Mesej jelas rakyat mohon YDP Agong pastikan pilihan raya bersih dan adil
| Saidah Hairan | Foto Wan Zahari Salleh Sat | Nov 10, 07 | 7:36:46 pm MYT |
|
| Perhimpunan dan perarakan aman lebih 100 ribu rakyat menuju ke Istana Negara berjaya diadakan walaupun banyak sekatan jalan raya di seluruh negara dilakukan oleh pihak polis.
–>
Unit Amal Malaysia diiringi Seri Kandi telah bergerak ke beberapa lokasi seperti di Masjid Jamek, Sogo dan Masjid Negara jam 11.30 pagi. Selepas itu beberapa orang pimpinan AJK PAS Pusat antaranya, Ustaz Mujahid Yusof Rawa; Ketua Dewan Muslimat PAS, Ustazah Nuridah, Wan Hasrina Wan Hassan, Dr Lo’Lo’, Dr Mariah Mahmood, Mohamad Sabu mula bergerak ke Masjid Negara. Lebih 5000 orang peserta perhimpunan aman berkumpul dan menunggu team dari Masjid Jamek, Kampung Baru dan Sogo untuk bersama berarak ke Istana Negara. Walaupun hujan lebat namun peserta perhimpunan aman tidak berganjak daripada perkarangan masjid Negara. Unit Amal Malaysia gagah berdiri mengawal suasana manakala Seri Kandi tetap bersemangat walaupun dalam suasana hujan lebat.
Kesungguhan Setiausaha Agong PAS, Dato’ Kamaruddin Jaffar, Ustaz Idris Ahmad mendahului perarakan, walaupun dalam suasana hujan yang lebat. Laungan Allah Hu Akhbar!, Bersih, Bersih, Bersih dan ingatan jaga disiplin serta keselamatan daripada Unit Amal Malaysia terus bergema. Perarakan terhenti lebih kurang 100 meter daripada Istana Negara apabila enam trak FRU dan satu `water canon’, polis telah menghalang di kedua-dua belah jalan raya. Laungan takbir dan laungan Daulat Tuanku terus bergema. 30 minit peserta perhimpunan menanti dengan penuh kesabaran, Setiausaha KeADILan Selangor, Tan Sri Khalid Ibrahim, Lim Guang Eng, Ustaz Nasharudin Mat Isa, Presiden PAS, Dato’ Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang; Dato’ Kamarudin Jaffar telah mengadakan perbincangan dengan pegawai polis, Sulaiman. v Dalam perbincangan itu, Khalid Ibrahim meminta pihak polis bersabar dan tidak melakukan serangan kepada peserta memandangkan temu janji untuk menyerahkan memorandum jam 5 petang. Perbincangan dipersetujui tujuh orang pimpinan boleh masuk ke Istana untuk menyerahkan memorandum.
Seorang pegawai polis memberi amaran kepada pimpinan parti, FRU akan membuat serangan disebabkan peserta perhimpunan bising melaungkan beberapa slogan. Lebih kurang jam 4 petang, Anwar, Lim Kit Siang, Dr Wan Azizah, Salahuddin Ayub, Azmin Ali tiba di perkarangan Istana Negara. Bagaimanapun, serahan memorandum itu hanya disampaikan kepada Pegawai Istana di hadapan pagar Istana Negara. Perhimpunan di hadapan Istana Negara tidak mencetuskan sebarang pertelingkahan dan tangkapan. – mr |

Perdana Menteri, Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi memberi amaran kepada pihak yang hendak menganjurkan perhimpunan di Dataran Merdeka, hari ini 10 November 2007 agar jangan mencabar undang-undang.
Katanya, demonstrasi jalanan bukan cara untuk membuat perubahan tetapi rakyat negara ini lebih yakin untuk melakukan perubahan melalui pilihan raya yang diadakan.
“Saya nasihatkan mereka agar menghormati undang-undang… saya pantang dicabar tapi mereka bukan cabar saya tapi mencabar undang-undang,” katanya disambut tepukan gemuruh para perwakilan UMNO.
Presiden UMNO itu menyentuh mengenai rancangan perhimpunan itu dengan panjang lebar semasa menggulung perbahasannya di akhir Perhimpunan Agung UMNO petang Jumaat.
“Polis dah maklumkan kepada saya ada satu perhimpunan haram. Polis dah beritahu kepada saya tak ada permit akan diberikan. Tetapi nampaknya daripada laporan yang saya dengar daripada pelbagai punca, pihak yang menganjur masih meneruskan apa yang mereka nak buat,” katanya.
Beliau berkata, mereka sepatutnya berani berdepan dengan kerajaan dalam pilihanraya dan bukan menerusi ‘demokrasi jalanan’ begitu.
Perdana Menteri yang juga Menteri Keselamatan Dalam Negeri berkata beliau dukacita dengan sikap golongan itu yang kononnya memperjuangkan demokrasi kerana tindakan mereka tidak menghormati undang-undang dan peraturan akan hanya menimbulkan kekacauan dan merugikan rakyat.
Golongan itu juga kata beliau sebenarnya mencabar rakyat yang mahukan jaminan keselamatan, keamanan dan kestabilan di dalam negara sepanjang masa.
Perdana Menteri mempersoalkan bagaimana mereka ini hendak memerintah negara jika undang-undang pun tidak boleh dihormati.
Beliau melahirkan kekhuatirannya tindakan kumpulan itu mengundang kekacauan seperti yang berlaku di Terengganu baru-baru ini di mana berlaku kejadian tidak diingini apabila penyokong parti pembangkang menghadiri perhimpunan haram.
“Biasanya bila nak juga, polis kata jangan, mereka nak juga maka sudah tentu akan berlaku sesuatu yang tidak baik. Biasanya bila ada tindakan-tindakan seperti itu akan jadi kacaulah. Tengoklah apa yang berlaku di Terengganu baru-baru ini, saudara ingat, saya pun ingat. Tak payahlah kita peringatkan lagi.
“(Ia) satu kejadian yang tak dapat kita terima. Satu kejadian yang liar. bukan cara kita, bukan cara Malaysia, bukan cara amalan demokrasi Malaysia, amalan demokrasi jalanan kita tak dapat terima langsung. Bukan itu caranya nak buat perubahan,” katanya.
Abdullah berkata apabila mereka melanggar peraturan, polis terpaksa bertindak sekaligus menimbulkan kekacauan dan akhirnya polis yang akan dipersalahkan.
“Bila polis suruh berhenti, berlakulah apa- apa yang tak diingini. Mereka pun lari merata tempat. Biasanya masuk dalam kedai, rempuh sana, rempuh sini, jadi akan menyebabkan macam-macam berlaku…lepas tu marah kat polis, (dengan mendakwa) ini polis punya hal, supaya orang benci kepada polis kerana tindakan polis.
“Tapi sebenarnya mereka yang menyebabkan semua ini berlaku, bukan polis,” kata Abdullah.
Serentak dengan itu, beliau menolak dakwaan mengatakan proses pilihanraya negara ini tidak adil dan dikawal oleh kerajaan.
Katanya, jika tidak bagaimana parti pembangkang boleh menang di Kelantan dan Terengganu.
“Kalau nak persoalkan keadilan Suruhanjaya (Pilihan Raya -SPR), adakah pembangkang tidak menang? Ada. Kelantan dah berapa kali (dimenangi pembangkang), di Terengganu pun, di Sabah pun begitu juga. Mereka boleh menang. Kalau kita control (kawal) semua, tak ada harapan boleh menang,” kata Abdullah.
Abdullah juga berkata, taktik pembangkang sudah terserlah. Beliau membangkitkan bagaimana mereka hendak memulaukan pilihanraya kecil di Batu Talam atas alasan tidak percaya dengan ketelusan Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR).
Namun, hakikatnya jelas beliau, mereka tidak bertanding kerana tahu akan kalah.
Sebaliknya, pembangkang tidak membangkitkan hal berkenaan di Machap dan Ijok kerana menyangka mereka akan menang.
Perdana Menteri berkata beliau dan kerajaan Barisan Nasional pimpinannya tidak gentar untuk menghadapi pilihan raya dan beliau akan mengadakan proses demokrasi itu apabila tiba masanya.
“Perubahan apa yang nak dibawa? Tunggu dalam pilihan raya, kita sama-sama hadapi tengok siapa yang menang. Apa nak takut pilihan raya?” katanya.
Abdullah berkata UMNO dan BN menghormati keputusan rakyat pada setiap kali pilihan raya sama ada menang atau kalah tetapi sebaliknya pembangkang pula menjadikan amalan untuk menyalahkan SPR apabila mereka berasa tidak ada peluang untuk menang.
Perdana Menteri berkata UMNO dan BN tidak pernah lari daripada menghadapi pilihan raya atau mencari sebab untuk tidak mengadakan pilihan raya.
“Kita rela untuk menghadapi pilihan raya bila tiba masanya,” kata Abdullah sambil disambut dengan tepukan gemuruh perwakilan.
Pada sidang akhbar kemudiannya, Abdullah berkata polis tahu apa yang perlu dilakukan sekiranya penganjur meneruskan perhimpunan haram itu esok kerana mereka terlatih dalam mengendalikan keadaan seumpama itu.
“Sudah tentu, jika berlaku rusuhan, rakyat tidak akan gembira. Perkara sebegitulah yang kita cuba elakkan. Sebab itu kenapa kita katakan jika mahu adakan perhimpunan, dapatkan permit polis,” katanya.
Beliau juga berkata Malaysia tidak patut disamakan seperti Myanmar kerana sebarang tindakan ke atas mereka yang terbabit dalam demonstrasi di sini tidak begitu ekstrem.
Kepada satu soalan, Abdullah berkata rakyat bebas untuk memperkatakan banyak perkara mengenai beliau.
“Terdapat terlalu banyak akhbar nyamuk, terdapat penerbitan lain, buku dan saya tidak pernah halang mereka (daripada menulis mengenai diri saya). Mereka tahu dan mereka tidak pernah dapat peluang sebegitu baik,” katanya.
- 9/11/2007
Perhimpunan Agung Umno suram, ucapan Abdullah tawar – Kamarudin
| Wan Nordin Wan Yaacob Fri | Nov 09, 07 | 12:11:27 pm MYT |
|
| KUALA LUMPUR, 9 Nov (Hrkh) – Setiausaha Agung PAS, Dato’ Kamarudin Jaffar menyifatkan Perhimpunan Agung Umno 2007 yang diadakan sejak 5 November lalu sebagai himpunan “yang suram, lembap dan tiada arus yang menyegarkan rakyat”.
–> Malah ia ditambah dengan ucapan dasar Presiden Umno, Dato’ Seri Abdullah Ahmad Badawi yang tiada isi tawar dan tidak menamppakkan idea baru. “Ucapan Dasar Abdullah tiada mesej besar yang baru, cuma mengulangi retorik pencapaiannya dan mengulangi semula soal Islam Hadhari sahaja,” jelasnya semasa ditemui di Pejabat Agung PAS dalam sesi wawancara Harakah bersamanya hari ini. Katanya lagi, Abdullah hanya menyentuh soal Islam Hadhari yang sering menjadi mainan dibibir Presiden Umno itu semata-mata untuk memperlihatkan imej baik kononnya kepada rakyat. Sebaliknya ianya hanya mengulangi retoriknya sahaja pada himpunan tahun 2004 yang mana ketika itu faktor Abdullah memberi kelebihan pada Umno. Mengulas lanjut beliau berkata, ucapan Timbalan Presiden Umno, Dato’ Seri Mohd Najib Tun Razak nyata menggunakan kesempatan atas isu Angkasawan Malaysia untuk menawan hati rakyat. Walhal, katanya, isi kepada ucapan itu tidak kreatif dan tiada tawaran kepada rakyat dalam membangunkan ekonomi, akhlak dan kehidupan rakyat. Umno mula bergolak soal pemilihan jawatan tahun 2008 Ini kerana katanya, apa yang berlaku dalam Umno itu sendiri adalah satu macam pergolakan yang sedang bertiup memandangkan pemilihan jawatan dalam parti akan berlansung pada tahun 2008. Malah di peringkat pemimpin bahagian, dan tertentu mereka sedang mencongak kedudukan samada akan terpilih untuk bertanding dalam pilihan raya akan datang selain mencongak kedudukan untuk pemilihan jawatan parti, katanya. Isu pemilihan ini biasanya akan mencetus suasana yang tidak selesa dalam Umno, oleh itu keterdesakan ini menyebabkan Presidennya mula berkira-kira untuk mengadakan pilihan raya umum dalam masa terdekat. Bahang dari pemilihan peringkat parti boleh merosakkan persediaan mereka menghadapi pilihan raya, malah suasana ekonomi yang tidak stabil seperti didedahkan oleh akhbar berbahasa Inggeris bahawa kadar inflasi mencapai 20 peratus amat membimbangkan. Terkesan dengan itu, Umno-BN yang bimbang dengan sokongan yang makin berkurang terutama di kalangan Cina menyebabkan mereka mula mencongak tarikh pilihan raya. Begitupun katanya, jika pilihan raya diadakan dalam masa terdekat iaitu sebelum Mac 2008, ia adalah sejarah kerana pilihan raya diadakan dalam jangka masa kurang empat tahun. Kali terakhir pilihan raya umum diadakan ialah pada 21 Mac 2004 di mana ketika itu faktor Perdana Menteri baru memberi “kredit” kepada Umno-BN untuk menang selain penipuan yang sering diamalkan. Tiada gelombang besar Namun katanya, pilihan raya kali ini Umno melihat bahawa masih tiada gelombang yang boleh meyakinkan rakyat untuk menyokong mereka secara total, justeru itu ia menyebabkan satu keterdesakan kepada Umno untuk mengadakan pilihan raya segera. “Di peringkat ahli Umno tentunya mereka suka pilihan raya segera kerana wang segera yang ditawarkan, tetapi kepada pimpinan dan calon, mereka terpaksa mengeluarkan wang, mencongak siapa yang bakal bertanding dan berkira-kira soal pertandingan dalam parti tahun 2008,” ujarnya. Faktor ini banyak menjadi kemelut yang membelenggu Umno mutakhir ini selain kemelut dalaman BN itu sendiri. Di peringkat PAS katanya, setakat ini melihat persediaan dan kerjasama dengan parti pembangkang lain sudah cukup baik dan PAS juga sudah bersedia menghadapi pilihan raya bila-bila masa sahaja. Nota Pengarang : Ikuti wawancara penuh dengan Dato’ Kamarudin Jaffar mengenai persiapan PAS menghadapi Pilihan Raya Umum ke-12 dalam keluaran Harakah akan datang. <!–
|
Teguran