ALTANTUYA ALIVE(The Revenge)

20 04 2007

NAJIB

Ijok: Kes Altantuya, Najib faktor utama KeADILan menang
Saidah Hairan
Fri | Apr 20, 07 | 02:31:31 PM

KUALA LUMPUR, 20 April (Hrkh) – Kes pembunuhan ngeri model Altantuya Shariibuu yang dikaitkan oleh pihak tertentu dengan Timbalan Perdana Menteri, Dato’ Seri Mohd Najib Abdul Razak menjadi faktor utama untuk KeADILan meraih kemenangan dalam pilihan raya Dun Ijok, 28 April nanti.

Advertisement

Ini berikutan bekas Timbalan Perdana Menteri, Dato’ Seri Anwar Ibrahim pernah meminta pihak berkuasa menyiasat tuduhan yang melibatkan Najib dalam kes tersebut dengan meletakkan rasional pembabitan UTK yang bertindak khas di bawah TPM sebagai alasan tuduhan.

Mengulas faktor itu, bekas Adun Lunas, Saifuddin Nasution Ismail berkata, kes pembunuhan model Mongolia, Altantuya itu sentiasa bersarang dalam kepala rakyat termasuk 12 ribu pengundi di Dun Ijok.

Beliau yang dihubungi berpendapat, setelah beberapa minggu Anwar secara berterusan mendesak pihak berkuasa membuat penyiasatan terhadap Najib tetapi tidak ada sebarang reaksi daripada Najib.

Katanya, mengapa menjelang pilihan raya khususnya di hari penamaan calon Najib baru membuat jawapan secara terbuka.

Menurut beliau, KeADILan mempunyai lebih daya tarikan dalam mood pilihan raya kali ini jika menggunakan taktik yang betul dengan isu penduduk di Simpang Tiga Ijok, Batang Berjuntai dan cabaran terbesar ladang di kawasan majoriti India.

Walaupun katanya, Menteri Besar, Dato’ Seri Dr Mohd Khir Toyo telah menjanjikan peruntukan 36 juta untuk penduduk Ijok tetapi perlu diingat perkara yang sama telah dilakukan dalam pilihan raya Dun Lunas.

Tambah beliau, di Dun Lunas Menteri Kerja Raya, Dato’ Seri S Samy Vellu telah memperuntukkan RM2 juta dalam tempoh sembilan hari tetapi pengundi di Lunas menunjukkan kematangan luar biasa.

Katanya, pengundi Lunas menerima projek tetapi tidak menyokong BN kerana mereka berfikir pelaksanaan projek yang dilakukan menjelang pilihan raya merupakan langkah terdesak pimpinan BN.

“Saya berharap kematangan pengundi hari ini dapat membezakan langkah terdesak untuk memancing undi dengan ikrar perkhidmatan tidak bermusim oleh pimpinan BN,” tegasnya.

Mengulas tentang calon PKR, Tan Sri Abd Khalid Ibrahim katanya, Khalid memberikan kelebihan berbanding calon BN, K.Parthiban dari segala aspek kualiti, pengalaman, hubungan dan sebagainya.

Ini sekaligus memberi peluang terbaik untuk pengundi Dun Ijok membuat pilihan dan tanggungjawab mereka perlu memilih yang terbaik daripada dua calon yang baik.

Tidak puas hati Umno

Selain itu beliau turut menyentuh, sebelum penamaan calon timbul rasa tidak puas hati di kalangan pimpinan Umno Kuala Selangor yang dizahirkan secara terbuka.

Katanya, pimpinan Umno Kuala Selangor secara terbuka mahu kerusi di Dun Ijok diserahkan kepada Umno tetapi hal itu tidak mendapat perhatian daripada pucuk pimpinan parti.

Begitu juga tambah beliau, perpecahan dalaman MIC iaitu tindakan Ketua MIC bahagian Kuala Selangor, S P Thirumoorthy, 55, yang mengancam meletakkan jawatan jika tidak dipilih sebagai calon BN di Ijok.

Menurut beliau, perkara itu memberikan gambaran perpecahan dalaman BN yang jelas hanya diberikan perhatian sedikit dan tidak diberikan liputan meluas.

Bagaimanapun kata beliau, rasa marah pimpinan Umno Kuala Selangor mudah ditangani berbanding kemarahan yang ditimbulkan oleh MCA dan MIC.

Ini jelas menunjukkan bahawa pimpinan tertinggi BN telah mengabaikan ahli Umno di peringkat akar umbi dengan memandang rendah seolah-olah ahli Umno tidak mempunyai nilai khususnya di Kuala Selangor.

Oleh itu beliau menyeru ahli Umno dan semua pengundi Dun Ijok supaya membuat pilihan yang tepat kerana calon PKR merupakan calon yang berkualiti.

Beliau turut meningatkan petugas KeADILan supaya berusaha menambahkan sokongan di kalangan bangsa Melayu di samping meningkatkan sokongan Cina dan merebut saki baki sokongan India. – mks.
Jumlah dilihat: 4177 | Cetak | Emel

Komen oleh (7) Pembaca
bagi lah kat aku…
Dihantar oleh mat, on 20-04-2007 18:50
kesian ALTANTUYA lawa,manis cantik.Kalau puak2 tu tak nak, bagi lah pada ku.Ada kah pergi BOM.Sama2 kita LUPUSKAN dalang itu.Aku pelik tu, dengar ALTANTUYA cari MR RAZAK bukan MR BAGINDA….English kan sebut nama bapa.Jadi Whose MR RAZAK???
Musa Hasan… Hang tak takut balasan All
Dihantar oleh Kawan Lama Musa Hasan, on 20-04-2007 18:15
aku tau, hang memang tak suka dgn Anwar Ibrahim, .. Nasihat aku kat hang, suruh la orang-orang hang jaga Ijok dengan seadil-adilnya, jangan mudah jadi barua politik BN. Aku respect janji hang, nak banteras jenayah, pengemis, tak mau kacau pembangkang selagi depa tak buat ganas. Ingat Musa, mahkamah Allah lebih adil dan saksama…. Aku kenai hang, hang memang orang ‘betui’…. selamat bertugas…
Kalau pilihanraya bebas, PKR dah lama me
Dihantar oleh Orang Najib, on 20-04-2007 18:05
PKR bukan sekadar berdepan dgn BN (MIC, MCA,UMNO dll) tetapi berdepan dgn barua BN (SPR, Polis, JPN dll). Kalau pilihanraya ini bebas, PKR mungkin mendapat majoriti 3000! Tapi apakan daya, malaysia dibawah Pak Lah – Temberang, Tembelang dan Lidah Bercabang… Ya Allah, tolonglah pihak yg benar di Ijok, berilah hidayah kepada pihak yg mungkar…
tgk dan lihat
Dihantar oleh personal, on 20-04-2007 18:01
ermm..payah nak dakwa dorang tu..hakim dan penguam makan suap..abis le
berilah sokongan 100% pd calun PKR
Dihantar oleh Mamat Adil., on 20-04-2007 17:11
Diharap kpd Pengundi-pengundi Ijok pilihlah calun yg berkualiti tinggi.Pilihlah calun yg berjiwa rakyat…Inyallah calun BA akan meraih majoriti yg lebih besar.Kpd petugas-petugas BA awasilah kedatangan hantu-hantu.BN kalau terdesak mereka akan guna taktik yg paling kotor dialam maya.
dah kena dah!!!
Dihantar oleh paklah, on 20-04-2007 16:45
kesian betul kat najib..berkilat dahinya..hentam lagi!!!biar dia rasa siksanya rakyat nak teruskan hidup..tak boleh tido gamaknya najib kali ni..bini nya yg gemuk montel pun makin berlagak gak..muka dah tak ubah seperti bapok..kesian najib makin banyak yg kena ketuk..ubah cara hidup konon..nak ubah macamana??semua barang naik harga!!!ubah kerajaan la baru semua barang ni turun harga!!!
Saifuddin, sumbagan mu diperlukan!!!
Dihantar oleh ambo, on 20-04-2007 15:22
Harap sangat Sdr Saifuddin dapat membantu secara langsung Sdr Anwar dan PKR di dalam merapatkan saf BA terutama untuk pilihanraya umum akan datang…tolonglah Sdr Saifuddin….Harap editor Harakahdaili dapat sampaikah hasrat ini pada Sdr Saifuddin…

Selamat berjuang kita semua…


Tindakan

Information

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s




%d bloggers like this: