Mustafa Ali akui faham teguran Mursyidul Am
Harakahdaily
Thu | Sep 18, 08 | 3:49:43 pm MYT
KOTA BHARU, 18 Sept (Hrkh) – Pesuruhjaya PAS Terengganu, Dato’ Mustapa Ali menjelaskan faham segala teguran Mursyidul Am, Tuan Guru Dato’ Nik Abdul Aziz Nik Mat terhadapnya baru-baru ini.
Iklan
“Jadi apa sebab Tok Guru tegur saya itu saya fahamlah. Dan selepas itu saya ambil sikap tidak jawab Tok Guru. Saya sebagai anak, Tok Guru boleh panggil saya pada bila-bila masa sahaja.
“Jadi saya terus terang apabila keluar dalam Harakah kata Tok Guru tegur saya itu sebenarnya saya sudah menghantar mesej kepada Setiausaha Politiknya, Haji Annual Bakri Haron.
“Saya kata sampaikan terima kasih saya kepada Tok Guru. Jadi rasanya ada sesuatu yang Tok Guru tegur saya dan saya sendiri rasa tidak jelas. Jadi hari ini jelaslah,” katanya kepada media selepas pertemuan dengan Menteri Kelantan di JKR 10, hari ini. Baca baki entri ini »




Teguran