Raja Nazrin Berjiwa Rakyat

14 05 2007

rajanazreen.gif

Abdullah dan pemimpin BN patut malu dengan sikap Raja Nazrin

Azamin Amin
Mon | May 14, 07 | 05:22:31 PM
KUALA LUMPUR, 14 Mei (Hrkh) – Raja Muda Perak, Raja Dr Nazrin Shah yang menolak dengan hormat peruntukan kewangan kerajaan untuk urusan perkahwinan baginda dan bakal mengadakan majlis secara sederhana adalah sangat dialu-alukan malah wajar dijadikan contoh oleh semua pemimpin di negara ini agar tidak mementingkan urusan peribadi mengatasi kepentingan rakyat.

Advertisement

Menteri Besar Perak, Dato’ Seri Mohd. Tajol Rosli Ghazali dilaporkan berkata, Raja Nazrin tidak memberi perkenan kepada cadangan kerajaan negeri mengeluarkan perbelanjaan untuk urusan perkahwinan baginda sebaliknya menasihatkan kerajaan negeri membelanjakan peruntukan itu untuk projek pembangunan bagi memenuhi keperluan rakyat.

Raja Nazrin akan berkahwin dengan Zara Salim Davidson di Bandar Diraja Kuala Kangsar Khamis ini dan baginda turut menitahkan supaya keraian perkahwinan baginda dibuat dalam semangat dan secara sederhana.

Sikap sederhana dan baik ini juga yang turut dilaksanakan dan diterjemahkan melalui keperibadian Tuan Guru Nik Aziz selama beliau menjadi Menteri Besar Kelantan yang mana ada beberapa peruntukan dan elaun kerajaan negeri tidak digunakan oleh beliau sendiri malah gaji dipotong bagi menyalurkan kepada tabung-tabung tertentu untuk pembangunan rakyat negeri Kelantan.

Mengulas lanjut Ahli Jawatankuasa PAS Pusat, Mahfuz Omar berkata sepatutnya sikap Raja Nazrin dijadikan contoh oleh pemimpin-peminpin negara khususnya Barisan Nasional (BN) agar tidak menggunakan peruntukan wang kerajaan dan harta benda awam untuk hal-hal yang bersifat peribadi apatah lagi untuk diguna pakai jentera parti khususnya Umno.

“Kita mengalu-alukan sikap sederhana baginda dan menyaran semua pemimpin mencontohi beliau,” ketika menghubungi Harakahdaily sebentar tadi.

Perdana Menetri Dato’ Seri Abdullah Ahmad Badawi dan Kabinetnya katanya bukan sekadar hanya pandai memuji tetapi tidak mengambil iktibar atau sikap yang sama yang telah dilakukan Raja Muda Perak itu termasuk juga Meneteri Besar Kelantan.

“Sepatutnya ikut contoh dan ubah sikap bukannya pandai memuji semata-mata,” katanya ketika menghubungi Harakah sebentar tadi.

“Dan sepatutnya pemimpin BN dan Umno ‘terpukul’ dan malu dengan sikap baginda walaupun bergelar dan berketurunan raja masih mampu bersikap sederhana tidak seperti mereka (BN/Umno) yang selalu ‘menghabiskan’ wang rakyat sewenangnya,” katanya lagi.

Ini termasuk juga katanya peruntukan wang kerajaan untuk Dato’ Seri Abdullah Ahmad Badawi bercuti dan bersantai bersama keluarga di luar negara yang wajar dikaji semula.

“Pergi rasmi restoran Nasi Kandar dan Kebaya Nyonya, semua guna wang rakyat,”katanya.

Semasa Mahfuz menjadi ahli parlimen, beliau pernah bertanya di Parlimen peruntukan untuk majlis hari raya bagi Perdana Menteri dan memeranjatkan kos tersebut mencecah RM1 juta manakala bagi Timbalan Perdana Menetri ialah RM700,000.00 dan ini jelas ‘membazirkan’ wang rakyat dengan perkara yang tidak sewajarnya.

Sikap Raja Muda ini katanya sepatutnya dijadikan mesej yang jelas supaya para pemimpin BN/Umno mahupun pentadbiran kerajaan supaya tidak boros, menyalahgunakan harta benda awam dan wang rakyat untuk kepentingan peribadi.

“Akhlak ini jugalah yang ditunjukkan oleh para Rasul dan khalifah Islam yang terdahulu yang selari dengan ajaran agama Islam dan berjaya memenangi hati rakyat dan dijadikan tauladan yang sebaiknya,” katanya lagi. – mks.


Tindakan

Information

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s




%d bloggers like this: