-Qahtani: Sa’id Ibn ‘Ali, Syarh Asma’ al-Husna fi Dau’ al-Kitab wa al-Sunnah, hal. 51)

Allah swt berfirman:

Maksudnya: “Tiada sesuatu yang sebanding dengan (Zat, Sifat-sifat dan pentadbiran)Nya, dan Dialah yang maha mendengar lagi maha melihat.” (al-Syura: 11)

Allah swt juga berfirman:

Maksudnya: “Dan apabila aku sakit, Maka dialah (Allah swt) yang menyembuhkan penyakitku.” (al-Syu’ara:80)Dalam sebuah hadith baginda saw mengajar umatnya agar membaca doa berikut:

Maksudnya: “Ya ALlah tuhan sekelian manusia, maha penghilang segala penyakit, sembuhkanlah ! Engkaulah maha penyembuh, tidak ada penyembuh melainkan engkau dan tidak ada penyembuhan melainkan penyembuhan engkau. (sembuhkanlah) dengan suatu sembuhan yang tidak meninggalkan penyakit sedikitpun.” (Riwayat al-Bukhari)

Ungkapan: “Engkaulah yang maha penyembuh, tidak ada penyembuh melainkan engkau.” jelas menunjukkan bahawa sifat penyembuh itu adalah sifat khusus bagi Allah swt yang tidak boleh dikongsi oleh makhluk. Struktur ayat yang mengandungi nafy (penafian) dan huruf nafy (La) dan diikuti ithbat (penetapan) dengan huruf istithna’ (illa) memberi konsekuensi penafian dan penetapan yang kuat, sama seperti ungkapan kalimah Tauhid La Ilaha Illallah yang menfikan segala tuhan selain Allah dan menetapkan ketuhanan itu padanya semata-mata.

Dengan perkataan lain, doa yang diajarkan oleh Nabi saw ini menafikan sifat penyembuh bagi selain Allah swt dan menetapkan sifat itu padaNya semata-mata, sedangkan lafaz Selawat Syifa’ itu pula menetapkan sifat penyembuh itu pada baginda saw jesteru, lafaz Selawat Syifa’ itu dilihat mengandungi unsur-unsur syirik yang jelas bercanggah dengan prinsip Tauhid al-Asma wa al-Sifat.

ustaz kadir

———————————-

Commentar

Selawat ini dimulai dengan Kalimah اللهمّyang bererti mengembalikan segala kuasa Penyembuhan dan sebagainya bagi Allah.Bukannya terhenti atas batang tubuh Rasulullah semata.
Saya rasa untuk mengatakan kesalahan Selawat Syifa’ dengan hujah diatas perlu diperhalusi lagi.
Kita ummat Islam wajib mempelajari asas tauhid, jika tidak segala perbuatan,perkataan dan pikiran kita menjadi unsur Syirik Nauzubillah.
Satu hal yang patut di perhatikan Muslimin ialah semua perkara agama samada Akidah dan Syariat wajib diambil melalui petunjuk Rasulullah s.a.w.

وَمَا آتَاكُمُ الرَّسُولُ فَخُذُوهُ وَمَا نَهَاكُمْ عَنْهُ فَانتَهُوا وَاتَّقُوا اللَّهَ إِنَّ اللَّهَ شَدِيدُ الْعِقَابِ

Maksudnya::

“Dan apa jua suruhan yang dibawa oleh Rasul Allah kepada kamu maka ambillah akan dia serta amalkan, dan apa jua yang dilarang kamu melakukannya maka patuhilah larangannya.”

Tiada patut seorang hamba merasakan dapat terus mencapai Tuhannya tanpa ada perantara yang telah ditetapkan Allah.

Dan semua jalan utk sampai kepada Allah ialah melalui Nabi Muhammad s.a.w.

قُلْ إِنْ كُنْتُمْ تُحِبُّونَ اللَّهَ فَاتَّبِعُوني‏ يُحْبِبْكُمُ اللَّهُ وَ يَغْفِرْ لَكُمْ ذُنُوبَكُمْ وَ اللَّهُ غَفُورٌ رَحيمٌ

Katakanlah:” Jika kamu) benar- benar (mencintai Allah, ikutilah aku, niscaya Allah mengasihi dan mengampuni dosa- dosamu.” Allah Maha Pengampun lagi Maha Penyayang.(imran 31 )
Ingatlah bahwa ujian bagi Iblis ialah Adam,
ujian bagi Yahudi ialah Nabi Muhammad dan begitulah setrusnya umat ini yang terdiri dari pelbagai bangsa/suku akan diuji dengan memandang keunggulan dan kemampuan ilmu masing-masing dengan kewjiban mengikut Rasulullah s.a.w. dari bangsa Quraisy yang ummi.
Wallahu a’alam.

 


Tindakan

Information

4 responses

4 02 2009
mimi

jadinya, adakah selawat syifa ini haram? adakah selawat syifa ini sesuatu yang baru dicipta pada zaman ini yakni bukannya pada zaman Rasulullah SAW?

15 02 2009
akim

buat apa hendak dipertikaikan perkara yang terang-terang baik amalannya? kenapa cina dan india yang menyembah berhala tidak pula anda mencari ayat-ayat Al-Quran dan hadis-hadis Nabi Muhammad saw untuk menerangkan kebenaran agama Islam kepada mereka? jangan terlalu taksub dengan ilmu yanag anda miliki kerana anda sedang diuji. jangan pula kita bertika lidah dengan perkara yang remeh-temeh kerana Allah sangat benci kepada manusia yang memulakan pertelingkahan. carilah jawapan untuk segala persoalan kerana agama Islam itu melengkapi segalanya. jangan kita mempertikaikan sesuatu tanpa mencari jawapannya. persoalan anda ini sudah terjawab lebih 500 tahun dahulu.

19 02 2009
abubbamy

Yang baik datangnya dari Allah, dan yang buruk datangnya dari kita sendiri.

Allah huallam

26 02 2009
amibestgila

rasanya..sapa2 yang masih keliru.. rasanya boleh suadara2 sekalian rujuk si laman web ini..

http://www.darussyifa.org/modules.php?name=News&file=article&sid=18

Tinggalkan komen